Isnin, 21 Jun 2010

Kapoww - Atoi The Ajaib Boy ( 10 minit rebiu)

KAPOWW- ATOI THE AJAIB BOY adalah sebuah filem yang bercelaru, berkecamuk, chaos dan tiada hala tuju. Apakah yang hendak diceritakan oleh Azizi 'chunk' di dalam filem ini? Tentang seorang superhero? tentang tribute persona Malin kundang/Tenggang ataupun sebuah satira politik yang sangat buruk dan kurang bijak garapannya.

Sebagai sebuah filem superhero, KAPOWW ternyata jauh panggang dari api. Tiada aksi sepak terajang di dalam filem. menonton Ultraman di pagi sabtu lebih mendebarkan dan lebih banyak aksinya. Adegan 'fighting' di antara Atoi dan Alakazambo (Khir Rahman) sangat membazir. Di manakah kebijaksanaan meletakkan split screen di fighting scene. Impak aksi terjejas dengan split screen tersebut.Haram jadah dan potong stim betul....takkan si Chunk ni takde taste langsung?

Sebagai sebuah filem komedi, dari 10 aku boleh beri 5. terima kasih Zizan, Bell dan Awie. Dan good try pada Chunk yang masih kental meneruskan kelakar merapu Antoo Fighter di dalam filem keduanya ini.

Sebagai sebuah filem.... as a film...hahahahhahahahahaha...Kalau dah dibandingkan dengan Ultraman pada pagi sabtu...faham-faham lah....

Suntikan komedi/humor slapstik ala Stephen Chow ( pengaruh kuat Chunky) adalah hidangan paling mewah yang dihidangkan kepada penonton. Medium humor datangnya dari Zizan (Atoi) dan Bell Ngasri , juga dari harun Salim bachik dan Awie. Beberapa tempat di dalam filem ini tidak dinafikan mampu mencuit hati. Tetapi tiada satu hentakan komedi yang benar-benar membuatkan aku ketawa.

Satu perkataan untuk menyimpulkan filem ini adalah = BANGANG.

P/s- aku rasa siri TV KAPOWW lagi kelakar.

Sabtu, 12 Jun 2010

Rekarnasi

Dah lama aku tidak ulas atau kritik sebarang filem di sini. Sudah bersawang dan berhabuk blog. Walaupun tidak menulis sebarang ulasan atau kritikan disini, ianya tidak bermakna aku meninggalkan aktiviti 'gian' aku menonton filem. Boleh jadi 'resah' kalau tidak menonton. Seperti tidak dapat menikmati sedapnya kelat nikotin sehari suntuk.

Aku mula mengulas filem di blog Lagi-Lagi Filem ini adalah untk tujuan 'arkib' peribadi aku sendiri. Bukan untuk berkongsi dengan pembaca lain. Sekiranya ada orang yang membacanya, ianya adalah satu bonus. Tapi sebenarnya siapa yang kasi peduli mampus dengan apa yang aku tulis. Aku pun tidak kasi perduli mati dengan orang yang mahu ambil pot atau tidak dengan pandangan aku terhadap sesebuah filem. Sebab, sebodoh atau sedangkal mana pun ulasan yang aku buat, ianya akan memberikan aku sedikit sebanyak maklumat terhadap filem tersebut...tentang apa yang aku suka atau tidak suka...atau apa yang aku nampak atau tidak nampak...aku dengan Ikha akan membacanya untuk tujuan 'kertas kerja' Universiti atau sekadar satu jurnal peribadi filem-filem yang kami tonton.

Blog ini kemudiannya berubah fungsi...untuk sedikit sebanyak membantu mengajak pembaca yang membaca (kalau ada) untuk pergi menonton filem yang sudah aku tonton di panggung. Ini adalah kerja-kerja amal yang aku buat untuk industri. Walau industri filem dipenuhi selut dan lumpur yang payah benar hendak bertemu walau sebutir kaca (tidak perlu permata) tetapi aku tetap mahu menyumbang sedikit sebanyak bantuan terhadap para 'kamikazi' yang berjuang di dalam industri ini untuk terus berkarya. Terus membikin filem.

Salah satu caranya adalah dengan mengajak penonton menonton ke panggung.

Aku baca kembali ulasan-ulasan aku yang lepas-lepas. Kebanyakannya aku akan jerit "Apa ke lancau!, apa pasal aku ulas macam ni..." Nah...Manusia berubah. Pandangan dan pendapat juga berubah mengikut masa. Tambah-tambah lagi apabila lebih banyak ilmu yang aku perolehi,dapat,sedut,curi,rompak,baca,ilham dari aktiviti membaca,mendengar,bergoogle,berwiki,bergaduh,berdebat,perlancapan intelektual yang segalanya mempengaruhi pendapat dan pandangan aku tentang apa sahaja nilai 'hidup' dan ini seterusnya akan memberi kesan langsung terhadap apa yang aku nampak dan lihat dalam sesebuah filem.

Dan pendapat itu akan sentiasa berubah.

Serius aku mahu mengubah cara aku mengulas filem disini. Aku mahu lebih 'berperasaan' atau kata lainnya lebih 'soul' dalam mengulas filem disini. Dan ini akan menjadikan ulasan aku akan berbentuk sangat 'peribadi' dan individualistik.

Tiada kepuasan dalam penulisan yang hipokrit.

Aku akan utamakan pandangan dan pendapat serta perasaan aku terlebih dahulu sebelum aku menyokongnya dengan pendapat-pendapat atau teori-teori dari orang yang telah mati.

Sekarang masa-masa transisi. Dan aku juga ada beberapa projek luar yang perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum aku menulis kembali disini.