Khamis, 21 Ogos 2008

SUSUK


Susuk.

Ini adalah tajuk filem terbaru arahan pengarah kontroversi Amir Muhammad iaitu pengarah yang pernah mengundang kontroversi melalui filem dokumentarinya iaitu The Last Communist.

Selain Amir, Naiem Ghalili turut mengarahkan filem seram ini.

Ayat pertama jika di tanya adakah filem Susuk ini berbaloi untuk di tonton, jawapannya adalah ya dan tidak.

Ya sekiranya kamu adalah seorang penonton filem yang high level yang dapat bersabar dengan plot naratif yang bagaikan jigsaw puzzle serta dapat menghayati setiap patah dialog serta dapat menginterpretasikan segala mis-en-scene yang di paparkan di dalam filem tersebut.

Tidak pula adalah kepada mereka yang mahukan plot drama seram mudah. Atau kepada mereka yang mahu menonton kerana mahukan hiburan dari rasa seram semata-mata tanpa mahu memeningkan kepala untuk menyimpulkan plot-plot yang berterabur itu.

Filem ini menggunakan plot naratif yang non-linear dan ianya hanya disimpulkan di akhiran cerita di mana penonton akhirnya diperjelaskan bahawa plot naratif yang mereka tonton di awal cerita adalah bertindihan.

Di akhir cerita barulah kedengaran penonton berbisik

"ooo...Suzana tu lah Soraya tadi"

Namun ada juga yang merungut

" Aku tak faham langsung cerita ni..."

Hahaha.

Ok terus kepada sinopsis, Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang berkerja sebagai pembantu jururawat namun bercita-cita mahu menjadi penyanyi bernama Soraya( Diana Rafar).
Hidupnya berubah setelah pada suatu hari di telah bertemu Rozana di konsert dan secara kebetulan atau kurang pasti kenapa, Rozana tertarik untuk berkawan dengan Soraya yang telah membantu rakannya Mona yang pengsan akibat pemakaian Susuk.

Rozanalah yang bertanggunjawab memperkenalkan Soraya kepada susuk. Dialog mautnya yang akan diingati sampai mati adalah...

" Susuk itulah yang membezakan antara artis dengan orang biasa"

woooo...dahsyat.

Setelah dibawa Rozana bertemu dengan seorang bomoh, Akhirnya Soraya mengambil langkah berani untuk turut memakai susuk.

Namun, walaupun sudah memakai susuk, karier nyanyian Soraya masih lagi sukar sehinggalah akhirnya dia bertemu dengan seorang dukun yang amat hebat iaitu 'Dukun Dewangga' (lakonan Adlin Aman Ramli).

Dukun itulah akhirnya berjaya menukar Soraya menjadi seorang bintang yang bernama Suzana dan dalam masa yang sama menjadi seorang syaitan dengan susuk keramatnya.

Filem ini di lihat sebagai satu sindiran. Terutamanya kepada masyarakat melayu yang masih lagi mempercayai amalan karut ini. Walaupun negara sudah maju, tetapi amalan-amalan bidaah ini masih lagi di amalkan terutamanya mereka dari golongan artis.

Selain itu, secara peribadi, penulis menterjemahkan ritual 'susuk keramat' di akhir cerita adalah sebagai satu bentuk sindiran sosial kepada masyarakat melayu yang sanggup berbuat apa sahaja sehingga kehilangan jati diri semata-mata untuk mencapai sesuatu yang diidamkan.

Di dalam ritual tersebut diperlihatkan Dukun Dewannga telah menggunakan pelacur yang berambut blonde (yang penulis percaya adalah metafora kepada budaya asing atau budaya barat yang kotor dan hina) telah dikorbankan dan kemudiannya kulit dan daging pelacur tersebut telah berasimilasi dengan tubuh Soraya (iaitu metafora kepada remaja melayu yang naif yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai cita-cita) sehingga bentuk wajah dan tubuhnya telah bertukar menjadi seseorang yang lain.

Ianya boleh difahami dengan teori di bawah:

Pelacur berambut blonde + Soraya =Suzanna yang dipuja ramai.

Budaya asing + jiwa Melayu= Kejayaan tetapi kehilangan jati diri.

Ini hanyalah pendapat penulis semata-mata. Mungkin salah. Namun berfikir dan salah itu adalah lebih baik daripada tidak berfikir langsung. Betul? hehe.

Kesimpulannya, setelah menonton dua kali filem ini, penulis dengan yakin dan berani meletakkan filem ini sebagai sesuatu yang brilliant atau sebuah filem Melayu yang bijak dan berisi.

Bagi kamu yang belum menonton filem ini. Tontonlah filem ini. Letakkan diri kamu sebagai penonton Malaysia yang high level. Namun, pastikan anda menonton sehingga tamat credit title.

Sebab apa?

adalah.... wink.

Selasa, 19 Ogos 2008

Wall-E


Satu lagi buah tangan terbaru terbitan Disney yang dihasilkan segar dari studio Pixar Animation. Filem animasi ini merupakan yang pertama seumpamanya yang mampu menghiburkan penonton dan memberikan kepuasan dan thrill ketika menontonnya melalui teknik CGI yang mantap seiring dengan peredaran masa. Wall-E mampu mendorong penonton berfikir diluar benteng pemikiran manusia dan melewati batas batas pemikiran kebiasaannya.

Filem arahan Andrew Stanton ini telah berjaya menyampaikan rasa cinta kepada penonton dan mengajar erti kesetiaan, walaupun hanya diantara robot zaman hadapan yang ternyata tidak diciptakan seumpama manusia yang mempunyai hati dan perasaan, namun teknologi A.I mereka pada ketika itu membenarkan perasaan itu wujud sekaligus mengajar erti setia. Hal ini dapat dilihat dengan nyata melalui watak Wall-E (V.O Ben Burtt) itu sendiri yang jatuh cinta pandang pertama kepada Eve (V.O Ellisa Knight) yang diarahkan turun ke bumi dari angkasa lepas untuk mencari tumbuhan memandangkan bumi telah ditinggalkan manusia kerana bumi pada ketika itu telah dipenuhi sampah.

Menariknya di sini adalah seperti kebiasaan manusia mempunyai haiwan peliharaan, Wall-E juga tidak ketinggalan memilikinya dan binatang peliharaan yang menjadi teman sehariannya ialah seekor lipas. Walaupun lipas seringkali digambarkan sebagai kotor dan membawa penyakit kepada manusia, lipas di dalam filem ini digambarkan sebagai haiwan yang setia dan sanggup menanti kepulangan Wall-E yang nekad mengikuti kapal angkasa bagi menyelamatkan Eve yang dicintainya sekaligus mendorong kepada memberikan kesedaran kepada manusia yang pada ketika itu tidak lagi mampu berbuat apa apa; manusia sudah menjadi terlalu gemuk hingga tidak mampu untuk bangun dan berjalan dengan sendirinya; untuk kembali ke bumi bagi bercucuk tanam demi menhijaukan kembali bumi dan mendiami bumi seperti manusia di masa lampau.

Filem ini bukan hanya sesuai ditonton oleh kanak- kanak, malah ianya juga sesuai ditonton oleh golongan dewasa namun teknik penceritaannya yang agak lembap mampu membuatkan penonton berasa agak bosan di pertengahan cerita namun mesej yang cuba disampaikan secara jelasnya dapat diterima penonton dan mampu membuatkan penonton terhibur dengan keletah robot comel ini.

Sabtu, 16 Ogos 2008

meet the dave

meet the dave merupakan sebuah lagi komedi menghiburkan lakonan Eddie Murphy .Di arahkan oleh Brian Robbins manakala skrip oleh Rob Greenberg dan Bill Corbet, filem ini merupakan komedi yang mampu membawa keseronokan kepada penonton dan melegakan stress tanpa perlu memikirkan jalan cerita yang berat kerana plotnya agak mudah di fahami dan sesuai untuk tontonan kanak kanak.

Meet the Dave sarat dengan mesej mesej kemanusiaan dimana bumi digambarkan sebagai tempat yang paling sesuai untuk didiami semua makhluk, dalam fokus cerita ini tentulah melalui pandangan sekumpulan makhluk asing dalam usaha mereka demi menyelamatkan planet mereka dari ditimpa kemusnahan. Sekumpulan makhluk asing ini kemudiaannya menukar cara hidup mereka daripada sering serius dengan hal hal seharian kepada lebih relaks dan relfeksif dengan alam sekitar.

Menariknya dalam filem ini, kapal angkasa yang digunakan oleh sekumpulan makhluk asing ini bukanlah dari jenis yang kebiasaannya dimomokkan kepada kita sebagai penonton di dalam kebanyakan cerita berunsurkan e. t dan paranormal, sebaliknya, kapal angkasa yang mereka gunakan berbentuk manusia dan berwajah Eddie Murphy! Kesemua makhluk asing di dalam kapal angkasa itu dinamakan mengikut susunan nombor, dan amat terpengaruh dengan klip klip video dari manusia zaman hitam putih dulu dan menggunakan google untuk mencari maklumat tentang penduduk bumi.

Konflik berlaku apabila Dave Ming Cheng/Captain (Kapal angkasa lakonan Eddie Murphy) yang dalam misi untuk menyelamatkan planet mereka bertemu Gine Morrison (Elizabeth Banks) dan mulai menjadi rapat. Bermula dari situ, anak kapal mereka seolah olah mengalami kejutan budaya sehingga berlaku pemberontakan dari no. 2 (Ed Helms) yang kemudiannya merampas kuasa dan hampir mengakibatkan kemusnahan bumi, namun berjaya ditentang oleh Capten dengan bantuan penduduk bumi. thats all..babai!!!

Jumaat, 1 Ogos 2008

The Mummy- Tomb of The Dragon Emperor


My Other Half telah membuat satu suprise! Eh...Bukan satu tapi dua.

Suprise yang pertama adalah dia dengan romantisnya telah menempah tiket The Mummy ini secara online tanpa pengetahuan aku. Dia tahu aku memang ternanti-nantikan filem ini. Dan dia mahu aku dan dia menjadi antara manusia yang terawal menonton filem ini di Malaya.

She so sweet!!! aite?


Manakala suprise yang kedua adalah dia hanya memberitahu perkara ini kira-kira 30 minit sebelum pukul 6.30. Manakala tayangan bermula pukul 7.30!!! Dan waktu itu aku dan dia masih lagi di atas motor Honda Ex5 buruk aku di Puncak Perdana.

Mujur, motor cub berusia belasan tahun itu masih mampu memecut dan setelah hampir kesemua lampu isyarat merah dilanggar,aku dan dia sempat untuk menuntut tiket tersebut.

Fuh lega.

Ok, aku mulakan riview.

The Mummy- Tomb Of The Dragon Emperor ini merupakan kesinambungan dari filem The Mummy (1999) dan The Mummy Return (2001) arahan Stepehen Sommers. Cuma kali ini pengarahnya adalah Rob Cohen ( The Fast and Furious).

Pelakon utamanya masih dipegang oleh Brendan Fraser iaitu sebagai Rick O' Connell namun watak pasangannya iaitu Evellyn O Connell telah di lakonkan oleh Maria Bello menggantikan Rachel Weisz.

The Mummy kali ini bukan lagi jasad marah ribuan tahun dari Mesir tetapi datangnya dari salah satu tamadun awal yang wujud di dunia iaitu China dan karekter Mumia ini adalah berdasarkan Maharaja Qin dari dinasti Han. (bukan Maharaja pertama Dinasti Han iaitu Maharaja GaoZu).

Adegan awal filem ini dimulakan dengan kisah bagaimana Maharaja Han yang megalomaniac yang kejam yang zalim yang sadis serta yang tidak berhati perut etc.. ( Walah! rupanya mirip Jet Li!) mahu menguasai dunia namun hasratnya itu tidak akan kesampaian kerana baginda berhadapan dengan musuh yang tidak dapat di tewaskannya iaitu 'usia tua' baginda. Oleh itu, Baginda telah meminta seorang ahli sihir wanita bernama Zi Juan lakonan Dato' Michelle Yeoh untuk memberikannya kehidupan yang abadi ( immortal) agar baginda punyai masa untuk menggerakkan tentera baginda ke seluruh dunia.

Namun, hasrat Maharaja untuk hidup abadi itu telah disabotaj oleh Zi Juan yang mahu menghalang Maharaja tersebut dari meneruskan agenda perluasan kuasanya. Selain itu, Zi Juan juga mahu melepas diri dari cengkaman Maharaja kerana dia telah jatuh cinta pada Jeneral Ming dan selagi maharaja masih hidup adalah mustahi untuk Zi Juan dan Jeneral Ming hidup bersama.

Zi Juan telah menyumpah Maharaja menjadi patung tanah liat, namun sebelum sempat sumpahan itu menjadi, Jeneral Ming telah di jatuhkan hukuman mati akibat membelot. Sebaik sahaja membunuh Jeneral Ming sumpahan itu telah memberi kesan. Baginda telah menjadi patung dan keseluruhan bala tenteranya turut mendapat nasib yang sama.

2000 tahun selepas itu, Alex anak kepada pasangan O Connel, yang berkongsi minat, perangai dan ego bapanya telah menemui makam tempat bersemadinya Maharaja dan askar-askarnya. Di samping itu, secara kebetulan Rick O Connel dan Evellyn yang telah bersara terpaksa menghantar Permata Shang Ri La ke China.

Penemuan Alex dan permata Shang Ri La yang di bawa oleh bapanya ke China telah menghidupkan kembali jasad maharaja yang disumpah.

Oleh itu, Bermulalah adventure famili O Connell berkejar-kejaran di kota Shang Hai, adegan gerak kung fu lawan teknik gaduh cow boy, hujanan peluru machine gun, jelmaan makluk mistik, serangan magis semburan api dan diikuti adegan pyro yang menghiburkan tetapi kekurangan signifikan.

Durasi filem ini 112 minit. Tamat tanpa klimaks. Sekadar puas hati hero mengalahkan villain. Jalinan naratif yang linear yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang berusia 10 tahun ke atas.

Rob Cohen mungkin seorang direktor yang bagus untuk filem aksi tetapi sentuhannya hanya itu. Iaitu aksi. Tidak lebih dari itu. Namun aksi di dalam filem ini terasa tawar dan hambar. Tiada feel. mungkin fiem ini dibikin untuk setiap peringkat umur lalu adegannya tidak raw dan tidak memberi impak yang kuat.

Watak Rick O' Connell masih sama seperti filem The Mummy yang sebelumnya. Karismatik, egois dan humorous. Dan dia adalah satu-satunya penyelamat fiem ini.

Dan ini adalah penilaian peribadi aku, watak Maharaja Han iaitu Jet Li...Ouch! Jet Li!... bagi aku adalah tidak sesuai. Jet Li bukanlah pilihan tepat atau pilihan bijak untuk melakonkan watak seorang Maharaja yang zalim dan kejam. Wajah dia sangat baik untuk melakonkan watak seorang villain. Jika berhasrat untuk melihatnya berkungfu di dalam filem ini, lupakan sahaja. Adegan kung funya sangat minimal. Separuh wataknya adalah berbentuk mayat separa reput di dalam patung tanah liat yang boleh bergerak dan menghamburkan api di dalam bentuk CGI. Selain itu dia juga adalah Makhluk naga kepala tiga dan binatang raksasa yang tidak ketahuan apa jenisnya yang juga adalah merupakan CGI. Oleh itu, aku tidak faham kenapa watak itu diberikan kepada Jet Li.

Apapun, aku masih terhibur menonton filem ini. Harap ada lagi siri The Mummy yang akan menyusul. Rasanya selepas ini The Mummy akan ke Peru.

Macamana aku tahu? Tunggu hint dia di akhir filem ini. Cluenya pada dialog Jonathan. Yeah!

p/s-Terima kasih sweet heart untuk filem ini, dan juga Lamb Teppanyaki untuk dinner semalam.