Jumaat, 1 Ogos 2008

The Mummy- Tomb of The Dragon Emperor


My Other Half telah membuat satu suprise! Eh...Bukan satu tapi dua.

Suprise yang pertama adalah dia dengan romantisnya telah menempah tiket The Mummy ini secara online tanpa pengetahuan aku. Dia tahu aku memang ternanti-nantikan filem ini. Dan dia mahu aku dan dia menjadi antara manusia yang terawal menonton filem ini di Malaya.

She so sweet!!! aite?


Manakala suprise yang kedua adalah dia hanya memberitahu perkara ini kira-kira 30 minit sebelum pukul 6.30. Manakala tayangan bermula pukul 7.30!!! Dan waktu itu aku dan dia masih lagi di atas motor Honda Ex5 buruk aku di Puncak Perdana.

Mujur, motor cub berusia belasan tahun itu masih mampu memecut dan setelah hampir kesemua lampu isyarat merah dilanggar,aku dan dia sempat untuk menuntut tiket tersebut.

Fuh lega.

Ok, aku mulakan riview.

The Mummy- Tomb Of The Dragon Emperor ini merupakan kesinambungan dari filem The Mummy (1999) dan The Mummy Return (2001) arahan Stepehen Sommers. Cuma kali ini pengarahnya adalah Rob Cohen ( The Fast and Furious).

Pelakon utamanya masih dipegang oleh Brendan Fraser iaitu sebagai Rick O' Connell namun watak pasangannya iaitu Evellyn O Connell telah di lakonkan oleh Maria Bello menggantikan Rachel Weisz.

The Mummy kali ini bukan lagi jasad marah ribuan tahun dari Mesir tetapi datangnya dari salah satu tamadun awal yang wujud di dunia iaitu China dan karekter Mumia ini adalah berdasarkan Maharaja Qin dari dinasti Han. (bukan Maharaja pertama Dinasti Han iaitu Maharaja GaoZu).

Adegan awal filem ini dimulakan dengan kisah bagaimana Maharaja Han yang megalomaniac yang kejam yang zalim yang sadis serta yang tidak berhati perut etc.. ( Walah! rupanya mirip Jet Li!) mahu menguasai dunia namun hasratnya itu tidak akan kesampaian kerana baginda berhadapan dengan musuh yang tidak dapat di tewaskannya iaitu 'usia tua' baginda. Oleh itu, Baginda telah meminta seorang ahli sihir wanita bernama Zi Juan lakonan Dato' Michelle Yeoh untuk memberikannya kehidupan yang abadi ( immortal) agar baginda punyai masa untuk menggerakkan tentera baginda ke seluruh dunia.

Namun, hasrat Maharaja untuk hidup abadi itu telah disabotaj oleh Zi Juan yang mahu menghalang Maharaja tersebut dari meneruskan agenda perluasan kuasanya. Selain itu, Zi Juan juga mahu melepas diri dari cengkaman Maharaja kerana dia telah jatuh cinta pada Jeneral Ming dan selagi maharaja masih hidup adalah mustahi untuk Zi Juan dan Jeneral Ming hidup bersama.

Zi Juan telah menyumpah Maharaja menjadi patung tanah liat, namun sebelum sempat sumpahan itu menjadi, Jeneral Ming telah di jatuhkan hukuman mati akibat membelot. Sebaik sahaja membunuh Jeneral Ming sumpahan itu telah memberi kesan. Baginda telah menjadi patung dan keseluruhan bala tenteranya turut mendapat nasib yang sama.

2000 tahun selepas itu, Alex anak kepada pasangan O Connel, yang berkongsi minat, perangai dan ego bapanya telah menemui makam tempat bersemadinya Maharaja dan askar-askarnya. Di samping itu, secara kebetulan Rick O Connel dan Evellyn yang telah bersara terpaksa menghantar Permata Shang Ri La ke China.

Penemuan Alex dan permata Shang Ri La yang di bawa oleh bapanya ke China telah menghidupkan kembali jasad maharaja yang disumpah.

Oleh itu, Bermulalah adventure famili O Connell berkejar-kejaran di kota Shang Hai, adegan gerak kung fu lawan teknik gaduh cow boy, hujanan peluru machine gun, jelmaan makluk mistik, serangan magis semburan api dan diikuti adegan pyro yang menghiburkan tetapi kekurangan signifikan.

Durasi filem ini 112 minit. Tamat tanpa klimaks. Sekadar puas hati hero mengalahkan villain. Jalinan naratif yang linear yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang berusia 10 tahun ke atas.

Rob Cohen mungkin seorang direktor yang bagus untuk filem aksi tetapi sentuhannya hanya itu. Iaitu aksi. Tidak lebih dari itu. Namun aksi di dalam filem ini terasa tawar dan hambar. Tiada feel. mungkin fiem ini dibikin untuk setiap peringkat umur lalu adegannya tidak raw dan tidak memberi impak yang kuat.

Watak Rick O' Connell masih sama seperti filem The Mummy yang sebelumnya. Karismatik, egois dan humorous. Dan dia adalah satu-satunya penyelamat fiem ini.

Dan ini adalah penilaian peribadi aku, watak Maharaja Han iaitu Jet Li...Ouch! Jet Li!... bagi aku adalah tidak sesuai. Jet Li bukanlah pilihan tepat atau pilihan bijak untuk melakonkan watak seorang Maharaja yang zalim dan kejam. Wajah dia sangat baik untuk melakonkan watak seorang villain. Jika berhasrat untuk melihatnya berkungfu di dalam filem ini, lupakan sahaja. Adegan kung funya sangat minimal. Separuh wataknya adalah berbentuk mayat separa reput di dalam patung tanah liat yang boleh bergerak dan menghamburkan api di dalam bentuk CGI. Selain itu dia juga adalah Makhluk naga kepala tiga dan binatang raksasa yang tidak ketahuan apa jenisnya yang juga adalah merupakan CGI. Oleh itu, aku tidak faham kenapa watak itu diberikan kepada Jet Li.

Apapun, aku masih terhibur menonton filem ini. Harap ada lagi siri The Mummy yang akan menyusul. Rasanya selepas ini The Mummy akan ke Peru.

Macamana aku tahu? Tunggu hint dia di akhir filem ini. Cluenya pada dialog Jonathan. Yeah!

p/s-Terima kasih sweet heart untuk filem ini, dan juga Lamb Teppanyaki untuk dinner semalam.

1 ulasan:

Gruntz berkata...

cerita yg biasa....
mummy bole kungfu ke?
takdak unsur seram pun...
banyak adegan yg tak perlu...

--pendapat aku jer--