Jumaat, 15 Mac 2013

Cerita Kita

Aku bukan penonton filem 'cinta', apatah lagi filem cinta tempatan, tambahan lagi filem itu dihasilkan oleh sebuah tangki septik bernama MIG.



Tapi apabila kelas filem kau dibatalkan, dan kau tiada arah hendak pergi, pertaruhan yang paling baik untuk membuang masa adalah dengan menonton wayang. Dan entah karma apa yang menyebabkan nasib aku begitu buruk, pada waktu yang terdekat itu, hanya ada sebuah tayangan filem.

Cerita Kita, arahan Pierre Andre,lakonan Pekin Ibrahim dan Yana Samsuddin.... dengan tagline " Kalau awak tanya apa yang saya mahu dalam hidup ini, saya akan kata saya mahu awak".

Duh....

Filem ini mengangkat konsep melodrama yang diberikan sedikit semangat moden oleh Pierre. Mujur Pierre yag arah, kalau Hashim Rejab, memang tidak lah aku menontonnya. Baik aku habiskan masa aku di arcade.

Percintaan tiga segi yang menghalang percintaan antara dua orang sahabat yang confuse iaitu diantara Pekin dan Yana. Konflik pula datangnya dari keperluan material dan stabiliti si heroin, di mana dia jatuh hati pada Fezrol Khan, yang kelihatan lebih gentle dan berkeyakinan, serta of course lebih banyak 'duit' dari si Pekin yang kerjanya mencuci kereta.

Apa yang diharapkan dari sebuah kisah percintaan yang penuh keklisean ini? tiada. Dan sememangnya sebuah filem cinta hanya perlu mengitar semula formula yang sememangnya sudah terbukti berkesan. Filem ini berakhir juga dengan penuh keklisean.

Apa pengakhiran yang dimahukan penonton kalau tidak seorang lelaki dari golongan kelas bawahan ini mendapat sedikit kebahagiaan dengan berjaya memiliki 'cintanya'. Tak perlu risau akan spoiler apabila membaca 'hint' yang diberikan aku ini. Apa yang kamu harapkan dari sebuah melodrama yang klise?

Cuma aku suka pada lakonan Yana. Dia ni seorang pelakon yang berbakat, pandai bawa watak gadis manja, mungkin kerana dia hanya jadi dirinya sendiri? haha...

Pekin pula lakonannya sangat lah mediocre... Pekin berlakon watak Pekin. Dia memang terkenal dengan watak nampak 'art' dan coolnya. Aku akui juga, selepas watak hero dalam cerita 'Aku Hidup Dalam Blues', Pekin merupakan seorang brader pencuci kereta yang cool.

Lakonan Feroz Khan.... macam lakonan pelakon lelaki Malaysia yang lain. If you know what i mean...

Yang mungkin boleh menyebabkan filem ini terselamat dari menjadi cerekarama TV adalah kemampuan Pierre dalam memberikan sentuhan sinematik dalam filemnya ini. Sinematografi boleh dipuji... Persekitaran Flat yang memberi penekanan kepada pasangan 'kelas' pekerja di Kuala Lumpur yang menjadi watak utama dinyatakan dengan begitu tegas dalam masa yang sama romantik. Terutamanya Long Shot Pekin berjalan di balkoni flat yang kosong dan kelihatan kusam itu.

Ianya sebuah karya romantisme working class yang boleh dipuji.

***

Aku melihat filem ini ada momen yang menyentuh hati, mungkin sebab pengalaman-pengalaman peribadi aku. Melihat Pekin, yang sanggup bersusah payah untuk membeli sesuatu yang sebenarnya dia tidak mampu kepada seseorang yang dicintainya, juga penampilannya dirinya ( berambut panjang, berpakaian lusuh) dihakimi sebegitu rupa, serta segala soal material yang berkaitan dengan masa depan dan stabiliti kehidupan...dipertikaikan...serta kemampuan kau untuk 'membahagiakan' itu dipersoalkan...

Ya, aku sedikit sebanyak mengaitkan dengan pengalaman aku. Cuma, cerita aku tidak berakhir dengan si heroin pulang ke pangkuan aku.

Walau bagaimanapun, hidup bukan filem, filem hanya cebisan dari realiti, dan bila realiti hidup kau lebih pahit dari filem yang ditonton.

Ianya merupakan sebuah lagi tragedi yang lain.

:)





Tiada ulasan: