Ahad, 10 Februari 2013

Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Husin Mon dan Jin pakai Toncit, filem ketiga bagi triloji Kampung Pisang.

Penonton, dari sebiasa mat rempit, sehinggalah yang dianggap skolar dalam filem... tahu bahawa Mamat tidak bikin filem biasa.

Mamat merapu, dan merapunya ada makna. Ada pengkritik melihat Mamat melawak dalam keadaan subtle, atau bahasa biasanya... tersirat. Tapi heck! Mamat tidak berselindung... segala sindiran itu baik politikal, atau kritikannya terhadap peel orang melayu itu sangat jelas.

Aku tidak mahu mengulang apa yang pengkritik lain tulis, atau bebelkan di laman sosial FB atau Twitter... Mereka sudah mengupas filem ini dari konteks yang lebih besar. Mereka bla bla bla tentang politik, sosial, ekonomi, budaya, sehinggalah agama (kepercayaan tahyul dan superstitious) masyarakat melayu. Sehingga ada yang menyentuh tentang industri filem.

Lantok ke demer...

Demer tu yang power giler baca filem ni dah sentuh bab-bab tersebut.

Kalau kamu cari, pasti jumpa blogger filem lain yang sudah mengupasnya dengan best giler...

Kat sini, Aku cuma mahu menyentuh pengalaman dan apa yang aku rasa dari sudut yang lebih personal iaitu aku dapat rasakan semacam satu bentuk 'kemarahan' dan 'frustrasi' di dalam diri Mamat yang terzahir dalam filem HMDJPT ini.

Mamat bagi aku adalah seorang sinefelik yang tahu kerja dia. Aku follow filem dia dari Lang Buana sehinggalah ke HKLBR, tapi.... aku berani kata... Filem HMDJPTyang  ini.. adalah filemnya yang paling chaotic dan anarchy!

HMDJPT ini tidak seperti HKLBR, ianya penuh dengan 'kekacauan'... flow film ini tidak smooth dan tidak organik, melompat dan terpisah. Terasa gap atau jurang dalam babak-babak yang membentuk filem ini.

Kontinuiti masa  terasa melompat lompat. Apabila kontinuiti antara plot ini disambung (diiedit) secara kasar, penonton dengan sendirnya akan rasa teralienated atau terasing dari 'cerita' atau 'dunia' kampung pisang yang sedang mereka tonton.

Ini ditambah 'chaotic' dengan sound yang juga seperti visua..., di design secara kasar, baik kesinambungan dialog antara babak sehinggalah sound (muzik) latar...dimana  yang paling kasar dan paling nampak adalah sewaktu scene 'video klip'... lagu seperti cepat sedikit temponya, hahaha...

dengan ketidak kesinambungan bunyi yang organik dan smooth. Penonton dengan sendirinya, tidak dapat 'masuk' ke dalam filem ini.

Apabila penonton tidak terbuai dengan 'dunia' filem yang mereka tonton, atau dalam bahasa yang lebih sofistikatednya, penonton terlalienasi dari skrin...maka, penonton dengan mudah sedar bahawa dunia Kampung Pisang di hadapan mereka adalah sebuah filem.

Ianya cereka. Dan mereka mula lebih aktif dan sedar dan seterusnya cuba mencerna apa yang berlaku di hadapan mereka ( baca: di dalam cerita tersebut). Dan dari plot yang huru hara, ditambah lagi terdapat beberapa alam yang tidak selari masanya...iaitu alam 'bunian' yang mistik dan terpisah dengan realiti, di mana siang di alam bunian tidak sama dengan malam di alam manusia... ianya serba 'chaotic' dimana garis masa yang kelihatan tidak selari ini, ( masa kini-masa dahulu, masa realiti, masa di luar realiti) saling memberi kesan kepada 'manusia' ( baca : penonton).

Ok, aku tidak mahu berDeleuzian di sini. Cukup aku katakan bahawa, apa yang berlaku di dalam skrin (persitiwa dan masa) itu adalah refleksi apa yang berlaku di luar skrin. Atau vise versanya.

Di sinilah style visual dan sound yang bagi sesetengah pengkritik lihat sebagai satu bentuk kelemahan di dalam filem ini, sebenarnya adalah satu style atau kekuatan sinematik Mamat yang aku lihat di kelasnya tersendiri.

Mamat sedang menghidangkan satu karya yang penuh emosi kepada penonton. Mamat telah menggunakan segala 'tools' yang ada di dalam filmaking... editing, bunyi, sinematografi dan lakonan, dalam membentuk sebuah karya yang penuh 'kemarahan', 'kekecewaan', 'kekeliruan' dan 'kesedihan'...

Penonton mungkin gelak pada kebanyakkan adegan di dalam filem ini. Namun, aku percaya, Mamat menyogok humour itu dengan sindira.

Melalui watak utamanya, iaitu Husin...ini bukan Husin dalam Zombi Kampung Pisang, atau Hantu Kak Limah Balik Rumah. Husin ini, tidak ceria, kecewa, keliru dan lebih banyak berdiam dari bercakap. Peduduk Kampung Pisang terlalu 'riuh'. Semua ingin bercakap... siapa yang mahu dengar?

Siapa orang yang macam Husin ini untuk mengutarakan idea?

Seperti yang aku cakap tadi, aku tidak mahu pergi ke kontek yang lebih besar dari ruang lingkup filem ini... aku lebih teruja mahu melihat 'autur' yang berada di sebalik 'karya' ini.

Secara textual dan contextual, kita tahu, bahawa filem ini 'politikal'. Tiada siapa yang mahu nafikan ini. Aku cuma menyatakan pendapat aku, apabila ada sesetangah pendapat mengatakan Mamat tidak berhati-hati di dalam filemnya kali ini... apa yang aku maksudkan dengan tidak berhati hati itu adalah dari segi keseluruhan 'bentuk' filem ini yang dikatakan tidak organik.

Kerana bagi aku itulah kekuatan yang paling terer giler Mamat di dalam filem ini.

Lakonan yang tidak seimbang diantara pelakon, huru hara, terlalu banyak orang nak bercakap, plot melompat lompat, bunyi yang tidak synch, sebab akibat yang samar.

Seriously, chaosnya film ini...adalah refleksinya, chaosnya perasaan Mamat.

Ajer nyer ye.









Tiada ulasan: