Isnin, 21 April 2014

Untuk PNB.

Video pendek untuk PNB, projek dengan kengkawan rapat...

iskkk bagi ler 20K....haha..

Sabtu, 12 April 2014

Poin-poin makan Biskut dan memikir Apokalips sang auteur



1. Bertolt Brecht memanjangkan 'alienasi' Marx (sosial alienation) ke dalam teater, dengan tujuan penonton tidak terbuai ke dalam 'cerita' (dikhayalkan). Godard, pernah juga menggunakan semangat 'alienasi' ini (sama seperti Brecht) dengan cubaan 'jump cut' (suntingan) untuk memutuskan tali kontinuiti agar penoton sedar yang mereka sedang menonton filem. Apabila penonton berjaya 'dijarakkan' dengan cerita, makanya penonton akan sedar bahawa mereka sedang menonton 'filem'. Dan tidak terperusuk khayal ke dalam dunia cerita. Dan ini menjadikan penonton masih dalam keadaan 'sedar' dan cuba (secara sedar) memahami imejan visual (dalam konteks ini filem) yang sedang ditayangkan di hadapan mereka. Bagi pengarah teater dan filem (Brecht dan Godard) pro-Marx inilah yang cuba dicapai...iaitu keadaan 'keterasingan' itu..antara penonton dan medium (filem atau teater)...dan mereka perlu menikmati 'seni' dalam kenadaan 'sedar'... ini rentetan dari pandangan bahawa kaum proletar/marhaen seringkali dieksploitasi oleh golongan kelas pemerintah/borjuis/kapitalis yang cuba mencandukan mereka dengan hiburan yang bersifat eskapis agar melupakan 'struggle' sebenar yang berlaku dalam kasta/kelas sosial...ok, lupakan hal-hal teori Barat yang dibenci oleh seorang pengkritik filem tua ini, berbalik kepada filem Mamat... dua buah filem terbaru (dan ini bermula dari Husin, Mon, Jin Pakai Toncit) sebenarnya ada kecenderungan Mamat mula menghasilkan filem yang 'menjarakkan' penonton dari dunia cerita Mamat.

2. Ada pendapat mengatakan Mamat sengaja dalam hal ini. Ada pendapat mengatakan tidak. Aku cuba untuk bersangka baik. Lagipun Mamat adalah pengarah feveret aku. Aku pilih untuk bersetuju dengan pendapat yang pertama. Namun apabila aku menonton Apokalips X yang lebih baik sikit dari Antoo Fighter dan Kapoww Azizi Chunk, aku mula tidak berfikiran sedemikian.

3. Zombi (maksud aku cerita zombi) adalah parodi. Memparodikan parodi jatuh ke tahap main-main. Filem Zombi Kilang Biskut jatuh ke dalam kategori ini. Filem main-main. Ini sangat menggusarkan.... Mamat sepatutnya macam Anakin Skywalker, yang dipilih untuk menyelamatkan filem melayu, namun dia jadi Darth Vader, dengan join sebelah darkside, mula buat filem yang sama sahaja macam Azizi Chunk, macam Bob Ismail...cuma, ya, bagus sikit sahaja dari mereka. Tapi trend filem yang diarahkannya menunjukkan ianya bergerak ke arah yang menggusarkan.

4. Adakah Mamat cuba berBrechtian atau berGodardian dalam filem beliau? sudah tentu tidak... macamana stail yang lahir dari tradisi marxist ini bergerak dalam suasana arus perdana yang sememangnya berkiblatkan kapitalis...ini dikuatkan lagi dengan pandangan cuba 'menjatuhkan melayu' dan 'mahu penonton datang wayang dan sokong dalam pembelian tiket'. Ini secara filosofinya tidak kena langsung....

5. Mencari 'Apa yang cuba diperkatakan oleh Mamat dalam filemnya'... secara parodi...atau secara satira... ya, memang dua buah filem ini ada benda yang diperkatakan...ianya sangat 'obvious'....tapi cerita? tiada. none. Nada. ilek.

6. Lagipun kalau nak hantar mesej, baik bagi teks sahaja bukan? lagi senang.

7. Kalau nak 'preachy' sangat macam Apokalips X pun, Tentang perpaduan, tentang budaya dan pentingnya sifat tolak ansur... buat PSA sahaja...lagi senang dan ringkas bukan?

9. Adakah Mamat cuba mencipta keterasingan antara filemnya dan audiens kerana mahu penonton fokus kepada 'mesej' (aku benci nak guna ayat mesej ini tapi ya, aku rasa itulah yang Mamat cuba fokuskan). Aku rasa mungkin ya, tapi dengan mengambil lewa cerita langsung...ianya bukan lah satu strategi yang bagus...

10. Adakah aku kecewa dengan dua buah filem Mamat yang aku tonton baru-baru ini? ya. Adakah aku cuba menjatuhkan pengarah melayu seperti Mamat?. Adakah aku pro kapitalis dan berfikiran Barat? abah kau!


11.Zombi Kilang Biskut, merupakan  Kampung Pisang chronicles yang masih berlatar kampung pisang, idea  yang dikitar dengan eksekusi yang menjadi semakin bosan dengan ketiadaan hala tuju. Ianya menjadi semakin 'cheap' dan tidak menarik lagi. Tidak sepadat Hantu Kak Limah dan lebih tiada tujuan dari Husin dan Mon.

12. Apokalips X cedukan cow zero berlatar pasca-apokalips, tanpa cerita... hanya babak gaduh yang lebih banyak dibantu gerak kamera dan sudut tangkapan aksi dari koreografi bergocoh. Karekter tidak jelas. Ada bau-bau triad society di sana sini, bagi mereka yang familiar dengan benda benda organisasi bawah tanah/jenayah tempatan. Bagi yang melihat dari kacamata politik, boleh tebuk dan tafsir suka suka gigi macam pengkritik filem tua itu buat.

p/s- Aku masih tunggu filem-filem Mamat yang lain seperti 'Rentas' (ke rentaz?) dan apa ntah tajuk yang belakangnya '... 'pergi ke laut' itu...see, aku masih tak putus beri sokongan pada filem dia.

Selasa, 4 Jun 2013

KIL

KIL (2013) Nik Amir. Ini bukan rebiu. Aku cuba mengupas filem ini. (Makanya ada Spoiler. Berambus sekiranya belum tonton).

Sinematografi cantik? ya.... tapi lebih dari itu. Filem ini ada daya intelektualitinya. Itu yang mahal, dan segar. Dengar khabarnya bajet lebih kurang 100K. Sial. Ianya 'lebih' serba-serbi dari sampah-sarap yang memenuhi panggung sekarang ini. Makan apa budak-budak ni?

Lakonan, pengarahan, art direction, yadada yadada... Tak perlu aku ulang semua pujian. Ya, semuanya memenuhi keperluan yang harus dan patut ada bagi sebuah karya 'sinema'. Barisan pengkarya mudanya terdiri daripada mereka yang punya 'pencerahan' tentang sinema.

Tapi bukan itu yang aku kagumkan.

Aku teruja pada konsep, tema dan bentuk cerita.

Dan yang paling 'cantik' adalah gaya cerita ini diceritakan. Di mana 'masa' itu dipersembahkan dalam suasana yang 'tidak' lurus, huru hara. Lepas dan sekarang, dipersembahkan dengan penuh semangat 'tidak berstruktur'. Ini bukan sesuatu yang baru di dalam sinema, tetapi, ianya baru di

Ini adalah satu bentuk sinema 'rebel' dari anak muda. Memori dan ingatan Akil, selaku 'imejan-virtual' /'Mental-imej' dipersembahkan tanpa dipisahkan dari garis masa 'kini/sekarang'. Ya, mudah kata, bukan secara teknik flashback yang biasa kau lihat (contoh:sephia, grainy, hitam-putih). Adegan ini yang seharusnya merupakan babak-babak imbas balik (flash back) seperti Akil berbual telefon bersama ibunya, dan, adegan dia menasihati adiknya supaya tidur, tidak divisualkan terpisah 'dari' masa kini / 'real-time' cerita Akil ( Di mana, Ibu dan Adiknya sudah mati akibat kemalangan).

Dari rentetan visual yang menunjukkan kecelaruan dan huru-hara 'ruang-masa' ini, penonton dapat merasai emosi, perasan,fikiran 'karekter' Akil dengan lebih mendalam. Bukan sekadar lakonan Redza Minhat itu sudah cukup bagus, malahan dengan gaya penceritaan sebegini, ianya menjadi satu kaedah penceritaan sinematik (dari pengarah) yang membawa penonton (dengan memasuki kondisi emosi-fikiran Akil) untuk merasai sengsara dan 'harapan' (ya, HARAPAN) Akil yang penuh rasa penyesalan, dan tidak dapat menerima kenyataan ibu dan adiknya sudah tiada secara 'subtle', dan mahu mereka, masih hidup bersamanya... tanpa meleweh-leweh dengan 'dialog' dan adegan yang tidak perlu.

Menyelit kata Deleuze "The time-image places the identity of character, plot, etc, into crisis".

.. It becomes questioning, responding,objecting, provoking, theorimatising,experimenting, in accordance with thelogical list of conjunctions (‘or’, ‘therefore’,‘if’, ‘because’, ‘actually’, ‘although’..)  

                                                                                                            (cinema 2, p.23)

Mungkin aku lupa nyatakan, aku cuba melihat filem KIL ini dari konsep time-image Deleuze. Selain elemen-elemen Non-Rational cut dalam Time-Image, seperti pelanggaran undang-undang (bongok)180 degree line sewaktu babak Akil dan Awek yang hendak bunuh diri atas bangunan. ianya membawa penonton melihat watak Akil dalam ruang dan dimensi 'istimewa'. 

Akhirnya apa yang hendak dicapai adalah satu gaya penolakan terhadap 'norma' klise dan stereotaip dalam filem secara amnya, filem melayu secara khususnya.Ini satu bentuk 'pemberontakan' sinema yang cantik.   

Ini sama impaknya dengan apa yang Dain Said lakukan dalam BUNOHAN.

Kerana untuk menghasilkan sinema yang ada daya intelektualiti ianya harus mencabar /'memberontak' dan 'melanggar' undang-undang sinema 'moden' (seperti kontinuiti masa:Klasik hollywood) dengan pengetahuan, serta konsep (jelasnya seperti time-image ini).

Tapi jaga-jaga, ada beza dengan tahu tapi langgar, dengan tidak tahu dan melanggar.

Ini yang aku suka di dalam filem ini. Ada beberapa perkara lagi, sekiranya aku rajin untuk berkontekstualisasikan filem ini, mahu melihatnya dari sudut 'gambar yang lebih besar'... bukan di entri ini, entri lain mungkin. Entri ini aku tulis dalam tergesa-gesa kerana libido intelektual aku menegang sebaik sahaja menonton filem ini dan ya, ini cuma satu peronanian intelektual, terima kasih kerana mahu membaca.



P/S : Dan ya, Zara (Christine) sangat menawan. 




Jumaat, 15 Mac 2013

Cerita Kita

Aku bukan penonton filem 'cinta', apatah lagi filem cinta tempatan, tambahan lagi filem itu dihasilkan oleh sebuah tangki septik bernama MIG.



Tapi apabila kelas filem kau dibatalkan, dan kau tiada arah hendak pergi, pertaruhan yang paling baik untuk membuang masa adalah dengan menonton wayang. Dan entah karma apa yang menyebabkan nasib aku begitu buruk, pada waktu yang terdekat itu, hanya ada sebuah tayangan filem.

Cerita Kita, arahan Pierre Andre,lakonan Pekin Ibrahim dan Yana Samsuddin.... dengan tagline " Kalau awak tanya apa yang saya mahu dalam hidup ini, saya akan kata saya mahu awak".

Duh....

Filem ini mengangkat konsep melodrama yang diberikan sedikit semangat moden oleh Pierre. Mujur Pierre yag arah, kalau Hashim Rejab, memang tidak lah aku menontonnya. Baik aku habiskan masa aku di arcade.

Percintaan tiga segi yang menghalang percintaan antara dua orang sahabat yang confuse iaitu diantara Pekin dan Yana. Konflik pula datangnya dari keperluan material dan stabiliti si heroin, di mana dia jatuh hati pada Fezrol Khan, yang kelihatan lebih gentle dan berkeyakinan, serta of course lebih banyak 'duit' dari si Pekin yang kerjanya mencuci kereta.

Apa yang diharapkan dari sebuah kisah percintaan yang penuh keklisean ini? tiada. Dan sememangnya sebuah filem cinta hanya perlu mengitar semula formula yang sememangnya sudah terbukti berkesan. Filem ini berakhir juga dengan penuh keklisean.

Apa pengakhiran yang dimahukan penonton kalau tidak seorang lelaki dari golongan kelas bawahan ini mendapat sedikit kebahagiaan dengan berjaya memiliki 'cintanya'. Tak perlu risau akan spoiler apabila membaca 'hint' yang diberikan aku ini. Apa yang kamu harapkan dari sebuah melodrama yang klise?

Cuma aku suka pada lakonan Yana. Dia ni seorang pelakon yang berbakat, pandai bawa watak gadis manja, mungkin kerana dia hanya jadi dirinya sendiri? haha...

Pekin pula lakonannya sangat lah mediocre... Pekin berlakon watak Pekin. Dia memang terkenal dengan watak nampak 'art' dan coolnya. Aku akui juga, selepas watak hero dalam cerita 'Aku Hidup Dalam Blues', Pekin merupakan seorang brader pencuci kereta yang cool.

Lakonan Feroz Khan.... macam lakonan pelakon lelaki Malaysia yang lain. If you know what i mean...

Yang mungkin boleh menyebabkan filem ini terselamat dari menjadi cerekarama TV adalah kemampuan Pierre dalam memberikan sentuhan sinematik dalam filemnya ini. Sinematografi boleh dipuji... Persekitaran Flat yang memberi penekanan kepada pasangan 'kelas' pekerja di Kuala Lumpur yang menjadi watak utama dinyatakan dengan begitu tegas dalam masa yang sama romantik. Terutamanya Long Shot Pekin berjalan di balkoni flat yang kosong dan kelihatan kusam itu.

Ianya sebuah karya romantisme working class yang boleh dipuji.

***

Aku melihat filem ini ada momen yang menyentuh hati, mungkin sebab pengalaman-pengalaman peribadi aku. Melihat Pekin, yang sanggup bersusah payah untuk membeli sesuatu yang sebenarnya dia tidak mampu kepada seseorang yang dicintainya, juga penampilannya dirinya ( berambut panjang, berpakaian lusuh) dihakimi sebegitu rupa, serta segala soal material yang berkaitan dengan masa depan dan stabiliti kehidupan...dipertikaikan...serta kemampuan kau untuk 'membahagiakan' itu dipersoalkan...

Ya, aku sedikit sebanyak mengaitkan dengan pengalaman aku. Cuma, cerita aku tidak berakhir dengan si heroin pulang ke pangkuan aku.

Walau bagaimanapun, hidup bukan filem, filem hanya cebisan dari realiti, dan bila realiti hidup kau lebih pahit dari filem yang ditonton.

Ianya merupakan sebuah lagi tragedi yang lain.

:)





Khamis, 14 Mac 2013

Rock dan momen momen personal.

Muzik rock kapak/glam rock merupakan pengaruh muzik terawal dalam hidup aku.

Mempunyai seorang bapak yang meminati muzik. Aku membesar dengan pelbagai genre muzik, iatu pengaruh secara tidak langsung dari apa sahaja yang keluar dari corong radio jenama Aiwa bapak aku.

daripada Santana, Bob Marley ke Deep Purple, Dari Jefrydin, M. Shariff dan ke Search, Wings dan Lefthanded.

Kadang kadang aku terdengar dia pasang lagu lagu Bee Gees, dan The Carpenters... itu kesukaan mak aku.

Tapi M. Daud Kilau dengan S.M Salim takde...tak... uu uhh... Itu bukan muzik jenis bapak aku suka. 

Aku pula, lewat 80-an, berseluar pendek tidak berbaju sering bermain kaut-kaut pasir di belakang rumah aku. Rumah aku pada waktu itu terletak betul-betul di pekan Parit. Sebuah pekan koboi yang agak terkenal di daerah Perak Tengah, Perak.



Berhampiran timbunan pasir itu terletak sebuah rumah yang agak misteri. Rumah kayu, yang dindingnya terconteng conteng dengan perkataan-perkataan yang aku tidak fahami. masa itu aku berumur 7 tahun, aku tidak boleh membaca sehinggalah aku berusia 9 tahun. Oleh itu aku tak faham apa yang dicontengkan di dinding rumah tersebut.*

Selain dari keadaan rumah yang tidak senonoh ( dan agak creepy) jika dilihat dari luar. Satu perkara yang aku ingat tentang rumah tersebut adalah penghuni rumah tersebut seolah-olah pekak. Mereka akan memasang radio dengan kuat. Aku yang sedang bermain pasir itu boleh dengar lagu yang mereka pasangkan berulang kali. Antaranya adalah lagu ini.



Ya, lagu dari kumpulan Crossfire. Setelah beebrapa kali mendengar lagu ini dari rumah tersebut sewaktu seronok bermain pasir, aku dapat menghafal lagu tersebut.

Yang peliknya, aku jarang dapat lihat kelibat manusia yang menghuni rumah tersebut, dari radio yang terpasang. Aku yakin rumah tersebut berpenghuni. Kadangkala hanya dengar nyaringan bunyi gitar dari rumah tersebut. Betul-betul bunyinya seperti ini.



Setelah sekian lama diselubungi misteri, akhirnya aku dapat juga melihat kelibat mereka yang menguni rumah tersebut. Dan ya, mereka semua, ada 4 orang kesemuanya, sebiji seperti mereka ini. Tapi tak la akai baju macam tu. haha...



Berambut panjang, berbadan kurus, seluar ketat, dengan aksesori di tangan dan leher. Mereka adalah mamat-mamat rock kampung yang terpengaruh dan menjadi sebahagian dari fenomena rock yang melanda negara pada waktu itu. Mereka sangat cool... walaupun sebenarnya penampilan mereka memang mendatangkan curiga kepada mak aku. 

Diaorang tu hsiap dadah. cakap mak aku. Aku tidak tahu apa itu dadah pada waktu itu, tapi seringkalinya dadah dikaitkan dengan tengkorak. Ya, ianya snagat menggerunkan. Bukan dadah, tapi tengkorak tersebut.



Pada waktu itu, kalau bapak aku bawak aku berjalan ke Ipoh untuk aktiviti makan malam yang menjadi rutin bulanannya sebaik sahaja dapat gaji, tidak dapat tidak aku akan bertembung dengan mamat-mamat dan minah-minah rock ini kawasan Super Kinta dan Yik Foong, atau di depan Stesen Kereta Api Ipoh, di mana tempat yang menjadi tempat tumpuan masyarakat Ipoh pada waktu merewang di malam minggu, atau di TKK ( Taman Kanak Kanak) yang menjadi tempat tumpuan makan-makan setiap lapisan marhaen di Ipoh. Ada satay Endut yang agak famous pada waktu itu disini.



Kalau tidak di Ipoh, aku sering bertembung dengan mamat dan minah rock ini di kedai bundle arwah tuk aku. Arwah tuk aku adalah seorang peniaga bundle yang famous pada waktu itu. Kedai bundle dia terletak betul-betul di tengah pekan parit. Menawarkan pelbagai jenis pakaian second hand dengan harga mampu beli, tidak hairan ianya menjadi 'port' mamat-mamat rock dan minah minah rock membeli jeans lusuh dan koyak mereka di situ.

Antara kenangan yang tidak boleh aku lupa adalah aku terjatuh hati dengan seorang Minah Rock yang sering datang ke kedai bundle arwah tuk aku ini. Ahhh... begitu salahnya psikoanalisis Freud yang mengatakan bahawa budak lelaki berumur 7 tahun tiada keinginan terhadap gender yang berlainan dengan mereka sewaktu di tahap represi seksual itu.

Atau aku yang tidak normal? hahahaha


Mungkin ianya bukan 'cinta', ianya hanya 'suka' seorang kanak-kanak kepada seorang perempuan yang nampak sempurna. Yang kelihatan sempurna itu adalah seorang minah yang seakan akan seperti gambar di bawah. Haa... yang belah kanan sekali tu....

Aku masih ingat eye shadow dan gincunya yang merah menyala. Serta seluar jeans ketatnya. Suaranya pun aku masih ingat. Bila dia datang untuk beli jeans dan alter jeans tersebut. Aku pasti akan menyibuk. dan dia tidak lupa membelikan aku sesuatu, dan biasanya sesuatu itu adalah ice cream potong kacang merah. 



Waktu itu, sudah masuk tahun 90, dan lagu ini pernah berkumandang sewaktu minah rock, yang sampai sekarang aku tidak tahu namanya itu, datang ke kedai bundle arwah atuk aku. May, Sketsa Sebuah Cinta.


Selain itu, dari segi fesyen, untuk budak berumur 7-9 tahun, apalah yang boleh di rock sangat. Bapak aku akan pastikan macha tukang rambut memotong rambut aku dengan kenipisan No. 2. Cuma kalau ada sedikit yang rock yang boleh aku gayakan adalah, bapak aku tak kisah kalau aku pakai seluar jeans koyak lutut. 

Budak 8 tahun dah rasa cukup rock dengan seluar berkoyak di lutut, dan yang paling seronok adalah bapak aku belikan kasut ini.

ya, kasut Aliph! ini adalah satu item rock yang sangat lokal. kasut ini dihasilkan oleh anak syarikat Sime Darby kalau tak silap, dan pernah menjadi satu item cult bagi mat rock dan minah rock di Malaysia. Tapi kasut Aliph aku adalah kasut sekolah... bukan kasut jalan jalan..hahaha... lebih kurang macam gambar kat bawah ( aku ambil gambar ni dari blog orang)..





Muzik rock dan mamat-mamat bermabut gondrong terus menjadi sebahagian dari hidup aku sehinggalah arwah atuk aku sakit tenat, dan terpaksa menutup kedai bundle nya. Pada waktu itu, sudahpun tahun 95 kalau tidak silap, aku masa itu darjah 6. 

Pada waktu itu juga, muzik rap telah menular dengan Nico dan 4U2C menggantikan kegilaan seluar jenas ketat dan koyak dengan seluar-seluar baggy. Dari muzik yang nyaring dengan guitar kepada muzik yang entah apa-apa.

Setelah beberapa tahun... Mamat Khalid telah menghasilkan filem Rock dan kemudiannya baru-baru ini, sequelnya telah dikeluarkan. Kenangan-kenangan zaman rock tersebut datang menjengah-jengah.

Ianya menyimpan bayak memori yang boleh disenyumkan dan diketawakan. Selain itu, tidak kurang juga yang hampir menitiskan air mata. Apabila pengaruh budaya rock yang turut diasosiasikan dengan dadah itu telah menyebabkan aku kehilangan pak cik aku. Dan adegan Saiful Apek hilang nyawa O.D di tepi longkan benar-benar mengingatkan aku kepadanya. 

Walaupun, untuk review, aku memberi negatif review pada filem Rock Ooo itu... tapi secara peribadi, aku ucapkan terima kasih kepada Mamat Khalid yang memberi ruang aku mengimbau balik memori-memori tersebut.










Sabtu, 9 Mac 2013

Rock oo - Tanpa Seks, Tanpa Dadah, Rock N Roll orang Timur

Sequel dari filem Rock (2005)

Filem ini merupakan kesinambungan perjuangan band rock Rimba Bara. Pelakon utama filem Rock yang lepas iaitu Hasnul Rahmat tiada di dalam filem ini. Fokus adalah kepada rocker wannabe kampung yang nak jadi vokalis band rock lakonan yang paling aku tak suka oleh Que Haidar.



Dengarnya, Mamat Khalid sendiri bengang dengan tahap lakonan Que dalam filem ini. Aku pula bengang dengan tahap pengarahan Mamat dalam filem ini.

Ini masalah filem yang ada sequel.... penonton mahu lebih baik, atau setidakya mahu sama tahap dengan filem yang pertama.

Kalau filem yang kedua itu tidak mencapai 'jangkaan'... aiseh, ini sangat 'menghampakan'.



Bagi aku filem Rock ( yang pertama) dapat dilihat keseimbangan diantara kemerapuan dan keseriusan dalam berhumor, filem itu adalah sebuah filem yang nostalgik, dipersembahkan untuk mat rock kangkang/kapak merasa terhibur dengan kenaifan, kerebelan zaman muda.

Dalam masa yang sama dilema watak utama, samada hendak meneruskan perjuangan rock atau memilih kehidupan normal, sangat menusuk kalbu, tambah tambah lagi bagi aku yang turut berjuang dalam dunia seni ini, walaupun bukan dalam muzik. Filem itu sangat memberi kesan.

Tetapi, berlainan dengan filem Rock oo yang baru ini...

Filem Rock ooo, terlalu memain mainkan nostalgia bagi aku, sehingga ke tahap, aku mula rasa, " apa ni Mamat, lu dah terover la main main..."



Mungkin lakonan Que yang patut dipersalahkan, mungkin juga...aku jadi annoying dengan watak dia, tapi kalau memang itu kehendak Mamat, dia berjaya, sebab aku memang rasa 'menyampah' yang teramat.

Sebagai sebuah cerita, ianya anti klimaks bagi aku... sayangnya kan..., kerana filem ini ada satu 'punch' yang betul betul memberi kesan pada emosi aku. Ya, adegan yang aku maksudkan adalah adegan Saiful Apek itu. (Ini bagi aku satu perkara mulia yang Mamat lakukan, dengan menyerlahkan kemampuan Saiful Apek untuk berlakon watak serius, mungkin ada pengarah lain boleh cuba tampilkan karekter Apek yang serius di lain masa).

Oh, ya, aku tidak mahu beritahu apa yang berlaku kepada Saiful Apek, itu snagat potong stim, pergi tengok sendiri. 

Yang mana aku rasa, selepas adegan itu, dengan pelbagai rintangan dan kekecewaan, Rimba Bara (dan juga penonton) berhak mendapat satu 'pengakhiran' yang lebih serius dari penutup secara montaj dilatari V.O Que Haidhar, tentang kejayaan Rimba Bara berjaya masuk ke Juara Lagu Muzik-muzik.

Atau mungkin aku terlalu serius, untuk filem yang tidak dibikin untuk terlalu serius? 



Mungkin apa yang aku mahu tengok adalah filem rock klise, macam Rock Star ( 2001), atau This is Spinal Tap (1984), hahahahahahhaha...

Pendek kata yang aku maksud kan adalah Sex, Drugs and Rock n Roll punya attitude. Ok, itu yang aku tak puas hati sebenarnya, filem Rock ooo Mamat ni begitu clean untuk sebuah filem rock. Bagi aku, itulah rock... rock adalah dadah... dan dadah yang ada di dalam filem Mamat ini, adalah versi 'Belia benci Dadah' punya PSA.

Mungkin ini 'rock' versi Timur, atau rock melayu yang berbudaya yang cuba Mamat ketengahkan. Dan jika dilihat dari sudut yang lebih 'mulia', betul lah tu...

Ini rock tak main dadah, tak minum arak...

Ini rock versi Faizal Tahir. Hahahahahahahahahhaahaha... Bukan SYJ. 


hurrm...    ok aku tak mahu teruskan pendapat aku tentang 'rock', sebelum aku dilabel sebagai 'dajal'...

...ok abaikan, berbalik kepada filem.


petikan petikan lagu yang ada di dalam filem ini lebih 'nostalgik', begitu juga 'cameo' atau 'tribute' pada band band seperti SYJ, dan kepada Allahyarham SYJ sendiri. Begitu juga, bashing pasal tiada lagu 'May' dalam filem Rock yang pertama, dalam filem Rock ini, lagu May antara lagu terawal yang melatari scene di dalam filem ini.

Filem ini boleh juga dilihat sebagai sebuah filem muzikal, dan perca perca MTV yang berselerak. Di sebabkan terdapat banyak plot yang dibina khas untuk 'fit' perca perca muzik video yang berselerak, plot plot ini tidak berupaya membentuk satu perjalanan cerita yang tersusun dan lancar kesinambungannya, impak terhadap adegan-adegan ini jadi tidak terasa. 

Kecuali, ya...adegan masterpiece Apek itu tadi. Aku menangis.

Sayangnya, secara keseluruhan... tiada keseriusan yang lebih dari Mamat untuk mengangkat filem dan zaman ini ke tahap yang sebenarnya...

Tapi itulah, 

kenapa aku yang nak serius sangat?



P/s- aku tonton dua kali filem ini... dan baru aku menulis ini. Dan ya, aku menulis review ini tidak terlalu serius, oleh itu, seperti filem ini, jangan ambil serius sangat apa yang aku tulis. :)











Rabu, 20 Februari 2013

A.B membitching pasal filem terbaik.


Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 25 sudah diumumkan. Beberapa tahun kebelakangan ini Festival ini sebenarnya satu program kelakar, Paling kelakar tahun lepas bila ada satu organisasi yang mencalonkan peneraju tertinggi untuk menang anugerah juga...memang lah merepek... tapi kat Malaysia, macam Mamat Khalid sindir-sindirkan lah dalam filem filem zombi dia... Merepek itu perkara yang diraikan... harap tahun ini tidak kelakar sangat... harap lah....

Haha,

Ok ini senarainya... aku bitching pasal Filem Terbaik dulu kot, kategori lain hari lain...




Dari senarai ini, Aku lihat SAM paling underdog dan diikuti oleh Ombak Rindu. Sebenarnya aku tak faham kenapa SAM perlu ada dalam senarai ini? Hahahaha... Ok, pilihan aku dan aku syak sememangnya menjadi pilihan popular adalah Bunohan.

Kenapa Bunohan? Selain mendapat pengiktirafan dari luar, filem ini lengkap sebagai sebuah filem yang 'bagus', Filem yang bagus adalah diceritakan melalui 'visual'. Bunohan ini mempunyai semangat 'sinema' yang sangat 'menegangkan' libido sinefelik aku.

                                                                              Power!....


Popular di kalangan pengkritik, celik filem, skolar dan budayawan. Sampai sekarang, filem ini masih diperkatakan. Bagai manapun, ianya tidak popular di kalangan penonton makan bertih jagung.

Ini polemik yang agak tolol sebenarnya, nak cakap tolol pun kadang kala rasa semacam juga...kalau tak takkan si professor pakai Goggle pun bitching tentang filem ini yang dikatakn syok sendiri... ini skolar ni... ni jenis jenis yang memang mudah dipanggil jadi juri untuk festival macam ni.


                                                                    #$%^&&%$$#


Selain itu, kena faham juga, penganjur dan penganjuran festival filem kadang kadang berselirat dengan kronisme dan favouritisme. Kat negara luar pun sama... ini bukanlah satu persoalan yang penting pun... siapa menang pun tak penting sebenarnya...

Macam aku cakap tadi lah...seronok sahajalah festival nak buat gelak-gelak...

29 Februari bukan tidak bagus. CGI. Kat Malaysia ni kadangkala 'bagus' itu dilihat dengan penggunaan teknologi. Ada teknologi baru dalam sesebuah karya ( walaupun sebenarnya tidak lah baru mana) orang dah cukup kagum. Betul lah tu, perpindahan teknologi boleh memajukan industri. Tapi jauh mana boleh pergi? Kahkahak..kena tanya itu juga? Gah dalam negara, tapi tak lepas kemana pun tak perlu juga...ngabihkan boreh yo....paling takut kalau kepakaran teknologi itu pula rata rata tenaga kerja luar. Ok, ini dah terkeluar dari topik.. berbalik kepada 29 Februari, filem in CGI bagus, teknologi kesan khas memang lah kekuatan KRU, dengan backup duit yang...hahahaha... ok, bagus bagus..bukan tidak bagus, cerita pun bagus. Tapi masih nilai 'ketinggian' karya itu di bawah 'Bunohan'.

Kalau Forest Gump boleh buat 15 tahun lepas...takkan KRU tak boleh? teknik baru ni...hahaha


Tapi kalau juri tengok pada teknologi...hah.. tak boleh nak cakap apalah kan?
Kalau juri tengok pada KRU? hah lagi lah tak boleh nak kata apa kan? hahahaha


SAM pula bagus, pop corn yang sedap, budak Shafiq ni buat filem yang boleh dilayan, sinematografi dengan suntingan sangat moving. Tapi untuk menang...bukan lah kot. Dapat top 5 pun lu kira dah dahsyat la Shafiq... filem thriller ini secara peribadi aku suka...boleh lah layan...

Sam dan Lisa ( Familiar tak dengan filem yang hero dan heroin dia guna nama sendiri? hah? resipi kejayaan bro... resipi kejayaan ..hahahahaa)


                                                          Awwww... Syafiq ( ye ke pun dia)
Ombak Rindu?

Ini masalah... Aku tak layan filem romantik. Kalau aku bagi pendapat pun sebenarnya 'bias'. Mungkin kalau tengok dari sambutan, filem ini paling mendapat sambutan. Tapi takkan nak tengok kuantiti dari kualiti. Ini tanya juri. Aku tak tengok pun filem ni...sampai sekarang ada DVD pun..aku bukak, tak sampai setengah jam Aku tutup balik. Aku just tak boleh layan.


                                              Tuhan tolong keraskan hati aku untuk tengok filem ni...


Songlap, aku ada review juga, sila lah cari, dan ini jatuh nombor dua pilihan aku. kiusah masyarakat marjinal yang divisualkan dengan semangat yang 'raw'. Visual dan Naratif dibancuh sama adil, sama sedap. Filem 'kasar', visual kena lah 'kasar'. Senang kan? Oleh itu, Songlap juga boleh dilihat sebagai sebuah filem yang bagus.

                       Walaupun aku tak rasa Sam pegang baby betul...dan ini trivia..tapi masih..filem ini power.



Ini pendapat aku lah...

Ok, nak pekena teh tarik dan telur separuh masak dulu... nanti esok sambung balik...







Ahad, 10 Februari 2013

Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Husin Mon dan Jin pakai Toncit, filem ketiga bagi triloji Kampung Pisang.

Penonton, dari sebiasa mat rempit, sehinggalah yang dianggap skolar dalam filem... tahu bahawa Mamat tidak bikin filem biasa.

Mamat merapu, dan merapunya ada makna. Ada pengkritik melihat Mamat melawak dalam keadaan subtle, atau bahasa biasanya... tersirat. Tapi heck! Mamat tidak berselindung... segala sindiran itu baik politikal, atau kritikannya terhadap peel orang melayu itu sangat jelas.

Aku tidak mahu mengulang apa yang pengkritik lain tulis, atau bebelkan di laman sosial FB atau Twitter... Mereka sudah mengupas filem ini dari konteks yang lebih besar. Mereka bla bla bla tentang politik, sosial, ekonomi, budaya, sehinggalah agama (kepercayaan tahyul dan superstitious) masyarakat melayu. Sehingga ada yang menyentuh tentang industri filem.

Lantok ke demer...

Demer tu yang power giler baca filem ni dah sentuh bab-bab tersebut.

Kalau kamu cari, pasti jumpa blogger filem lain yang sudah mengupasnya dengan best giler...

Kat sini, Aku cuma mahu menyentuh pengalaman dan apa yang aku rasa dari sudut yang lebih personal iaitu aku dapat rasakan semacam satu bentuk 'kemarahan' dan 'frustrasi' di dalam diri Mamat yang terzahir dalam filem HMDJPT ini.

Mamat bagi aku adalah seorang sinefelik yang tahu kerja dia. Aku follow filem dia dari Lang Buana sehinggalah ke HKLBR, tapi.... aku berani kata... Filem HMDJPTyang  ini.. adalah filemnya yang paling chaotic dan anarchy!

HMDJPT ini tidak seperti HKLBR, ianya penuh dengan 'kekacauan'... flow film ini tidak smooth dan tidak organik, melompat dan terpisah. Terasa gap atau jurang dalam babak-babak yang membentuk filem ini.

Kontinuiti masa  terasa melompat lompat. Apabila kontinuiti antara plot ini disambung (diiedit) secara kasar, penonton dengan sendirnya akan rasa teralienated atau terasing dari 'cerita' atau 'dunia' kampung pisang yang sedang mereka tonton.

Ini ditambah 'chaotic' dengan sound yang juga seperti visua..., di design secara kasar, baik kesinambungan dialog antara babak sehinggalah sound (muzik) latar...dimana  yang paling kasar dan paling nampak adalah sewaktu scene 'video klip'... lagu seperti cepat sedikit temponya, hahaha...

dengan ketidak kesinambungan bunyi yang organik dan smooth. Penonton dengan sendirinya, tidak dapat 'masuk' ke dalam filem ini.

Apabila penonton tidak terbuai dengan 'dunia' filem yang mereka tonton, atau dalam bahasa yang lebih sofistikatednya, penonton terlalienasi dari skrin...maka, penonton dengan mudah sedar bahawa dunia Kampung Pisang di hadapan mereka adalah sebuah filem.

Ianya cereka. Dan mereka mula lebih aktif dan sedar dan seterusnya cuba mencerna apa yang berlaku di hadapan mereka ( baca: di dalam cerita tersebut). Dan dari plot yang huru hara, ditambah lagi terdapat beberapa alam yang tidak selari masanya...iaitu alam 'bunian' yang mistik dan terpisah dengan realiti, di mana siang di alam bunian tidak sama dengan malam di alam manusia... ianya serba 'chaotic' dimana garis masa yang kelihatan tidak selari ini, ( masa kini-masa dahulu, masa realiti, masa di luar realiti) saling memberi kesan kepada 'manusia' ( baca : penonton).

Ok, aku tidak mahu berDeleuzian di sini. Cukup aku katakan bahawa, apa yang berlaku di dalam skrin (persitiwa dan masa) itu adalah refleksi apa yang berlaku di luar skrin. Atau vise versanya.

Di sinilah style visual dan sound yang bagi sesetengah pengkritik lihat sebagai satu bentuk kelemahan di dalam filem ini, sebenarnya adalah satu style atau kekuatan sinematik Mamat yang aku lihat di kelasnya tersendiri.

Mamat sedang menghidangkan satu karya yang penuh emosi kepada penonton. Mamat telah menggunakan segala 'tools' yang ada di dalam filmaking... editing, bunyi, sinematografi dan lakonan, dalam membentuk sebuah karya yang penuh 'kemarahan', 'kekecewaan', 'kekeliruan' dan 'kesedihan'...

Penonton mungkin gelak pada kebanyakkan adegan di dalam filem ini. Namun, aku percaya, Mamat menyogok humour itu dengan sindira.

Melalui watak utamanya, iaitu Husin...ini bukan Husin dalam Zombi Kampung Pisang, atau Hantu Kak Limah Balik Rumah. Husin ini, tidak ceria, kecewa, keliru dan lebih banyak berdiam dari bercakap. Peduduk Kampung Pisang terlalu 'riuh'. Semua ingin bercakap... siapa yang mahu dengar?

Siapa orang yang macam Husin ini untuk mengutarakan idea?

Seperti yang aku cakap tadi, aku tidak mahu pergi ke kontek yang lebih besar dari ruang lingkup filem ini... aku lebih teruja mahu melihat 'autur' yang berada di sebalik 'karya' ini.

Secara textual dan contextual, kita tahu, bahawa filem ini 'politikal'. Tiada siapa yang mahu nafikan ini. Aku cuma menyatakan pendapat aku, apabila ada sesetangah pendapat mengatakan Mamat tidak berhati-hati di dalam filemnya kali ini... apa yang aku maksudkan dengan tidak berhati hati itu adalah dari segi keseluruhan 'bentuk' filem ini yang dikatakan tidak organik.

Kerana bagi aku itulah kekuatan yang paling terer giler Mamat di dalam filem ini.

Lakonan yang tidak seimbang diantara pelakon, huru hara, terlalu banyak orang nak bercakap, plot melompat lompat, bunyi yang tidak synch, sebab akibat yang samar.

Seriously, chaosnya film ini...adalah refleksinya, chaosnya perasaan Mamat.

Ajer nyer ye.









Ahad, 18 Disember 2011

SONGLAP



SONGLAP sebuah kisah rantaian neraka bagi watak-watak yang terlibat di dalam naskah realis/jenayah Effende/ Fariza Azlina yang berlatar belakang Kuala Lumpur.

Kisah serpihan dan sisipan gelap manusia-manusia pariah kota yang terpinggir dan perlu duit untuk hidup dan menikmati hidup, dan untuk mendapatkan duit, manusia-manusia di dalam SONGLAP ini bergelut dengan undang-undang manusia dan Tuhan, dan isunya yang berkisar tentang sindiket perdagangan manusia, tampak mencabar moral, dimana baik dan salah itu bukan dapat dilihat seperti hitam dan putih. Yin dan Yang. Ianya bergumpal. Dari penganiayaan seorang manusia telah memberi harapan kepada manusia yang lain.

Dari seawal scene long takes (scene pertama) ntelah digambarkan bahawa hukum kehidupan manusia ini wujud dalam satu sistem yang bizar. Seorang bayi diserahkan kepada pasangan kaya yang mengambilnya dengan rasa gembira. Kadangkala, kebahagian sesetengah pihak haruslah diragut dari kesedihan dan kecelakaan yang menimpa pihak yang satu lagi. Ianya satu sistem yang 'divine' sifatnya. Suka atau tidak, hidup ini adalah rentetan celaka... baik... celaka yang tersusun dan bersifat seperti roda.

Kuala Lumpur tidak jelita di dalam filem ini, watak-wataknya terasing dan keterasingan tampak bernyawa dengan lakonan kelas tinggi hampir dari semua aktor dan aktres yang terlibat. Dari watak utama sehinggalah ke watak sampingan, pelakon menumbuk kalbu dan mengelirukan penonton diantara batas realiti dan fiksi dunia di luar dan di dalam layar.

Shaheizy Sam, Shafie Naswip, Normah Damanhuri, Omar Abdullah, senarainya berterusan... telah menyumbangkan bakat dan memberikan satu kerja seni yang baik kepada filem ini. Selain itu, tidak dilupa, Haris Hue Bin Abdullah yang memberikan satu perspektif emosional terhadap visual yang kaya depth of field. Secara serius memanipulasi lensa kamera agar efek realis dapat diserap penonton sehinggalah kepada memaksa penonton mencerna setiap emosi dan perasaan sasaran fokus kameranya.

Penonton dibawa untuk memerhati objek dan subjek yang difokus, dibantu dengan aspek lakonan yang hebat. Emosi watak dapat dikongsi oleh penonton, walaupun kadangkala, ianya dipraktikkan secara berlebihan sehingga mengganggu kembali keadaan dan hukum realiti 'mata' tersebut. Namun, secara keseluruhannya ianya adalah satu kerja kamera yang bagus dan memberi impak yang besar terhadap keseluruhan filem melalui penceritaan secara visualnya yang selektif.

Selain itu, bukaan lebar syot yang dominan di praktiskan di dalam filem ini sehingga menunjukkan keterasingan watak dengan dunia di sekelilingnya yang memang tidak nampak indah. Close up jarang-jarang digunakan untuk menggambarkan perasaan dan emosi dalaman watak di dalam filem ini. Malah, bukaan syot yang luas lebih memberi impak terhadap keadaan emosi dalaman watak, sebagai contoh, scene long takes yang diambil secara long syot diantara Ad dan Razak dalam suasana suram (penghayaan yang low key) memperlihatkan keadaan kesuraman emosi dan keterasingan kedua watak muda tersebut yang bergelut dengan eksistensi dan realiti kehidupan mereka yang celaka.

Filem ini tidak diletakkan apa-apa justifikasi, dan tidak juga cuba membantu watak-wataknya agar mereka lebih bahagia. Ingat, dari awal, filem ini menerapkan bahawa kebahagiaan itu adalah hasil dari kecelakaan manusia yang lain. Lalu begitulah sehingga ke akhirnya.

Khamis, 17 Mac 2011

... dalam botol

Saya sudah menonton filem '... dalam botol' (dir. Khir Rahman)yang memperalatkan persoalan taboo dan provokatif ini hampir 3 atau 4 bulan yang lepas. Saya teragak-agak untuk mengulas filem ini kerana saya tidak berpuas hati dengan kualiti visual yang dipancarkan kepada saya ketika majlis pratonton filem tersebut di FINAS.

Saya fikir yang dipertontonkan itu adalah sebuah filem yang masih lagi tidak siap. Oleh itu saya mahu menunggu untuk menonton produk akhir filem tersebut. Baru ianya adil untuk saya menembak kekurangannya. Harus diingat, masalahnya disini bukan pada stail independent atau lo bajet yang kita tahu akan mempengaruhi stail visual yang minimalis tetapi apa kejadahnya interlaced video keluar bersepah-sepah. Itu saya langsung tidak boleh terima. Itu dosa besar dalam sinematografi dan suntingan.

Saya harap ianya sudah diperbaiki apabila filem '... dalam botol' ditayangkan di panggung kelak.

Dan saya berjanji saya sendiri akan menonton filem ini lagi, saya akui saya tidak puas menontonnya pada majlis pratonton tersebut. Ianya bukan sahaja disebabkan trajedi interlaced itu, tetapi ada dua perkara yang lainnya.

Satu, saya hanya duduk di tangga sewaktu menonton filem tersebut akibat tempat duduk sudah penuh,ini adalah sesuatu yang sangat bangsat bila terpaksa menonton dalam keadaan yang tidak selesa, dan keduanya-tumpuan saya sedikit sebanyak terganggu apabila ada satu makhluk yang gasar perangainya yang bercakap-cakap sewaktu filem sedang ditayangkan.

Sudah lepas 10 tahun milenium baru, makhluk macam ini masih ada lagi di Malaysia. Terima kasih kepada Nazim Masnawi yang menjadi hero dengan men 'carutkan' makhluk tersebut.

Tentang filem ini, saya fikir ianya sebuah karya yang sederhana, ianya tidak seberani tajuknya (yang saya fikir adalah untuk meraih perhatian) tetapi Khir selaku pengarahnya telah memberikan satu atmosfera baru kepada penonton filem komersil. Iatu sebuah filem 'art house' yang jarang dapat ditonton dan dinikmati melainkan filem-filem digital yang dihasilkan oleh Da Huang Picture.

Filem ini mempersembahkan tentang kisah hidup seorang gay yang berubah menjadi seorang transeksual, Arja Lee, yang berhadapan dengan nasib celaka apabila dia telah membuat satu keputusan yang 'bodoh' demi pasangan homoseksualnya kerana tersalah faham akan hasrat dan maksud permintaan kekasihnya itu yang kononnya mengharapkan dirinya di dalam bentuk seorang perempuan.

Dia potong 'kote'nya itu. Simpan dalam botol (rasanya ada satu scene yang ternampak prop balang kaca ini) namun respon dari kekasihnya itu bukanlah seperti yang diharapkan melainkan 'kenapa kau buang benda alah tu? aku dah tak stim lagi dengan kau'.

Filem ini kemudiannya adalah berkisarkan tentang Arja Lee yang terpaksa mengunyah pahit maung kesilapannya itu dan secara tidak sengaja telah melukakan perasaan orang-orang yang menyayanginya dan cuba memberikannya harapan baru.

Dan ya, saya tidak mahu meneruskan sinopsis. Sila tonton filem ini yang akan ditayangkan hujung bulan ni.

*

Saya sedar bahawa filem ini adalah sebuah filem yang dikategorikan sebagai 'art film' atau bahasa melayunya 'filem seni'.Dan disebalik beberapa kenyataan dari pengkritik filem yang mengatakan bahawa filem ini bukan filem gay atau dikategorikan sebagai filem 'queer', saya berpendapat sebaliknya.

Filem ini adalah filem 'Queer'. Ianya mengetengahkan protagonis atau subjek yang mempunyai orientasi seksual yang di luar normal. Iaitu homoseksual. Persoalannya juga tentang nasib transgender ini iaitu Arja Lee dalam meneruskan kehidupannya yang tidak mempunyai 'jalan balik' lagi.

Dan bertitik tolak dari poin inilah saya agak terkilan dengan 'statement' atau pemaparan seorang transeksual di dalam filem ini yang tidak membawa apa-apa perubahan dan patuh dengan stigma sosial masyarakat. Ianya satu percubaan yang berani-berani takut. Arja Lee diseksa dengan ketidak tentuan dan kekecewaan terhadap dirinya sendiri.

Moral seringkali berlingkar di dalam masyarakat kita sehingga satu jalinan naratif yang alternatif tidak berani dipersembahkan di dalam filem ini. Klise.

Saya jadi skeptikal sudahnya dengan tajuk '... dalam botol ini' yang pada asalnya dicanang-canang sebagai 'anu dalam botol' kerana ia hanyalah sebuah tajuk yang cuba bersandarkan pada kontroversi sahaja.

Mujur. Mujur Khir telah cuba mempersembahkan satu bentuk stail visual yang alternatif yang secara tidak langsung menjadikan filem ini sebagai sebuah 'filem' dan bukannya telemovie. Sinematografi dan suntingan di dalam filem ini telah menyuntik satu atmosfera 'keterasingan' terhadap watak Arja Lee (yang juga telah dilakonkan dengan baik oleh beliau). Terdapat beberapa babak yang mempunyai kuasa sinema yang kuat di mana visual sahaja telah mampu bercerita.

saya 'salute' dengan kekuatan visual tersebut.

Filem ini juga dibarisi oleh para 'pelakon' yang sememangnya 'pelakon'. Pelakon-pelakon ini memberi jiwa kepada watak masing-masing yang menggerakkan filem ini hingga ke akhir. Tahniah kepada sesiapa sahaja di belakang tabir yang telah memilih pelakon-pelakon yang betul ini.

*
'... dalam botol' mempunyai kekuatannya sebagai sebuah karya filem. Tunduknya naratif filem ini kepada stigma masyarakat mungkin disebabkan bahawa ianya sememangnya bermotifkan sebegitu. Dan kepada saya, padan muka, kerana mahukan sesuatu yang berbeza.