Filem animasi yang diarahkan oleh saudara Mohd Nizam Abd Razak terbukti berjaya membuatkan penonton tidak kering gusi dan masih tersenyum sehingga di luar panggung wayang dengan kerenah 2 karekter cilik Upin dan Ipin yang menggunakan suara adik Fathiah yang sememangnya comel dan 'in character' dalam menyumbangkan suara dua beradik kembar tersebut yang popular dengan taglinenya 'Betul...betul...betul...'.
Filem yang menelan belanja RM 4 juta ini telah mendapat tajaan dari pelbagai pihak termasuklah kerajaan Malaysia sendiri melalui dana MOSTI eCONTENT dan disokong oleh publisiti yang meluas dari Media Prima, TV 9 dan RTM...wah..bertuahnya..tajaan tajaan yang mereka terima telah menjimatkan proses menyiapkan filem animasi ini dan sekaligus menjimatkan kos.
***
Bagi aku yang sememangnya menggemari filem animasi berbaur komedi ini, mestilah aku teramat suka dan rasa bertuah kerana akhirnya rakyat Malaysia mampu menghasilkan filem animasi 3D yang pertama di Malaysia dengan bajet hanya RM4 Juta. Lagi pula aku sememangnya tak miss mendownload setiap episod Upin dan Ipin dari internet sejak dari kemunculan pertama mereka dulu.
Buat filem ini, aku sukakan konsepnya, fresh, comel, dan setiap karakter, dari sekecil kecil karakter seperti anak ayam melintas jalan sehinggalah kepada watak utamanya diberikan perincian yang sangat detail. Naratifnya juga sangat mudah untuk difahami, sesuai dengan golongan sasaran mereka iaitu 'mesra keluarga'.
Bagi remaja atau golongan yang lebih berusia, jangan risau kerana aku rasakan yang filem ini sesuai ditonton oleh semua peringkat umur, dan aku pasti sedikit sebanyak hati kamu akan tergeletek melihat keletah dua orang kembar nakal yang memang suka menjawab. Rasa macam nak tampar je.hehe..
Sinopsis???ada..kat bawah ni haa.....
***
Mengisahkan keadaan di Kampung Durian Runtuh pada musim durian, yang mana Tok Dalang sebagai wakil penduduk interframe dalam berita terkini dan melaporkan tentang kes misteri buah durian yang semakin menjadi jadi dalam kampung itu di mana buah durian yang gugur ditemui telah terkopek kemas dan hilang isinya, sekaligus timbul kisah kisah mistik dimana penduduk kampung mengaitkan kehilangan buah durian tersebut dengan angkara hantu durian.
Berita tersebut ditonton oleh Badrol, cucu Tok dalang di Kuala Lumpur yang kebetulan sedang berkemas untuk pulang ke kampung bersama rakan baiknya, Lim yang sering dilihat memakai topi 'Tourism Malaysia'..Iklan ke Kak Deni??haha...
Setibanya Badrol dan Lim di kampung, mereka telah bertemu dengan si nakal Upin dan Ipin yang sedang bermain di sekitar warung Muthu dan meminta mereka berdua menunjukkan arah ke rumah Tok Dalang. Badrol dan Lim kemudiannya bertemu dengan Kak Ros yang sangat cantik namun garang.
Badrol dan Lim juga bertemu Rajoo, yang berkebolehan untuk berkomunikasi dengan binatang..watak lembu dalam filem animasi ini sangat comel dan melucukan, dan akan membuat pelbagai aksi jika diminta oleh Rajoo, tetapi tidak melayan permintaan orang lain.. 'Sapy...go!'
Pengembaraan mereka bermula apabila Upin, Ipin dan Rajoo tersesat ke dalam hutan di belakang kebun durian milik Tok Dalang kerana mengejar seekor makhluk misteri yang selama ini mencuri durian di kampung mereka. Kehilangan mereka disedari oleh Kak Ros, dan bertindak mencari adik adiknya, ditemani oleh Badrol dan Lim. Kesemua mereka akhirnya tersesat jauh ke dalam hutan...
Dalam masa yang sama, Rajoo, Upin dan Ipin berjaya mengekori makhluk pencuri durian tersebut dan dengan kemahiran berkomunikasi dengan haiwan yang Rajoo miliki, mereka "berkenalan" dengan makhluk tersebut yang bernama Oopet.. ya... Oopet...seperti nama uncle Ajami 'Oopet' Hashim kita sekarang..haha...
Kak Ros akhirnya berjaya menemui adiknya, namun turut menemui masalah yang lebih besar, sesat lebih jauh ke dalam hutan yang dipenuhi pelbagai binatang buas dan hantu durian...
Apa???hantu durian????jadi betullah ada hantu durian kat kampung tu ek???ha kawan kawan...kalau nak tahu...pergilah beli tiket wayang sekarang... Geng...gerenti best!!!
***
Filem animasi GENG adalah filem 'feature' animasi 3D Melayu pertama di Malaysia. Ini adalah contoh sebuah karya yang dibikin dengan penuh semangat, kerja keras dan mempunyai ambisi yang sangat tinggi oleh golongan muda. Filem ini membuktikan bahawa sekiranya golongan muda ( generasi muda perfileman) diberi ruang dan sokongan yang sepatutnya dari segi modal dan moral, sesuatu yang dibanggakan boleh dihasilkan.
Oleh itu Lagi-Lagi Filem mengajak semua pencinta filem dan setiap lapisan masyarakat yang prihatin kepada industri filem datang menonton filem animasi GENG ini dan sekaligus dapat memberi sokongan kepada pembikin filem animasi muda ini untuk terus berkarya di masa depan.
25 ulasan:
"Lagi pula aku sememangnya tak miss mendownload setiap episod Upin dan Ipin dari internet sejak dari kemunculan pertama mereka dulu."
heppp! pencinta seni produk melayu kena beli vcd ori ok! hahaha
uncle, wujud ke pun vcd ori Upin & Ipin yang 5 minit tu time tu???
huh???huh???
:)
ofkos wujud anak (huh! rasa tua sgt! hahaha)klik sini >> upindanipin.com.my
ha! DVD pon ada. beli beli beli!
spread the GENG love tau!
-AddamBlack dari LCP-
Wow, Ajami dah jadi Ajami "Opet" Hashim! Pashi pashi paga!!!
Thanks for the good review from Lagi-Lagi Filem!!
Lim
ok..ok..nanti org beli..hehe...
baru balik dr menonton geng di GSC Alamanda.
1st time tgk film animasi di panggung. MALAYSIAN pulak tuh!
SANGAT BEST!
"mak uda, pikir masa depan.."
haha..
haha
btoi kata dzulhakim
part last lawak gler..
mak uda!! pk mase depan.
hahahaha
bangga ngan film ni!!
nmpak kemampuan n kreativiti org msia
best kan Nora?
rasa macam nak tgk lg sekali je. huhu
JOM!!!
dahsyatnyer..mulai hari ini..aku gelarkan korang pasangan romantikademik..wakaka..
"nasib baek kau bapak aku"
skrip paling kelakar masa tayar bas pancit~
Filem GENG memang patut disokong 100%! Jom call, sms, email semua kawan-kawan kita untuk tengok filem ni kat pawagam.. hehe..
"aiyo..satu kotak lagi.." -singh
haha.film ni mmg byk dialog kelakar yg boleh terngiang2 selalu..
best n bagus.. bleh gelak sampai abis... tapi bagi aku (diulang, bagi aku) Oopet punye suara x brp masuk la. Comel tetap comel, tapi suara n bahasa tuh aku rasa agak memberi rasa tak best bagi aku..
filem yang hebat
filem yang hebat
satu evolusi baru dalam perfileman negara
penanggan generasi baru pembuat filem
alamak...dah kuar ke citer ni....x tahu plak!!!!
serius, memang best!
first attempt yang mmg boleh dibanggakan. FULL HOUSE memanjang nak beli tiket.
anyway, i angkut the whole family to watch the 1st Malaysian 3d works taw. Ada review juga dalam my blog. Sangat suka!
Nama i Sally. S-I-L-L-Y.
agree.....mmg betul2 best..!!!
komen pukal - thanks untuk semua yang respon..kami akan cuba untuk sentiasa update banyak lagi filem terbaru (terutamanya melayu) untuk rujukan korang sebelum menonton wayang, okay??
hehe...
best gler movi ni...
aku dh tgk...
mmg full star aku kasi...
mmg best. tak semestinya geng, upin & ipin dilabel sbg kartun @ utk kanak2 saja. ini sptutnya mnjadi wadah hiburan utk semua ^_^
2 kali aku tgk filem ni..1st dgn si 'dia' n 2nd dgn adik-adik dan kakak aku..
cerita ni memang best..saket perut aku sbb ketawa dgn telatah budak-budak tu..
tp ade 1 part aku tak beberapa setuju..part 'hantu durian' dan ular besar. kenapa perlu di letakkan satu adengan yang ganas dan menakutkan kat situ?agak-agak apa perasaan budak-budak kecik ketika scene tu?.....
ada kecelaruan genre yang berlaku kat situ..yes or not?
fee da great - sokong industri animasi kita... :)
nazra - betul tu, animasi ini memang untuk seisi keluarga, dan boleh juga dilayan oleh orang dewasa..kira versatil la..
todaxx - mungkin unsur - unsur ganas tu pengarah letakkan untuk memberikan sesuatu impak buat golongan dewasa, supaya ianya lain dari yang lain,bukan hanya sekadar menjadi animasi picisan untuk kanak - kanak..
Catat Ulasan