Sabtu, 14 Mac 2009

TalenTime - Tonton tanpa prejudis.

Talentime karya realisme terbaru Yasmin Ahamad. Masih lagi mengekalkan wajah filem 'Malaysia' seperti yang terdapat di dalam Sepet dan Gubra. Perkara yang hendak disampaikan juga masih lagi sekitar isu yang sama:- Cinta, melangkaui segalanya- kaum, agama dan bahasa. Yasmin masih meneruskan agenda 'meMalaysia'kan filem dengan menolak stereotaip filem Melayu yang terikat dengan dogma sempit 'filem kita wajah kita' ( wajah siapa 'kita' di dalam slogan itu???) dari segi visual, idea, dialog serta lakon layarnya.

Secara jujur, Yasmin membiarkan masalah realiti bumi bertuah ini ( baca: malaysia) yang hodoh, bobrok, busuk lagi busuk (i.e prsangka kaum) menyusup masuk kedalam karyanya ini. Secara tidak langsung mencubit hati dan akal waras semua penonton tanpa mengira kaum tentang diri mereka sendiri. Ini Malaysia. Jangan hipokrit. Inilah yang berlaku.

Talentime, mengisahkan tentang 'talentime' yang diadakan di sebuah sekolah. Ya, sebuah cerita yang 'mudah' tetapi kemudiannya ia berkembang menerusi konflik watak-watak di dalamnya. Mahesh, Melur dan Hafiz. Ketiga watak ini berkembang secara organik ( sila lihat Italian Neorealisme) , tanpa konflik yang dipaksa-paksa, membawa penonton kepada sebuah dunia yang tidak jauh bezanya dari dunia 'real' yang dialami mereka.

Mahesh ( mahesh Jugal) si pekak bisu yang jatuh cinta kali pertama, cuma cintanya jatuh kepada seorang gadis (Melur) yang salah, yang bukan sama warna kulit, agama dan sebangsa dengannya. Lebih parah apabila ibunya, mempunyai dendam yang tidak sudah, yang sukar dipadam, yang membarah busuk bencinya kepada 'entiti' gadis tersebut (baca: agama dan kaum). Menariknya, dendam ibu Mahesh ini adalah berdasarkan tragedi adik lelakinya yang mati terbunuh di malam hari perkahwinannya. Jika diteliti, tragedi itu mirip kepada tragedi di Kampung Medan, Jalan Kelang lama yang hampir menimbulkan ketegangan kaum di antara melayu dengan India di negara ini.

kes itu (yang rasanya masih lagi menjadi kes mahkamah): Satu keluarga sedang bergembira menyambut hari perkahwinan, dan satu lagi keluarga sedang bersedih meratapi kematian. Keluarga kaum mana yang sedang bersedih dan kelurga kaum mana yang sedang meratapi kematian tidak saya tahu. Yang pastinya, kerana tiada tolak ansur dari kedua-dua pihak. Tragedi tersebut tercetus dan menyebabkan kematian di kedua-dua belah pihak.

Melur (Pamela Chong) , gadis dari sebuah keluarga 'Melayu' Baru ( impian Yasmin) . Satu model dan bentuk tatacara hubungan kekeluargaan 'Melayu' yang hampir tidak pernah dilihat oleh kebanyakan Melayu Malaysia. Ada. Tetapi satu keluarga Melayu dalam seribu pun payah nak jumpa. Melayu baru model Yasmin ini menolak dogma sempit yang mengekang minda dari lebih terbuka. Lihat sahaja cara mereka bergurau senda. Juga di meja makan, dengan juadah dim sum, nasi dalam mangkuk, bacaan puisi sebelum makan dan kayu sepit (chop stick) di tangan. Juga dialog berbisa ini yang dituturkan oleh adik Melur kepada seorang Datin (simbol Melayu moden tapi masih sempit pemikiran) yang mempertikaikan nama 'maid' cina mualaf mereka...

" Mei Ling itu masuk Islam, bukan masuk melayu...masuk arab..."

Selain itu, Hafiz, seorang pelajar yang amat berbakat yang berhadapan dengan ketenatan ibunya. Watak budak Melayu yang hampir sempurna. Bijak, waras, tabah, cekal dan berbakat. Ini adalah watak melayu superior. Bukan watak inferior. Siapa kata Yasmin menghentam melayu???. Watak superior Hafiz ini memberi signifikan yang tersendiri apabila ia mendatangkan konflik kepada Ka Hoe. Konflik Ka Hoe adalah satu konflik yang dicipta Yasmin bagi membuka negatif generalisasi kaum lain kepada Melayu secara khususnya. Ya, generalisasi kaum bukan Melayu yang menganggap semua Melayu mahukan tongkat sakti untuk bergerak, yang dibelai manja kerana hak-hak ketuanannya yang tidak boleh diusik-usik, yang masih belum bercerai susu.

Hafiz, membanggakan aku bila dia mengatakan kepada Ka Hoe bahawa

" Aku tak perlukan pertolongan-pertolongan itu..."

Konflik Ka Hoe dan Hafiz ini berkesudahan dengan satu adegan yang sangat harmoni. Yasmin tidak perlu memberi satu dialog bagi menyelesaikan konflik Ka Hoe dan Hafiz. Cukup dengan satu adegan di mana Ka Hoe si pemain ErHu duduk di belakang Hafiz seaktu Hafiz sedang mengadakan persembahan gitarnya. Keharmonian gitar dan Erhu itu memberi simbol bahawa keadaan turut menjadi harmoni.

Yasmin memang hebat.

Akhir sekali, bagaimana permulaan filem ini dengan shot lampu terpasang di dewan sekolah, begitulah akhirnya apabila filem ini berkesudahan dengan shot lampu dewan ditutup ( ingat sapuan roti dan tuangan teh ke cawan dalam Gubra?). Dari sudut sinematik, filem Yasmin Ahmad masih terus mendahului filem-filem Melayu yang lain.

***


Walaupun Talentime ini kembar Sepet dan Gubra. Gaya pengarahan, lakon layar dan kerja kamera (statik, eye level yang menjadi wadah kerja realisme Yasmin) yang itu-itu juga. Saya masih lagi terpesona untuk menontonnya.

Berkali-kali lagi.

Dan saya sangat menggalakkan anda menonton filem ini.

15 ulasan:

deennasour berkata...

ingatkan lama sgt dibaikpulihnya.
huhu.

wah awal review.
aku blom lagik.
aku suka la tgk Mahesh tu nyah. aww.
miahaha *gelak guling2.

naMie berkata...

hui ikha....namie nih! hahhahaa...lama xmasuk blog dia :P
rasa nye dulu ika suh namie yg tgok blog ika nih dulu...hahaha...masa tu bape entry je :p hahahahaa

Edzlin berkata...

saya sudah menonton filem ini. sangat menyeronokkan dan saya akan ajak rakan2 berbangsa lain untuk tonton bersama nanti.

p/s: ulasan anda ada sekali dengan pengakhiran, takut juga kalau hilang thrill orang yg belum tonton. mujur saya pegi tgk tanpa ketahui sinopsisnya (tak tau pun mahesh tu pekak&bisu mulanya). itula yg membuat penghayatan saya lebih :)

Tanpa Nama berkata...

aku setuju segalanya...

tapi part last review ko "yasmin masih mendahului sinematografi malaysia"...aku rasa tak cuma dia ada trademark dia sendiri kot...

cuba ko perhatikan..byk shoot die byk style kamera statik. cuma kelainan die dlm keadaan kamera statik tu ar...cuba kalo dia wat kamera shoot ade angle gerakan skit...mesti lebih hebat...

overall sinematografi aku dah x kisah dek sebab aku lebih tertunggu-tunggu nak tgk babak seterusnya yg bes...

Sinefelia berkata...

deen - haha..laptop rosak la bro..review kena pergi cc..

sedih betul..

namie - sekarang dah banyak kan??kan?? :)

edzlin007 - oh, mungkin saya perlu tulis spoiler alert..haha..

saya tak perasan tentang hal ini kerana dari awalnya saya sudah agak yang Mahesh itu pekak.. :)

joey - aku maksudkan sinematik, bukan sinematografi.. :)

Tanpa Nama berkata...

cam serik je nak tgk filem Melayu lps tgk Sayang You Can Dance semalam..huhu

Xmo tgk dulu Talentime ni. Tgu org len tgk n kalau dorg kate best baru g tgk.

amyn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
amyn berkata...

terima kasih atas ulasan tersebut.tak sabar nak tengok talentime.

Nazim Masnawi berkata...

"Watak budak Melayu yang hampir sempurna. Bijak, waras, tabah, cekal dan berbakat. Ini adalah watak melayu superior."

Wow, how do you relate with this kind of character?

azri abu hassan berkata...

tahniah! akhirnya ikhares menulis balik!!!aku rindu hasil tulisan kamu berdua.

Sinefelia berkata...

sweetzircon - cerita ni best. Pergi tonton.rugi nanti.

anonym- :)

azri - laptop kena virus la bro... nipun tulis kat cc.

Tanpa Nama berkata...

gigih kan tulis kat CC??

bloggers contoh sgt

uncle shaq berkata...

best intro bro~~

Ajami Hashim berkata...

kan ray! blogger contoh katanyaaa! ahahaha!

"yang membarah busuk bencinya kepada 'entiti' gadis tersebut.."

mcm citer alien lah pulok! tapi best giler lah rev nih! muahhh!

Unknown berkata...

Yasmin ade semut dalam kepalenye.....kalau dah tengok sepet n gubra maka tak de sebab la nak tengok telentime nie.....same je memanjang....yang sy peliknye die suke wat satu keluarge yang terlampau mesrenye....sesuatu yang die tak dapat???? keinginan???? luahan????....bukan nak kate sy prejudis mahupun hipokrit tp agak2 la noq.... dari segi cinematografinye ok la.....sy terime...dah tu style die kan....nak kate ape....tak payah la nak kate cite razak tu bodoh....ade juge yang lebih dari tu....mungkin sy nie je yang salah tapi ni pendapat sy je....sapelah sy nie kan....