Sabtu, 9 Mac 2013

Rock oo - Tanpa Seks, Tanpa Dadah, Rock N Roll orang Timur

Sequel dari filem Rock (2005)

Filem ini merupakan kesinambungan perjuangan band rock Rimba Bara. Pelakon utama filem Rock yang lepas iaitu Hasnul Rahmat tiada di dalam filem ini. Fokus adalah kepada rocker wannabe kampung yang nak jadi vokalis band rock lakonan yang paling aku tak suka oleh Que Haidar.



Dengarnya, Mamat Khalid sendiri bengang dengan tahap lakonan Que dalam filem ini. Aku pula bengang dengan tahap pengarahan Mamat dalam filem ini.

Ini masalah filem yang ada sequel.... penonton mahu lebih baik, atau setidakya mahu sama tahap dengan filem yang pertama.

Kalau filem yang kedua itu tidak mencapai 'jangkaan'... aiseh, ini sangat 'menghampakan'.



Bagi aku filem Rock ( yang pertama) dapat dilihat keseimbangan diantara kemerapuan dan keseriusan dalam berhumor, filem itu adalah sebuah filem yang nostalgik, dipersembahkan untuk mat rock kangkang/kapak merasa terhibur dengan kenaifan, kerebelan zaman muda.

Dalam masa yang sama dilema watak utama, samada hendak meneruskan perjuangan rock atau memilih kehidupan normal, sangat menusuk kalbu, tambah tambah lagi bagi aku yang turut berjuang dalam dunia seni ini, walaupun bukan dalam muzik. Filem itu sangat memberi kesan.

Tetapi, berlainan dengan filem Rock oo yang baru ini...

Filem Rock ooo, terlalu memain mainkan nostalgia bagi aku, sehingga ke tahap, aku mula rasa, " apa ni Mamat, lu dah terover la main main..."



Mungkin lakonan Que yang patut dipersalahkan, mungkin juga...aku jadi annoying dengan watak dia, tapi kalau memang itu kehendak Mamat, dia berjaya, sebab aku memang rasa 'menyampah' yang teramat.

Sebagai sebuah cerita, ianya anti klimaks bagi aku... sayangnya kan..., kerana filem ini ada satu 'punch' yang betul betul memberi kesan pada emosi aku. Ya, adegan yang aku maksudkan adalah adegan Saiful Apek itu. (Ini bagi aku satu perkara mulia yang Mamat lakukan, dengan menyerlahkan kemampuan Saiful Apek untuk berlakon watak serius, mungkin ada pengarah lain boleh cuba tampilkan karekter Apek yang serius di lain masa).

Oh, ya, aku tidak mahu beritahu apa yang berlaku kepada Saiful Apek, itu snagat potong stim, pergi tengok sendiri. 

Yang mana aku rasa, selepas adegan itu, dengan pelbagai rintangan dan kekecewaan, Rimba Bara (dan juga penonton) berhak mendapat satu 'pengakhiran' yang lebih serius dari penutup secara montaj dilatari V.O Que Haidhar, tentang kejayaan Rimba Bara berjaya masuk ke Juara Lagu Muzik-muzik.

Atau mungkin aku terlalu serius, untuk filem yang tidak dibikin untuk terlalu serius? 



Mungkin apa yang aku mahu tengok adalah filem rock klise, macam Rock Star ( 2001), atau This is Spinal Tap (1984), hahahahahahhaha...

Pendek kata yang aku maksud kan adalah Sex, Drugs and Rock n Roll punya attitude. Ok, itu yang aku tak puas hati sebenarnya, filem Rock ooo Mamat ni begitu clean untuk sebuah filem rock. Bagi aku, itulah rock... rock adalah dadah... dan dadah yang ada di dalam filem Mamat ini, adalah versi 'Belia benci Dadah' punya PSA.

Mungkin ini 'rock' versi Timur, atau rock melayu yang berbudaya yang cuba Mamat ketengahkan. Dan jika dilihat dari sudut yang lebih 'mulia', betul lah tu...

Ini rock tak main dadah, tak minum arak...

Ini rock versi Faizal Tahir. Hahahahahahahahahhaahaha... Bukan SYJ. 


hurrm...    ok aku tak mahu teruskan pendapat aku tentang 'rock', sebelum aku dilabel sebagai 'dajal'...

...ok abaikan, berbalik kepada filem.


petikan petikan lagu yang ada di dalam filem ini lebih 'nostalgik', begitu juga 'cameo' atau 'tribute' pada band band seperti SYJ, dan kepada Allahyarham SYJ sendiri. Begitu juga, bashing pasal tiada lagu 'May' dalam filem Rock yang pertama, dalam filem Rock ini, lagu May antara lagu terawal yang melatari scene di dalam filem ini.

Filem ini boleh juga dilihat sebagai sebuah filem muzikal, dan perca perca MTV yang berselerak. Di sebabkan terdapat banyak plot yang dibina khas untuk 'fit' perca perca muzik video yang berselerak, plot plot ini tidak berupaya membentuk satu perjalanan cerita yang tersusun dan lancar kesinambungannya, impak terhadap adegan-adegan ini jadi tidak terasa. 

Kecuali, ya...adegan masterpiece Apek itu tadi. Aku menangis.

Sayangnya, secara keseluruhan... tiada keseriusan yang lebih dari Mamat untuk mengangkat filem dan zaman ini ke tahap yang sebenarnya...

Tapi itulah, 

kenapa aku yang nak serius sangat?



P/s- aku tonton dua kali filem ini... dan baru aku menulis ini. Dan ya, aku menulis review ini tidak terlalu serius, oleh itu, seperti filem ini, jangan ambil serius sangat apa yang aku tulis. :)











Tiada ulasan: