Rabu, 24 Disember 2008

Histeria


Sepanjang bulan Disember ini, aku telah meraikan dua perkara yang amat bermakna dalam hidupku. Pertama : kejayaanku mendapatkan Anugerah Dekan buat kali kedua berturut turut sepanjang 2 semester pengajianku dalam bidang filem (walaupun pada semester ini takhta pelajar terbaik fakulti jatuh ke tangan Ares.. :) ) dan kedua : aku menyambut hari ulangtahun kelahiran dan keperitan ibu melahirkanku semalam, 23 Disember dimana genaplah 22 tahun aku bernafas di muka bumi ini.

Sebagai hadiah bagi kedua perkara diatas, aku telah dibawa ke Sunway Lagoon untuk berseronok dan pada sebelah malamnya aku telah menonton Histeria di TGV Sunway Pyramid. Walaupun agak keletihan, aku cukup teruja untuk menonton hasil karya sutradara James Lee, iaitu filem pertama bergenre seram yang diarahkannya. Aku amat meminati stail pengarahan beliau dalam karya sebelumnya ‘The Beautiful Washing Machine’ dan menaruh harapan yang agak tinggi melalui Histeria ini.

***

Sutradara James Lee mempertaruhkan 7 pelakon muda yang amat berbakat, namun sayangnya penggunaan pelakon muda yang cukup talented seperti Liyana Jasmay seperti tidak di ulitised sepenuhnya, namun aku cukup sukakan watak Alyssa lakonan Scha yang bertenaga dan menjadi ketua bagi kumpulan ‘The Pink Ladies’. Dan oh, special effect make-up yang sangat real, berjaya menimbulkan impak yang agak besar buat para penonton. Tahniah kepada Ella Sandera yang amat pakar dalam bidang itu.

Dari segi naratif, Histeria mempunyai jalinan naratif yang agak mudah difahami, bermula dengan jeritan Murni dengan baju yang dipenuhi darah dan disusuli dengan babak flashback tentang kejadian yang berlaku 4 hari sebelumnya, serta tragedi yang menimpa mereka. Namun filem ini agak slow, sehingga aku seperti merasakan masa berlalu dengan begitu lambat di panggung semasa cerita diputarkan.

***

Sinopsisnya...

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar dengan gelaran ‘The Pink Ladies’ dan mempunyai bracelet berwarna pink yang sama (cute, kat mana boleh aku beli ya??) terdiri daripada 6 orang ahli iaitu Murni, Alyssa, Kerek, Tini, Marina, Junita yang didorong oleh jiwa remaja mereka lalu mendownload jampi serapah dari internet untuk diaplikasikan pada sebuah busut di belakang sekolah (wah...sangat pandai..)... Lalu mereka didenda oleh pengetua untuk tinggal di sekolah permulaan musim cuti sekolah selama tiga hari bagi membersihkan kawasan sekolah dan diawasi oleh Cikgu Helmi, dan Zeta, seorang pengawas yang baru berpindah (dah setahun kira baru ke??)

Dek kerana kumpulan ini agak terkenal di sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Tinggi TunTeja, maka mereka turut berjaya merekrut Zeta, pengawas tersebut menjadi ahli baru kumpulan mereka melalui satu ujian yang perlu Zeta tempuhi, iaitu bermalam semalaman di makmal yang dikatakan berhantu!

Bagi lebih menghangatkan cerita, Zeta adalah merupakan seorang lesbo dan menaruh minat terhadap Alyssa, (namun tiada adegan hampir berciuman di pawagam seperti yang heboh diperkatakan oleh rakan bloggers yang telah menghadiri pratonton, mungkin telah dipotong oleh LPF bagi mengelakkan spekulasi.) Hal ini telah membuatkan hubungan rapat diantara Alyssa dan Murni , pelajar yang sentiasa dibuli dalam kumpulan tersebut, semakin renggang. Selain itu, penonton juga dijamu dengan skandal diantara Junita dan Cikgu Helmi yang membuatkan Junita mendapat keistimewaan dalam aktiviti pembersihan sekolah tersebut.

Namun pada sebelah malamnya, keadaan sekolah bertukar menakutkan. Satu demi satu pelajar terbunuh, termasuk Cikgu Helmi dan kesemuanya menunding jari kepada tukang kebun yang dikatakan membela jin. Apa sebenarnya yang berlaku?Siapa pembunuh sebenarnya?Mengapa hanya Murni yang terselamat?

***

Tidak banyak yang mampu aku perkatakan tentang filem ini kerana kesemua unsur- unsur keseramannya sudah 'terhidang' di depan mata. Namun, pada pandangan peribadiku hantu yang ditonjolkan dalam filem ini hanyalah sesuatu yang biasa dilihat, tidak banyak kejutan dan ianya hanyalah sebuah kisah seram dari asrama seperti yang biasa kita dengar ketika zaman persekolahan dahulu, bezanya cuma hantu ini kuat membunuh, dan walaupun pada jampinya dikatakan hantu ini hanya makan telur ayam sahaja namun divisualkan hantu tersebut membunuh dengan menerkam dan menggigit gigit mangsanya hingga muka herot berot..haha..

Dan aku juga agak hairan, musim cuti sekolah sudah bermula, namun apa relevannya kesemua pelajar tersebut masih berpakaian sekolah bagi melakukan tugasan mengutip sampah dan membersihkan sekolah tanpa ditemani guru? Bukankah mereka sepatutnya berpakaian sukan?

Bagi penggemar filem seram, eloklah menonton filem ini kerana walaupun tidak sehebat filem seram yang lain, sekurang- kurangnya James Lee telah berjaya membuatkan filem ini menjadi "sesuatu".

***

P/s: Menulis dalam keadaan demam memang membuatkan aku kering idea.

Jumaat, 5 Disember 2008

TRANSPORTER 3



Buat pertama kalinya aku telah menghadiri pratonton filem Transporter 3 di Cineleisure, Damansara secara berseorangan kerana Ares sedang berada di Perak bagi menghabiskan musim cuti semesternya. Aku sedar aku bukanlah orang yang sesuai untuk menulis review bagi filem ini kerana aku lebih sukakan filem-filem bergenre fantasi dan sains fiksyen berbanding Ares yang sememangnya gemarkan filem aksi dan letupan sebegini.

Bak kata rakan blogku Ray dan Megat, filem ini sama sekali tidak sesuai untuk ditonton oleh sekalian para pesakit jantung, ibu-ibu mengandung, pesakit kencing manis, diabetes dan sebagainya bagi memastikan kemandirian kehidupan mereka.haha..

Filem ini, seperti yang anda sedia maklum adalah merupakan francais ketiga dalam siri Transporter. Aku yang tidak pernah menonton 2 francais sebelumnya menjangkakan bahawa filem ini mungkin akan menimbulkan banyak pertanyaan dari segi naratifnya, kerana ianya mungkin bersangkut paut dengan filem terdahulu namun aku silap. Filem ini yang sarat dengan aksi menpunyai jalinan naratif yang....erm....walaupun tidak terlalu mudah namun masih mampu aku fahami dan tidak membosankan berbanding dengan kebanyakan filem francais yang lain.

Menariknya filem ini adalah penggunaan elemen seni mempertahankan diri dari Benua Asia iaitu kungfu ,melawan penggunaan senjata moden iaitu pistol yang dilihat menggambarkan ketangkasan dan kekemasan seni beladiri tersebut. Dan ya, aku sukakan heronya Frank Martin lakonan mantap Jason Statham yang kelihatan sangat sexy pada kanta mataku, berbanding dengan heroinnya Valentina yang mempunyai wajah yang...hurm...eksotik namun freckles yang memenuhi wajahnya itu agak membuatkan aku merasa annoyed. (maaf, ini bukan atas dasar cemburu sesama kaum wanita..haha..)

***

Ok, cukup tentang pelakon. Filem ini mengisahkan tentang syarikat pembuangan sisa berjadual, ECOCORP yang telah membeli hak pembuangan sisa toksik di Ukraine. Namun, masalah terbesar mereka adalah Menteri Alam Sekitarnya yang telah merancang strategi pembaikpulihan alam sekitar secara besar besaran, bermakna, pembuangan sisa toksik di mana-mana sudut negara itu adalah diharamkan sama sekali.

Hal ini menimbulkan kesulitan buat pihak ECOCORP, yang memerlukan tandangan menteri itu sebelum mampu beroperasi, dan mengupah Jonas Johnson, bekas ahli Delta Force untuk mendapatkan tandatangan tersebut bagi pihak mereka. Jonas kemudiannya telah mengugut menteri itu dan memaksa Frank Martin membantunya dalam penghantaran 'Pakej' tersebut di tempat yang telah mereka tetapkan melalui sistem GPS kereta yang dipandu beliau.

Dari titik tersebut bermulalah tugas Frank Martin dalam misi penghantaran 'Pakej' ke destinasi yang dirahsiakan bertemankan seorang gadis manis, Valentina dengan gelang tangan berteknologi tinggi yang akan meletup sekiranya mereka berada lebih dari seratus kaki dari kereta tersebut. Dari sini bermulalah episod perjalanan yang mendebarkan dan dipenuhi aksi-aksi hebat dan mengujakan dalam usaha Frank Martin bagi merungkai rahsia tujuan sebenar penghantarannya dan misteri identiti Valentina.

***

Filem ini sangat disyorkan oleh aku kepada pada pencinta filem aksi yang dalam masa yang sama dahagakan momen- momen romantik bersama pasangan. Filem ini mampu mencetuskan idea idea baru bagi mengharmonikan rumah tangga kalian (Itupun jikalau kalian berani mencuba aksi tarian yang baru dan bertubuh sasa seperti heronya... :) ).

Selain itu, mesej kesedaran jalanraya turut diselitkan oleh heronya dan disebutkan secara pengulangan, dengan ayatnya,'fasten your seatbelt'. Mesej ini sesuai dengan saranan pihak kerajaan Malaysia yang telah mewar-warkan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang kereta berkuatkuasa 1hb Januari 2009. Haha..

Terdapat juga banyak dialog pengulangan di dalam filem ini, dan babak yang dilihat mempunyai similarity contohnya babak memancing pada pengawalan cerita diantara Frank Martin dan Inspektor, yang diulangi pada babak terakhir filem ini.

***

Secara kesimpulannya, banyak lagi yang ingin aku bincangkan di sini mengenai plot dan naratif, namun aku tidak mahu ianya menjadi spoiler pada kalian yang ingin menontonnya kelak.

Filem ini aku rasakan amat berbaloi ditonton oleh mereka-mereka yang gemarkan aksi dan letupan. Pergilah menonton di pawagam berhampiran hari ini.

Haa...apa tunggu lagi??? Pergi lah sekarang...

Ahad, 30 November 2008

KINTA


KINTA.

Aku berpeluang menghadiri pratonton filem Kinta yang juga dijadikan sebagai salah satu acara KLIFF di GSC Pavilion. Filem ini merupakan sebuah filem yang aku nanti-nantikan. Ada empat sebab mengapa aku nantikan filem ini. Pertama, ianya disebabkan aku adalah orang Perak. Kinta (daerah) begitu akrab dengan aku. Dua, adalah disebabkan filem ini merupakan filem Malaysia yang berjaya menembusi pasaran US sekaligus membuatkan aku teruja untuk menilai sejauhmana kehebatan filem tersebut. Tiga, adalah merupakan sebab paling utama iaitu aku sememangnya meminati filem ‘martial art’ terutamanya kung fu dan filem Kinta ini dengan sogokan ‘The First Malaysian Martial Art Movie’ amat menggiurkan aku. Namun, aku pasti ramai yang tak bersetuju apabila ianya dilabelkan sebagai filem pertama ‘seni mempertahankan diri Malaysia’. Hal ini boleh dibahaskan di dalam komen , ok? Aku sendiri pun tak bersetuju, sekarang ini tengah mengkaji balik filem-filem Malaysia lain yang boleh dikategorikan sebagai filem ‘martial arts’. Sebab yang keempat adalah ‘poster’nya. Sangat mengujakan.

Filem ini telah diarahkan oleh CL Hor. Seorang pengarah yang sangat asing dalam industri filem Malaysia yang didominasi filem-filem berbahasa Melayu namun filem Kinta ini bukanlah filem pertama arahannya. Filem pertama yang diarahkan beliau adalah The Third Generation. Kinta pula merupakan filem arahan beliau yang kedua. Sebelum ini, CL Hor merupakan seorang penata seni di dalam bidang komersil dan tidak hairanlah penonton dapat menyaksikan hasil sinematografi yang sangat indah di dalam filem ini yang jarang-jarang dapat disaksikan dalam filem-filem tempatan yang lain. Begitu juga dengan aspek mise-en-scene di dalam filem ini. Sangat-sangat diambil kira.

Selain itu, aksi pertarungan yang melibatkan seni kung fu/wushu di dalam filem ini sangat meyakinkan. Kali pertama aku menyaksikan sebuah filem Malaysia yang menghidangkan aksi ‘sparring’ yang meyakinkan dan mendebarkan. Hal ini mungkin disebabkan filem ini menggunakan pelakon yang terdiri daripada jaguh-jaguh wushu yang juga merupakan johan wushu di peringkat antarabangsa iaitu Robin Ho, Johan Wushu Dunia sebanyak 2 kali, David Bao, Johan Taichi China sebanyak 2 kali, Michael Chin, Johan Wushu Nasional sebanyak 3 kali, Shawn Lee, Johan wushu bebas Nasional sebanyak 6 kali dan Kwan Fei Jun, Johan Wushu Nasional sebanyak 11 kali.
Para pelakon yang sememangnya telah menguasai seni mempertahankan diri ini telah menjayakan aksi-aksi pertarungan di dalam filem Kinta ini.
Filem ini berlatarbelakangkan daerah Kinta, pada kurun ke 18 di mana aktiviti perlombongan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat menguntungkan di Tanah Melayu. Terhimpit di antara perebutan kuasa, pengkhianatan dan ketamakan kumpulan-kumpla kongsi gelap untuk menguasai lombong bijih timah. 4 orang sekawan iaitu Dragon, Tiger, Ace, dan Blaze yang berkerja di lombong bijih timah, terpaksa berjuang dan bertarung demi ‘survival’ mereka di bumi asing. ‘In the battle of justice, Fists speak louder than words!’.tag line yang telah menerangkan segala-galanya.

Sebaik kredit awal aku dapat menghidu bau-bau Sin City, Robert Rodriguez. Adegan-adegan awal pula aku melihat ‘dejavu’ 300 Zack Snyder. Penonton dapat mengesan similarity sinematografi 300 yang ketara di dalam filem. Kurang originality tetapi aku suka! Filem Malaysia sudah menapak selangkah lagi menghampiri Hollywood walau perjalanannya masih beratus batu jauhnya. Bagi aku tiada masalahnya jika filem kita kurang originality, atau kata lainnya ‘meniru’. Meniru adalah salah satu dari aktiviti pembelajaran. Meniru dan mencontohi sesuatu yang bagus adalah satu aktiviti pembelajaran yang sihat apatah lagi bagi industri filem Malaysia ini.

Ada satu perkara yang unik (tetapi mengganggu aku) di dalam filem ini. Semburan darahnya adalah CGI. Pada awalnya aku tidak faham kenapa pengarah meng’CGIkan darah di dalam filem ini sehinggalah sewaktu sesi soal jawab bersama media pengarah menjelaskan bahawa darah CGI itu adalah bagi tujuan efek filem tersebut di dalam format 3D dan IMAX. Aku tidak pasti samada versi 3D filem ini akan dipasarkan di Malaysia atau hanya untuk pasaran US. Yang pasti, sekiranya di dalam versi 3D, darah CGI itu kemungkinan besar akan terpercik ke muka penonton. Tetapi sekiranya di dalam versi biasa, darah CGI itu menerbitkan perasaan annoying aku. Sungguh surrealis.

Filem Kinta ini sudah memenuhi standard filem komersil internasional sekiranya dinilai dari segi kualiti visual dan sinematografinya. Namun bagi pandangan aku kekurangan yang sangat jelas filem ini adalah dari segi plot dan subplotnya. Terlalu banyak karekter yang ingin diperjelaskan motivasinya sehingga terlalu banyak plotnya.Kadangkala plot yang di hasilkan itu seolah-olah tiada signifikan dan tidak banyak membantu naratif. Salah satu contohnya adalah plot percintaan di antara Tiger dan anak perempuan tokey lombong. Plot percintaan yang tidak kemana dan tidak signifikan kerana selain dari memasukkan elemen cinta (cinta 2 darjat), ianya tidak memberi impak kepada naratif.

Selain itu terdapat repeatition scene yang aku tidak nampak relevannya. Pengulangan scene ini memberi penonton menyaksikan adegan yang sama berulang sebanyak dua kali. Scene ini dapat dilihat sewaktu flashback-flashback watak. Aku juga tidak faham apa relevannya pengulangan scene ini. Terdapat dua atau tiga scene yang berulang kalau aku tidak silap. Kalau aku menonton DVD sudah pasti aku sangka DVD itu tersangkut dan terulang kebelakang. Scene yang sama yang berulang dua kali dengan hanya warna yang membezakan iaitu (sephia) bagi scene flashback.

Dan yang paling spoil adalah filem ini adalah sebuah filem anti klimak. Filem yang tamat mengejut. Sebaik sahaja tamat pertarungan bagi menentukan hak penguasaan lombong. Filem tamat. Aku melopong. Tiada orgasme.

Menonton filem Kinta ini, sekiranya aku tidak tahu ia dibikin oleh pengarah tempatan. Sudah pasti aku sangkakan ianya sebuah fiem Hong Kong. Aku jangkakan filem ini mungkin menimbulkan polemik di kalangan penggiat dan pengkritik industri samada ianya boleh dilabelkan sebagai sebuah filem yang dianggap Sinema Malaysia. Lebih 80 peratus dialognya adalah di dalam bahasa cina (mandarin atau kantonis?maaf aku tidak tahu). Pelakon-pelakon utamanya terdiri dari kaum Cina.

Bagi aku, aku melabelkannya sebagai sebuah filem Malaysia. Kerana ianya dibikin di Malaysia. Pengarahnya dari Malaysia, begitu juga sebahagian besar krewnya. Konsep sinema Malaysia ini terlalu kompleks untuk dibahaskan di sini.

Cuma aku tidak bersetuju penonjolan sumpit sebagai senjata orang-orang Melayu di dalam filem ini. Orang Melayu tidak menggunakan sumpit sebagai senjata. Orang Melayu guna keris atau tombak. Sumpit itu bukan senjata melayu. Itu senjata orang-orang asal/asli (melayu proto). Yang lain, walau agak pahit, tetapi aku dapat terima seperti penonjolan melayu yang tidak berkasut dan hanya berkemban. Kurun ke 18 orang melayu (rakyat biasa) majoritinya masih tidak berkasut dan berkemban.

Akhir sekali, Filem Kinta ini sememangnya sebuah filem yang sesuai kepada mereka-mereka yang gemarkan filem ‘martial arts’. Bagi mereka yang menyokong filem-filem Malaysia dan menyokong industry filem Malaysia, filem ini sangat dicadangkan untuk ditonton. Saksikan sendiri sebuah filem Malaysia yang ‘baru’.

Sabtu, 29 November 2008

TWILIGHT- Kisah Jiwang Pontianak Jambu. Tiada darah. Hanya manis-manis sahaja.



Aku telah menghadiri Tayangan Perdana filem Twilight yang diarahkan oleh Catherine Hardwicke baru-baru ini di GSC Pavilion.

Pada mulanya di dalam kepala otak aku. Aku membayangkan bahawa filem ini adalah sebuah filem pontianak yang sudah pastinya dipenuhi dengan adegan cekik-mengcekik dan hisapan darah walau aku agak sceptical dengan kejambuan Robert Pattinson si hero pontianak yang melakonkan watak Edward Cullin.

Rupanya sangkaan aku meleset. Filem Twilight bukanlah sebuah filem yang aku bayangkan. Atau sehorror tajuknya. Filem ini lebih sesuai dilabelkan dibawah genre Thriller,Fantasy atau Romance.

Filem ini megisahkan tentang seorang gadis yang bernama Bella Swan(Kristen Stewart) yang telah berpindah dari Phoenix ke sebuah kawasan terpencil di Washington iaitu Fork untuk menetap bersama bapanya selepas ibunya berkahwin lagi. Di Fork, sewaktu di sekolah, Bella telah bertemu dengan seorang budak lelaki yang jambu tetapi berperangai pelik iaitu Edward Cullin. Pertemuan awal yang singkat ini memberi impak yang cukup kuat apabila Bella merasakan ada sesuatu yang aneh dan misteri berkenaan Edward manakala bagi Edward pula, Bella telah menaikkan selera pontianaknya. Tarikan kimia diantara mereka berdua yang kompleks ini akhirnya menjadikan mereka rapat dan mesra. Dan ini telah membibitkan rasa cinta diantara mereka.

Bella kemudiannya mengetahui bahawa jejaka idamannya itu adalah pontianak. Tetapi itu tidak menghalang cinta mereka kerana Edward dan keluarganya merupakan pontianak yang tidak mencekik manusia. Mereka hanya minum darah haiwan bagi menggantikan darah manusia. Masalah timbul apabila sekumpulan pontianak lain membuat onar di Fork dan salah satu dari pontianak tersebut mula memburu Bella. Ini telah memaksa Edward dan keluarganya melindungi Bella. Bermulalah konflik berdarah yang mecemaskan.

***

Geng-geng yang menonton filem ini bersama aku pada tayangan perdana rata-ratanya mengatakan bahawa filem ini bergerak agak lambat dan berjela-jela. Dragging. Aku juga bersetuju dengan mereka.

Ini adalah kerana kami semua beranggapan bahawa filem ini akan dipenuhi dengan adegan pontianak yang akan mengeluarkan taringnya dan mengcekik mangsanya. Kami semua menantikan saat horror tersebut. Yang malangnya tak kunjung tiba. Haha.

Pontianak di dalam filem ini tiada taring. Tiada kepak. Tiada kuku tajam. Semuanya jambu. Melihat wajah solek pucat bibir merah yang jambu sebegini aku teringatkan band Duran Duran yang popular era 80an dulu. 3 ekor pontianak antagonis sahaja yang membunuh orang. Itupun tiada adegan pembunuhan ditunjukkan. Oleh itu, bagi anda yang belum menonton, aku sarankan anda tukar mind setting anda. Letakkan di minda dan sanubari bahawa filem ini merupakan filem romantik, filem cinta remaja. Romeo dan Juliet versi pontianak. Juga boleh dianggap filem fantasi yang mempunyai sedikit unsur-unsur thriller.

Sekiranya anda sudah betulkan mind setting anda. Aku percaya anda akan enjoy menonton filem ini. Jujurnya, aku agak enjoy menonton filem ini. Walau ceritanya dragging tetapi aku dapat follow plotnya tanpa bosan.

Adegan yang paling aku suka adalah adegan keluarga Cullin bermain besbol sewaktu hujan ribut diiringi dengan lagu Supermassive Black Holes dari Muse. Pop gila!

Adegan yang paling spoil bagi aku adalah sewaktu Edward ingin menunjukkan dirinya yang sebenar kepada Bella. Edward berdiri di bawah sinaran matahari untuk menunjukkan rupanya yang sebenar. Bagi kita yang sudah biasa menonton filem-filem vampire sudah pasti tahu bahawa pontianak tak boleh terkena cahaya matahari. Oleh itu, sangkaan aku di dalam scene ini sudah pasti Edward akan melecur, atau rupanya berubah menjadi hodoh. Sangkaan aku salah. Edward tak jadi hodoh. Tapi kulitnya berkelip-kelip/bertwinkle-twinkle dengan cahaya yang sungguh mempesonakan. Haha. Jiwang sungguh.

***

Filem Twilight ini merupakan filem yang sesuai ditonton oleh remaja dan adik-adik yang sedang bercuti sekolah. Hero dia jambu habis. Heroin dia pula cun habis. Pontianak-pontianak dia pun lawa-lawa.

Jangan pula lepas ni ada yang yang berangan nak jumpa pontianak sebegini di Malaya. Haha. Pengsan korang nanti.

POPCORN DAN COKE

Selepas entry ini bukan ulasan. Sekadar lalutan. Aku membuat keputusan untuk membuka satu blog khas untuk aku melalut. Blog Lagi-Lagi Filem ini akan kekal sebagai blog yang mengulas filem.

POPCORN DAN COKE.

Mengandungi F Word dan kandungan yang explicit. Harap maklum. :)

Isnin, 24 November 2008

Ini bukan ulasan. Sekadar lalutan.

Kira-kira 6 tahun lepas sewaktu aku mula-mula beritahu mak aku yang aku nak belajar filem. Mak aku gelak. Dia kata aku nak kerja apa bila grad nanti. Aku rilek-rilek jawab. Aku nak jadi Tuan Director.

Ya, masa tu aku naif. Idea nak jadi filmaker itu wujud selepas aku terpengaruh dengan novel Hizairi Othman, Jukstoposisi.(Mana ya, Hizairi Othman pergi?)

Selepas 3 tahun aku grad Diploma Seni Layar(Penulisan),Uitm. Aku terus kerja. Buat Freelance. Aku tolak untuk sambung ijazah pada masa tu. Ghairah nak masuk industri.

Dua tahun setengah Freelance, Macam-macam job position aku buat. Dah nama freelance, Bukannya boleh berkira sangat. Asal ada job je sambar. Dari pencacai produksi atau nama manisnya P.A. Runner.Propmaster.Budak Konti. Assistant PM. sehinggalah Technical Crew.Sempat berkerja di bawah Prof. Razak. Khabir Bhatia. Haris Kadir. Dan satu drama Cina yang sampai sekarang aku tak dapat lagi paymentnya. Haram sungguh.

Dalam masa dua tahun setengah yang tidak lah berapa panjang tu sedikit sebanyak aku kenal tentang rupa sebenar Industri Filem Malaya. Diploma aku boleh jadi pembungkus kacang rebus. Tidak ada bezanya aku yang ada Diploma ni dengan krew lepasan SPM. Aku tetap kena mula dari bawah. Tetap kena bancuh air. Gulung dan bersihkan kabel. Pendek kata, kau kena ada pengalamanlah kalau nak kerja dalam industri ni, kalau tak bawaklah ijazah pun, tetap kau kena jadi pencacai dulu.

Muak dengan caci maki dan sedatif metaphetamine/Marijuana (aku nak sangat jumpa krew teknikal yang tak ambil dadah?ada ke?hahaha) serta kecewa dengan realiti industri filem Malaya aku ambil keputusan sambung belajar balik. Sekarang aku dalam tahun dua pengajian aku dalam Sarjana Muda Teknologi Kreatif dan Artistik, Seni Layar (Kepujian).

Dua tahun setengah itu masa yang singkat tetapi dari pengalaman pelbagai position dalam produksi, Jika ada berani yang kata aku tak tahu lagi rupa bangsat industri filem ni. Memang sengaja nak aku jerit Fuck You kat muka dia.

Dan sebab aku sedar diri, ilmu aku masih tidak cukup dan aku tahu betapa sukarnya nak buat filem yang 'berisi' dan 'bermakna'. Maka aku sambung belajar balik.

Aku teringat abang Haris Kadir pernah kata kat aku;

" Kau sambunglah belajar balik. Buat filem dengan drama ni kena ada ilmu. Bukan pengalaman aje."

Thanks Abang Haris.

***

Aku hairan. Sejak kebelakangan ni aku terperasan siaranTV di Malaysia sudah menjadi seperti siaran TV Indonesia. Aku baru perasan, sebab aku student yang tiada masa nak tengok TV, cuma pada dua minggu kebelakangan ni aku berpeluang menonton Televisyen.

Kenapa ya?

dari Tengah Hari, Petang bawa ke malam drama-drama atau sinetron Indonesia disiarkan di peti TV.

Di mana drama-drama melayu Malaysia?

Lagi satu yang aku tidak faham adalah kadangkala terdapat unsur-unsur Kristianiti yang terselit di dalam sinetron-sinetron yang kononnya berunsur keagamaan (Baca:Islam) yang terlepas pandang oleh lembaga penapisan yang secara tidak sedar boleh memesongkan akidah umat Islam.

Sebagai contoh dialog dalam 'Anakku Bukan Anakku'. Terdapat seorang wanita yang mengucapkan dialog ini;

" Allah tidak akan menganiayai anak-anaknya"

Ini jelas menunjukkan terdapatnya elemen kristianiti yang dipanggil Triniti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh suci dalam dialog ini.

Di dalam Islam. Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Entah aku pun tidak berapa pandai sangat dalam bab agama. Tapi aku tahu ayat ini salah.

Aku tahu yang aku tidak boleh halang stesen TV dari menyiarkan sinetron-sinetron Indonesia ini. Mereka kapitalis. Mereka fikir untung. Selagi ada permintaan. Selagi itulah mereka tawarkan sinetron-sinetron begitu. Yang aku boleh buat adalah aku tak tengok sinetron itu.

Aku patriotik.

***

Kalau orang tanya kau ambil berat tak tentang hidup Industri Filem Malaysia.

Aku akan jawab;

" Aku lebih ambil berat tentang penonton filem Malaysia"

Ini adalah aku sedar bahawa penonton Malaysia mahukan filem-filem yang 'best'. (Pinjam ayat Yasmin Ahmad)

Oleh itu, cakaplah apapun pada aku. Ulasan atau review filem yang aku buat ini nak melingkupkan industri filem Malaysia atau apa. Aku tak peduli.

Aku berpihak kepada penonton. Penonton berhak mendapat tahu kualiti sebenar sesebuah filem yang hendak ditontonkan kepada mereka.

Kalau filem itu 'best'. Maka 'best'lah yang aku cakap. Dan penonton berhak dapat tahu yang filem itu 'best'.

Tapi kalau filem itu macam celaka. maka 'celaka'lah yang aku cakap. Penonton berhak dapat tahu yang filem itu 'celaka'.

Biar penonton decide samada mereka hendak menontonnya atau tidak. Jangan salahkan penonton sekiranya filem yang celaka itu tidak laku. Dan jangan salahkan blogger atau pengulas filem di akhbar sekiranya filem 'celaka' itu di ulas sebagai 'celaka'. Dan kemudianya bagi pembikin filem, haruslah berhati-hati supaya tidak menghidangkan sesuatu yang celaka kepada penonton agar filem anda tidak mendapat kecelakaan.

Apa pun aku tahu bahawa penonton tidak bodoh. Sila lihat quotation Quentin Tarantino di sebelah. Dan bagi menghormati mereka, aku juga akan mengulas dengan penuh rasa bertanggugjawab. Setiap 'best' dan 'celaka' di dalam filem itu akan aku rasionalkan.

Penggemar dan penghargaan penonton terhadap sesebuah filem Melayu itu semakin bertambah. Harapan mereka besar utuk menonton filem Melayu yang berkualiti dan 'best'.

Jangan khianati mereka.

Hasilkan filem yang 'best'.

***

Aku baru dapat berita baik dari Uitm. Pihak Uitm dan fakulti telah memilih skrip aku untuk dijadikan short filem yang akan diarahkan oleh aku sendiri.

Bajet yang diberi almost RM 5k.

Dengan izin Tuhan shooting awal bulan 12 ini. Bila dah siap nanti. Bolehlah korang semua kutuk filem aku puas-puas ok?

haha.

End.

Rabu, 19 November 2008

LOS dan FAUN - Jazzy...Catchy...CSI spoof..Pecah Perut...


Los dan Faun merupakan sebuah filem komedi terbaru dari pengarah,pelakon komedi terkenal iaitu Afdlin Shauki. Di sebalik kesibukan dan tekanan final exam, aku dan Ikha tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri pratonton Los dan Faun ini kerana filem-filem Afdlin Shauki sebelum ini mempunyai trek rekod yang sangat positif dalam membuatkan aku terbahak-bahak di dalam panggung.

Dan kebetulan tarikh pratonton filem tersebut adalah 14 November, iaitu hari di mana umur aku genap 25 tahun. Yeah, happy birthday to me!!! hahaha.

Ok, stop merapu Ares...berbalik kepada filem...Los dan Faun di barisi oleh pelakon-pelakon yang hebat dan mantap iaitu Adlin Aman Ramli sebagai Faun dan Hans Isaac sebagai Los. Turut membintangi filem ini ialah Erra Fazira, AC Mizal, Noor Khiriah, Khir Rahman, Ida Nerina, Stephen Rahman Hughes ,Soffi Jikan dan Afdlin Shauki sendiri.

Ya...barisan pelakon inilah agen komedi utama filem ini. Mereka berjaya membantu Afdlin menjayakan misinya menghasilkan sebuah filem komedi MELAYU yang absurd (ingat perkataan ini semua ya, ABSURD) ...komedi yang mahal... komedi yang tidak memperbodohkan penonton (maknanya tiada modal lawak slapstik bodoh seperti ajukan serebral palsi)... komedi yang bersifat benar-benar komedi ...dan komedi yang menyebabkan aku terpaksa menggunakan inhaler akibat lelah dek ketawa yang berdekah-dekah.

sinopsisnya...

***

Los dan Faun merupakan sepasang kawan karib yang berasal dari Melaka. Mereka ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Kerana sifat Faun yang tersangatlah jujur mereka kerap kali bertukar pekerjaan sehinggalah pada suatu hari Faun telah berjaya membantu seorang manager lingerie shop (tempat mereka berkerja) mencari walletnya yang hilang. Kecekapan Faun menggunakan kemampuan penakulannya secara luar biasa untuk mencari wallet manager tersebut mendatangkan satu idea kepada Los untuk menjadikannya sebagai satu bisnes yang boleh menguntungkan mereka.

Bertitik tolak dari kejadian tersebut, Los dengan menggunakan kuasa penakulan Faun yang hebat dalam mencari barangan hilang telah menubuhkan satu syarikat membantu mencari barangan hilang. Dan mereka berjaya menyelesaikan setiap kes kehilangan yang diberikan kepada mereka.

Kehebatan syarikat Los dan Faun dalam mencari barangan yang hilang akhirnya menarik minat seorang balu kepada seorang jutawan iaitu Jasmin yang mahu Los dan Faun mencari kembali jam tangan antik yang bernilai jutaan ringgit milik arwah suaminya yang hilang di malam suaminya mati. Namun, di dalam kes tersebut, Faun gagal mendapat klue kehilangan jam tangan tersebut. Selain Los dan Faun, mereka juga dibantu oleh sepasang penyiasat insuran yang turut terlibat dalam pencarian jam tangan antik tersebut iaitu Dick Johnson( stephen) dan Amran Askor (Khir).

Ketiadaan klue dan kehilangan kuasa pencarian Faun (akibat cintanya kepada Jasmin) telah memaksa Los dan Faun meneruskan penyiasatan demi penyiasatan terhadap kehilangan jam antik tersebut dan ini seterusnya telah menyebabkan mereka berjaya membongkar konspirasi licik di sebalik kehilangan jam tangan itu.

***

Filem ini bukan sterotype filem komedi Melayu. Tiada elemen komedi aliran Apekisme atau Senarioisme. Tiada slapstik. Tiada mata juling memek muka terncat akal. Komedi di dalam filem ini adalah berdasarkan dialog dan situasi. Afdlin Shauki mengakui bahawa komedi di dalam filem ini adalah komedi yang absurd.

Apakah bendanya absurd itu? Sila google sendiri...

Komedi dan elemen kelakar di dalam ini terdapat di dalam dialognya atau situasi-situasi absurd. Sebagai contoh skrip dialog Amran Askor (Khir) yang menceritakan pengalaman sedihnya di Selat Melaka yang parallel dengan cerita Titanic. Atau situasi absurd di dalam scene di mana Bapa Faun yang trauma selepas menonton filem Brokeback Mountain melihat anaknya (Faun) sedang memakai topi koboi iaitu unsur similarity dengan filem Brokeback Mountain sewaktu Faun meluahkan tentang kerenggangan hubungan persahabatannya denan Los.

Bagi yang tidak pernah menonton filem Titanic pasti akan tertanya-tanya apekejadahnya yang sedang di ceritakan oleh Amran Askor itu (tapi...siapa yang tak tengok Titanic kan? Adeke orag yang tak tengok lagi Titanic? lebih-lebih lagi babak Kate Winslet berbaring bogel itu?? haha) dan bagi yang tak tengok atau tak tahu Brokeback Mountain itu mengisahkan tentang cerita koboi yang Homo pasti tak tahu kenapa bapa Faun (Fish) trauma dengan hubungan rapat anaknya dengan Los.

Dua babak ini merupakan dua contoh babak yang aku gelak bagai nak rak...ada banyak lagi babak yang gila lawak di dalam filem ini.

***
Namun terdapat beberapa perkara yang agak disunity di dalam filem ini. Disunity itu adalah perkara-perkara yang tidak mendapat penjelasan atau tergantung. Rasanya penonton amat nak tahu mana datangnya kuasa penakulan dalam pencarian barang hilang Faun itu. Kuasa itu kuasa superhuman. Kuasa paranormal. Aku nak tahu mana datangnya.

***
Secara keseluruhannya aku tabik dan beri encore pada Afdlin Shauki atas hasil komedi yang sangat bagus ini. Filem komedi seperti ini adalah satu permulaan atau setidaknya menampakkan filem Melayu sudah menampakkan perubahan yang sangat positif. Tahniah Afdflin!

Sabtu, 8 November 2008

CICAKMAN 2 - PLANET HITAM


Tempoh hari ( 4 haribulan yang lepas) aku berkesempatan menonton preview CicakMan 2 di Cineleisure Damansara. Filem Cicakman ini adalah antara filem yang aku nanti-nantikan kerana pada pandangan dan ( harapan) aku, KRU sekali lagi akan mencipta sesuatu yang 'wow!' di dalam industri perfileman Malaysia.

Sebelum filem bermula, Norman dan Yusri telah awal-awal lagi melarang filem CicakMan 2 ini dibandingkan dengan filem-filem Superhero Hollywood. Kata mereka adalah tidak adil dan tidak patut untuk membandingkan filem tempatan dengan filem Hollywood yang jauh lebih maju dan besar budgetnya dari filem tampatan.

Aku tidak sedap hati mendengar kata-kata mereka. Ini seolah-olah memberi petanda awal yang mereka sendiri tidak berpuashati dengan 'rupa bentuk ' filem mereka ini.

Jujurnya aku, berpijak di bumi yang nyata, sedar Malaysia (Industri filem) bukan saingan Hollywood. Tetapi KRU, di dalam filem CicakMan 1 telah sedikit sebanyak berjaya membuktikan filem Malaysia mampu untuk mencapai ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Sekurang-kurangnya di radius Asia Tenggara ini.

Aku juga sebelum ini telah membandingkan CGI Antoo Fighter dengan CicakMan 1. Ya, aku mengaku aku menangkan CGI CicakMan 1 dari Antoo Fighter. Gentle, aku mengaku itu.

Oleh itu, Harapan aku untuk melihat hasil KRU yang lebih baik di dalam filem CicakMan 2 ini adalah amat besar... amat tinggi...

Hurm...

Ini reviewnya..

***

Professor Klon telah muncul kembali dan merancang satu plan jahat untuk menguasai Metrofulus dan Dunia dengan mencemarkan sumber air dunia. Professor Klon juga merancang plan jahat ini untuk mengembalikan kredibilitinya di Metrofulus. Kali ini Professor Klon tidak bersendirian, dia telah dibantu oleh Psychotic Super Villain wanita yang bernama Rrama. Mereka telah berpadu tenaga untuk menewaskan CicakMan.

Rrama, Tanpa sebab-sebab yang jelas, ingin membunuh CicakMan kerana dia seorang yang gila yang kesukaannya adalah merakam kematian mangsanya. Baginya, membunuh itu satu seni...satu karya... Ya, dia adalah Super Villain paling Psycho di dunia ( hehe)

Dan membunuh CicakMan (seorang Superhero) akan menjadi MahaKaryanya yang terhebat.

CicakMan pula, sebagai superhero telah menentang untuk menggagalkan usaha Professor Klon selain dari bertungkus lumus menyelamatkan dirinya dari dibunuh oleh Rrama.

Begitulah al kisah CicakMan 2 Planet Hitam ini.

***
Aku amat menanti-nanti satu persembahan CGI yang baru atau sesuatu yang lebih mengancam dari filem yang pertama. Ini adalah sesuatu yang normal. Penonton akan mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari filem yang sebelumnya. Sekiranya filem yang sebelum itu hebat maka penonton mahukan sesuatu yang lebih hebat untuk sekuelnya.

Namun, bagi pendapat aku, tiada perbezaan yang ketara dari teknik CGI yang boleh dilihat. Masih menarik. Tapi statik. Masih di situ juga. Tiada pembaharuan.

Bahkan, aku berpendapat CGI di dalam filem yang pertama adalah lebih menarik.

***

Filem ini terdapat satu 'masalah' yang sangat nyata. Iaitu naratifnya. Serta kekemasan plotnya.

Plot filem CicakMan ini longgar. Juga perjalanan naratif yang tidak konkrit, Adakah filem ini hanya menumpukan perhatian terhadap CGI? sehinggakan plot dan naratifnya retak-retak?

Begitu juga dengan pengenalan watak-wataknya...

Asas filem Superhero sebenarnya adalah kepada Antagonisnya. Adanya Antagonis ini barulah relevannya kewujudan Protagonis iaitu Superhero.

Setiap Antagonis harus ada asal-usulnya. Mana datangnya. Apa motivasinya. Kenapa dia jadi begitu. Ini adalah perkara yang paling 'basic'.

Penonton sudah tidak peduli siapa Superhero kerana mereka sudah kenal superhero tersebut tetapi mereka sangat-sangat ingin tahu siapa super Villain tersebut.

dalam konteks filem ini adalah Rrama. Siapa wanita gila berdialek Seberang ini? mana datangnya? Mana punca kuasanya, kenapa dia jadi begitu? Kenapa dia bersekongkol dengan Professor Klon.

Sila rujuk Joker dalam Batman( Tim Burton), atau Dr Octopus dan SandMan dalam filem Spiderman. Atau yang paling mirip dengan Rrama adalah Catwoman juga dalam Batman.

Jelas kemunculan watak-watak ini di dalam filem-filem tersebut.

Tapi Rrama? siapa dia?

Joker dalam filem Batman terbaru (Christ Nolan) walaupun tidak ditunjukkan asal usulnya tetapi wataknya dan motivasinya sangat jelas. Dia seorang psycopath yang tujuannya adalah kemusnahan dan kerosakan semata-mata.

Tetapi Rrama, kenapa dia gilakan membunuh dan menganggapnya sebagai satu masterpiece? kegilaan watak itu sangat hambar.

Begitu juga dengan watak-watak taiko-taiko pelbagai bangsa itu, mana datangnya? Lelaki yang dibunuh pada awal-awal cerita itu siapa? Apa relevannya dia dibunuh?

Banyak yang hendak dipersoalkan tetapi aku tidak mahu terlalu kritis, mungkin salah aku untuk menilai terlalu tinggi filem ini.

***

Finally,

Filem ini sekiranya dilihat dari teknik CGI masih seperti filem yang pertama dahulu. Masih menarik. Tapi penonton sudah melihatnya di dalam CicakMan 1. Tiada pembaharuan.

Bagi pendapat aku, filem ini sesuai untuk adik-adik berumur 12 tahun kebawah. Kepada abang-abang dan kakak-kakak yang mempunyai adik-adik dan anak-anak kecil. Anda boleh membawa mereka datang untuk menontonnya.

Mereka pasti suka. Apek itu kelakar.

Sabtu, 1 November 2008

'Antoo Fighter'


Tadi aku telah menghadiri pratonton filem Antoo Fighter. Filem Ghost Buster versi Melayu. Ini merupakan kali kedua aku menonton filem Antoo Fighter ini iaitu yang pertama di Dewan Sri Budiman (DSB) Uitm Shah Alam dengan bayaran masuk rm 5 dan yang kedua, iaitu malam tadi di GSC Mid Valley.

Pada kali pertama menonton filem ini di DSB, aku berniat untuk menontonnya kali ke dua di panggung kerana Azizi 'Chunk' iaitu pengarah filem ini mengatakan bahawa CGI filem tersebut hanya siap 70 peratus,(dengan kata lain aku tengok filem tak siap pada hari itu) selain tidak berpuas hati sistem bunyi yang agak teruk di dewan tersebut yang menenggelamkan dialog.

Aku tidak bercadang langsung untuk membuat review terhadap filem tersebut di blog ini pada waktu itu kerana adalah tidak adil untuk aku menilai sebuah filem yang masih belum siap di samping...ya...sistem bunyi dewan yang teruk..

Oleh itu, tadi... aku datang menonton dengan harapan yang tersangatlah besar untuk menyaksikan final product CGI filem tersebut. Filem ini bukanlah filem Melayu pertama yang menggunakan hampir 80 peratus teknik CGI tetapi dengan kewujudan filem seperti CicakMan, aku secara peribadi menaruh harapan setinggi langit untuk melihat sesuatu yang lebih baik dari filem itu.

Dan ini review untuk filem tersebut yang sudah 'SEMPURNA' . Seperti biasa aku mulakan dengan sinopsis.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan hantu dari zaman lampau yang diketuai oleh Drakulat Van Listerooy (Awie) telah terlepas dari kurungan mereka dan seterusnya meneruskan cita-cita mereka untuk menyeru bapak setan 'Lord Sharon' turun ke bumi bagi menguasai dan menjahanamkan bumi.

Namun cita-cita Drakulat ini telah dihalang oleh seorang penentang jembalang yang bernama Pak Din ( Harun Salim Bachik). Namun Pak Din yang menentang Drakulat secara bersendirian (tidak cukup corumn) telah ditewaskan oleh drakulat dengan mudah. Tahu dirinya akan tewas, Pak Din telah memberikan satu amanah kepada cucunya iaitu Poh Jee (Radhi O.A.G) agar meneruskan perjuangannya menentang jembalang dengan mencari lima lagi penentang jembalang yang di takdirkan akan bersamanya. Mereka dapat dikenali dengan tanda lahir yang sama.

Poh Jee berjaya mengumpulkan kelima-lima penentang jembalang seperti yang diamanahkan oleh datuknya dan berjumpa dengan Pak Guntur iaitu rakan lama Pak Din bagi mempelajari ilmu mempertahankan diri serta mendapatkan peralatan canggih bagi menentang jembalang. Dengan bantuan pak Din, Poh Jee dan rakan-rakannya seperjuangannya kembali ke KL untuk menentang Drakulat.

***

Filem Antoo Fighter ini merupakan sebuah filem di dalam genre komedi-aksi (superhero). Azizi Chunk sewaktu ditemuramah di DSB mengatakan bahawa filem ini sebuh filem komedi serius. Ya...Apa-apalah...yang pasti ianya sebuah filem komedi.

Filem ini kalau tak silap aku merupakan filem pertama lakonan Radhi O.A.G. dan dia telah melakukan satu lakonan yang agak baik dan kelakar, sesuai dengan genre filem ini. Lakonannya bagaimanapun rasanya akan lebih baik sekiranya dia tidak overacting dan menjerit. Tetapi sekiranya lakonan itu sememangnya merupakan satu arahan screenplay yang berkehendakkannya sebegitu. Maknanya radhi telah menjalankan tugasnya dengan baik dan komen ini bukan untuk dirinya. Ehem.

Bagi aku vektor atau agen komedi di dalam filem ini datangnya dari watak pelakon otai iaitu Harun salim Bachik walaupun kemunculannya sebentar. Begitu juga dengan watak Usop Kopratasa iaitu Pak Guntur. Aku tidak menyangka insan yang begitu puitis seperti Usop berjaya membawa watak yang kelakar. Sekarang inipun aku masih tersenyum-senyum mengingatkan satu adegan di mana Pak Guntur yang berambut rasta bertukar menjadi afro dan nada traumatik coolnya " Oh my god..Oh my god". haha.

Komedi Azizi 'Chunk' di dalam filem ini adalah komedi situasi. Elemen Stephen Chow tetapi very the nineties. Yang timbul dari dialog dan juga penciptaan situasi yang kelakar. Bahaya komedi situasi adalah sekiranya dialog atau penciptaan situasi kelakar itu tidak pantas diproses oleh penonton... atau tidak dapat dihadam oleh penonton... atau lebih parah lagi tidak dipedulikan oleh penonton...

Ianya tidak akan jadi 'kelakar'... Dan bagi aku terdapat banyak adegan-adegan di dalam filem ini yang terjadi apa yang dipanggil 'situasi kelakar yang tidak kelakar ini'.

Selain itu, tarikan utama filem ini adalah CGI. Jangkaan aku terhadap CGI di dalam filem ini adalah sangat tinggi. Di Era filem Melayu yang terdapatnya filem seperti CicakMan, harapan penonton (harapan aku sebenarnya) terhadap CGI sudah pastilah tinggi. Dan apabila aku bandingkan CGI filem CicakMan dengan filem Antoo Fighter ini. CicakMan memang melompat lebih tinggi.

Aku tidak cari visual seperti Sin City atau 300, aku juga tidak meletakkan harapan melihat raksasa seperti di dalam HellBoy tetapi apabila aku masih dapat melihat efek Mat Karung Guni, Mat Magik atau Mat Tiga Suku di dalam filem yang dibikin di tahun 2008. Rasanya tidak salah kalau aku terasa sedikit terkilan.

Monsieur George Mellies juga pasti terkejut efek yang diciptanya di dalam 'The Vanishing Woman' masih dipraktikkan di alaf baru ini.

***

Elemen kritis yang ada di dalam filem ini ialah 'Lord Sharon'. Yang ini aku setuju. :)

***

Kesemua di atas adalah pendapat peribadi aku. Ada mamat selang beberapa kerusi dari kerusi aku ketawa berdekah-dekah sewaktu menonton filem ini. Dari dekahan bagai nak rak itu aku membuat kesimpulan dia cukup enjoy sewaktu menonton filem ini.

Lalu aku setuju bahawa komedi itu adalah subjektif bagi setiap individu.

Lagi satu aku setuju dengan kata-kata ' Untuk mengetahui sesuatu filem itu haruslah dengan mata(menonton) bukan dari telinga (dengar).

Maksudnya jangan bersetuju atau tidak bersetuju dengan review aku sehinggalah kamu menontonnya. Ok.

IGOR


Semalam aku berkesempatan ke pratonton filem animasi IGOR yang ditayangkan di Cineleisure Damansara.

Filem animasi?

Yup...filem animasi...haha so what? Filem juga bukan?

Perlawaan menonton filem ini datang dari Mr Ajami sewaktu aku sedang pening kepala untuk menyiapkan kertas kerja terakhir subjek animasi aku.

Haha, kebetulan atau satu yang ironi? Harap-harap ianya merupakan satu petanda yang aku akan dapat 'A' bagi subjek tersebut. Amin.Haha.

Ok mulakan review (ya ini review. Tidak lengkap. Bukan Spoiler)

* * *

Igor merupakan makhluk (manusia?) yang menjadi pembantu kepada setiap saintis jahat/gila di sebuah negara bernama Malaria. Malaria merupakan sebuah negara di mana rajanya iaitu King Malbert menggalakkan inovasi gila-kejam-jahat-tak berakal yang boleh mendatangkan kemusnahan kepada dunia. Ini adalah bertujuan untuk menggugut negara-negara lain di dunia supaya memberikan wang kepada kerajaannya. Oleh yang demikian, negara Malaria telah menjadi tumpuan saintis-saintis gila untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan jahat mereka.

Untuk lebih menggalakkan aktiviti gila ini di negaranya, King Malbert telah mengadakan pertandingan rekacipta inovasi terjahat di negaranya yang diadakan setiap tahun. Saintis yang memenangi pertandingan ini akan diberikan kemasyuran dan kemegahan.


Apabila seseorang itu dilahirkan bongkok, secara automatis dia akan dihantar ke sekolah khas untuk menjadi Igor di negara Malaria yang kerjanya hanyalah menurut perintah/arahan yang diberikan oleh saintis jahat/gila di negara Malaria tersebut. Namun terdapat seorang (satu?) Igor yang tidak berpuas hati dengan kehidupannya yang hanya sebagai pembantu kepada saintis jahat/gila kerana merasakan dirinya mempunyai kepandaian dan bakat melebihi tuannya untuk mencipta satu ciptaan jahat.

Peluang itu tiba apabila tuan kepada Igor tersebut iaitu Dr. Glickenstein mati sewaktu sedang menjalankan program penciptaannya. Tugas itu seterusnya di ambil oleh Igor dengan bantuan dua rekaannya sebelum ini iaitu Brain dan Scamper. Brain merupakan sebuah mesin yang diaktifkan dari seketul otak manusia yang tidak berapa bijak manakala Scamper pula merupakan seekor arnab yang telah mati yang dihidupkan semula. Dengan bantuan dua rekaannya ini Igor telah berjaya menghidupkan satu raksaksa berupa wanita dari bahagian-bahagian mayat manusia.

Namun raksasa ini tidak menjadi satu inovasi yang jahat tetapi merupakan raksasa yang baik dan lemah lembut. Raksasa ini menggelarkan dirinya sendiri sebagai EVA.

Filem ini seterusnya memaparkan pelbagai usaha Igor bagi membentuk Eva menjadi jahat. Pelbagai adegan dan aksi pecah perut berlaku dalam proses Igor memungkarkan Eva tersebut.

Di samping itu terdapat juga komplot untuk mencuri Eva dari Igor yang didalangi oleh seorang saintis jahat popular -flamboyan -tapi tak kreatif bernama Dr. Schadenfreude. Dr Schadenfreude merupakan saintis yang kerjanya adalah mencuri hasil ciptaan terbaik saintis jahat lain tiap-tiap tahun dan ini menyebabkan dia selalu memenangi pertandingan rekacipta inovasi jahat di negaranya sehingga menjadikan dia sangat-sangat popular.

Selain itu Igor juga berhadapan dengan ugutan dari King Malbert yang memerlukan Eva bagi melawan populariti Dr. Schadenfreude di negaranya.

dan......Kesudahan filem ini perlu anda tonton sendiri ok?

***

Sewaktu aku menonton filem ini otak aku tidak akan berhenti dari memandang filem ini bukan sekadar medium hiburan semata-mata. Mana ada filem yang kosong... hatta filem animasi sekalipun.( Baca: filem luar. Filem tempatan mungkin perlu pengecualian dari statement ini. Walao cari nahas...hehe)

Filem ini masih mengekalkan 'roh' dan 'jiwa' horror German Expressionismnya (Lihat setting yang distort dan noir walaupun tidak sejelas The Corpse Bride) serta diadun cantik dengan elemen-elemen Gothic Romantis.

Ya filem animasi ini ada elemen romantis...(bukan jiwang tapi zaman/era. Aku ingin sangat hidup dalam era/zaman ini). Era romantis perkara-perkara hodoh akan dipapar cantik. Neraka itu cantik. Syaitan juga kelihatan comel. Begitu juga dalam filem ini, Igor yang patut huduh dan buruk kelihata comel. Serta Eva adalah frankestein wanita yang juga comel.

Aku juga terhidu sedikit bau-bau feminisme dalam filem animasi ini serta penolakan terhadap apa yang digelar sebagai original sin melalui watak Eva.

Evvilll...evvviill...evvilll...evvaa.. EVA?!

Tapi aku confuse terhadap teori syok sendiri aku ini ( masih dalam perdebatan monolog):

Teori satu:(Teori lapuk dan yang paling klise)

Malaria=Amerika.

King Malbert = The President of United States.

Eva= Senjata pemusnah besar-besaran.

Program King Malbert melancarkan program kejahatannya ke seluruh dunia serta menggugut negara-negara lain bagi keuntungan negaranya = Tindakan kuasa unipolar dunia itu menguasai dunia (atas nama perang menentang keganasan) juga dengan menakut-nakutkan negara yang tidak tunduk pada telunjuknya.

Atau...

Teori dua. (Teori yang juga lapuk tapi paling popular di Barat)

Teori ini sebaliknya. Iaitu menyamakan King Albert dengan manusia yang dilabel U.S sebagai Terrorist (siapa lagi yang dikatakan paling terror di dunia???) yang menggalakkan aktiviti keganasan.

Teori kedua ini adalah berdasarkan bahawa animasi ini adalah keluaran Disney dan sebuah produksi yang mengambil nama sempena peristiwa EXODUS.

apapun yang pasti tagline filem animasi ini adalah :ALL MEN ARE NOT CREATED EVIL.

Jelas bukan mesejnya.

***

Filem animasi ini untuk tontonan seisi keluarga walaupun bagi pendapat aku ianya agak berat untuk kanak-kanak di bawah umur 11 tahun.

Apapun aku enjoy menonton filem ini.

Selasa, 21 Oktober 2008

BUDAK KELANTAN


Hari aku berpeluang menonton pra-tonton filem Budak Kelantan arahan pengarah baru Wan Azli di Cineleisure, Damansara.

Akhirnya!!! setelah hampir setahun menulis blog tentang filem-filem Melayu kami (Aku dan Ikha) akhirnya mendapat jemputan pratonton kami yang pertama. Terima Kasih kepada Mr Ajami yang mempelawa kami ke sana.

Sebelum menonton filem ini, aku sudah tertarik dengan poster Budak Kelantan semenjak kali pertama aku ternampak poster filem tersebut di GSC OneUtama. Poster tersebut walaupun sangat dibenci oleh pengarahnya, namun sangat-sangat 'keras' dan 'lantang' menjerit idea tajuk filem tersebut iaitu BUDAK KELANTAN. Yang paling signifikan, adalah logo bendera Kelantan di poster tersebut.

Filem ini pada awalnya adalah berjudul ' Koya Best' namun disebabkan faktor-faktor yang mungkin dirasakan lebih memberi nilai komersil telah ditukar kepada Budak Kelantan di saat-saat akhir.

Aku secara peribadi, yang mempunyai darah Kelantan di sebelah ibu sangat-sangat teruja untuk menonton filem ini sebaik sahaja ternampak poster filem ini. Selain itu, dengan hanya melihat tajuknya, yang sangat berterus-terang itu, aku secara automatis dapat mengagak apakah cerita yang hendak dipersembahkan. Ini kerana aku yang juga seperti pengarahnya, pernah bergelumang-hidup-mati dengan anak-anak muda Kelantan ( lebih tepat lagi sepupu-sepupu belah ibu aku) yang nakal di KL ini , sangat-sangat mengenali karekter dan sifat-safat mereka. Dan, segala jangkaan aku itu tidak silap sebaik sahaja aku menonton filem ini.

Baik mulakan review.

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua orang anak muda Kelantan yang menetap di KL iaitu Buchek ( Danny X-Factor) dan Jaha (Mohd Asrul Faizal). Mereka berdua adalah rakan semasa kecil dan setelah berbelas tahun tidak berjumpa akhirnya bertemu di Ibu kota (KL).

Buchek sangat berbeza dengan Jaha kerana dia merupakan graduan Universiti manakala Jaha pula berhijrah ke KL selepas tamat persekolahnya di Sekolah Henry Gurney. Perwatakan mereka berdua juga amat jauh berbeza iaitu Buchek berpewatakan Mat Belia manakala Jaha pula sangat-sangat 'gedebe'.

Buchek berminat untuk mengetahui kehidupan Jaha yang sangat bertentangan dengan gaya hidupnya dan akhirnya mendapati kehidupan rakannya itu sangat-sangat 'liar' dan di luar batasan (sila tonton filem ini untuk mengetahui betapa buruk perangainya Jaha). Perangai Jaha ini berkali-kali disindir sebagai 'Amerika' ( Amerika??? tersangatlah subteks ) oleh kawan-kawannya. Ini mendorong Buchek untuk membantu Jaha kembali ke pangkal jalan.

Peluang Buchek untuk membawa Jaha kembali ke sifat 'manusia' yang normal muncul apabila Jaha telah jatuh hati pada teman wanitanya. Buchek merasakan dengan membiarkan 'cinta' wujud subur di dalam hati Jaha merupakan satu-satunya cara membolehkan Jaha bersifat lebih 'manusia' dan seterusnya mengubah Jaha menjadi insan yang lebih 'Hadhari' (ehem..haha). Buchek percaya hanya cinta yang mampu menyelamatkan Jaha. Untuk tujuan ini, Buchek sanggup melakukan satu pengorbanan besar dengan melepaskan kekasihnya kepada Jaha.

Seterusny...opss...aku tidak mahu sinopsis ini mejadi spoiler terhadap filem ini oleh itu, jika anda mahu tahu apa yang berlaku kesudahannya silalah tonton filem Budak Kelantan ini.

***

Secara peribadi filem Budak Kelantan ini bagi aku mencukupi syarat untuk dilabelkan sebagai sebuah filem yang bagus dan menarik ini kerana ianya mempunyai elemen-elemen tersebut.

Menghiburkan- bravo!
Ada sesuatu yang hendak diperkatakan- bravo!
mempunyai identiti sesebuah masyarakat- bravo!

Walaupun mutu dan kualiti warna filem ini agak kurreng (atau berkali-kali disebut sebagai Raw..raw...raw beb...) tetapi bagi sesebuah filem yang mengenengahkan sesuatu isu yang disturb, yang kotor dan jauh dari moral seperti filem Budak Kelantan ini ianya merupakan sesuatu yang sangat-sangat signifikan. Raw ini menjadi satu konsep. ok, boleh diterima.

Filem Budak Kelantan ini juga, yang diakui sendiri oleh wan Azli, merupakan filem yang beraliran Italian neorealism dimana elemen-elemen realistik lebih diutamakan dari elemen-elemen yang bersifat teknikal. Oleh itu dosa-dosa kualiti warna filem yang raw itu tadi harus diampunkan.

Yang sangat-sangat dipuji di dalam filem ini ialah karekter Budak Kelantan yang divisualkan di dalam filem ini amat 'real'. Wan Azli pernah hidup bersama golongan ini, aku juga pernah hidup bersama golongan che awe donde gedebe seperti ini. Aku tahu apa yang mereka buat. Aku tahu bagaimana mereka bercakap,berlawak, selera fesyen ( levi's ori), berjahat, berkacik, bergeh(layan ubat batuk), aku juga tahu sangat perangai gedebe mereka, dan ini semuanya dimuntahkan kembali ke dalam bentuk visual oleh Wan Azli dengan sangat-sangat 'real'. Seperti menonton 'dejavu'. Pengalaman hidup 2 tahun dengan mereka kembali bermain-main dalam kotak memori aku.

Kredit juga harus diberikan kepada Mohd Asrul Faizal yang berjaya membawa watak Jaha dengan amat berkesan -gedebe nok mapuh, jahat macam sial. Aku yang menonton rasa seperti mahu menikam mati si nate gilo Jaha ini. Dah lama tidak nampak pelakon melayu sejahat ini. encore! untuk Mohd Asrulfaizal.

Filem ini tidak mempunyai mala fide terhadap budak-budak Kelantan atau orang-orang Kelantan khasnya. Perangai buruk yang dilakukan oleh budak-budak Kelantan di dalam filem ini juga dilakukan oleh budak Perak, Budak Selangor, Budak Perlis namun signifikan budak Kelantan ini di visualkan merupakan satu perkongsian pengalaman hidup yang jujur oleh pengarah kepada penonton.

Jaha membawa watak jahat gedebe Budak Kelantan manakala Buchek membawa watak baik budak Kelantan yang bijak, lepasan Universiti dan sangat taat kepada agama. Watak Jaha dan watak Buchek ini juga terdapat pada manusia-manusia lain, oleh itu tiada apa masalah dan bagi budok,abe,kakok,pokcik,mokcik,tue',pue' dari kelate usohla raso ter'insult dengan filem ini.

***

Naratif ini terdapat beberapa 'layer' dan secara Explicitnya filem ini mengisahkan tentang perbezaan perwatakan anak-anak Kelantan iaitu Buchek mewakili golongan terpelajar dan Jaha mewakili golongan perantau kelas perkerja, dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Dimana Kelantan dan Kuala Lumpur menjadi satu transisi kehidupan.

Selain itu filem ini juga boleh dilihat dari symptomatic dimana perbezaan latarbelakang kehidupan, menjadikan individu-individu itu berbeza walaupun berasal dari tempat yang sama. Buchek yang latarbelakang hidupnya yang lancar dan normal, berjaya dalam pelajaran, berbeza dari kehidupan Jaha yang 'gelap' dan bermasalah. Akhirnya latarbelakang kehidupan ini membentuk dua individu ini menjad berbeza.

Wan Azli juga cuba mencapaikan mesej 'cinta' dan kasih sesama makhluk di dalam filem ini. Buchek tidak pernah bertindak untuk menghukum Jaha, atau membenci Jaha, walaupun Jaha berperangai seperti syaitan dan pernah bertindak kasar terhadapnya. Pengarah, melalui watak Buchek, cuba menyampaikan mesej bahawa membantu dan membimbing seseorang yang tersesat dari jalan itu adalah lebih mulia dari bertindak menghukum orang tersebut. Manusia tidak sempurna. Oleh itu sikap Hollier than thou harus dibuang jauh-jauh.

Sehingga ke akhiran cerita, hukum karma yang menimpa Jaha tidak melalui manusia. Tuhan yang membalasnya. Di sini hanya tuhan yang boleh menghukum hambanya. Bukan manusia kepada manusia lain.

***

Filem Budak Kelantan, di sebalik tajuk yang sangat 'lantang' ini, merupakan sebuah filem yang agak bagus. Sesiapa yang berasal dari Kelantan harus tengok dan aku pasti kamu akan bersetuju dengan paparan-paparan pengarah terhadap pandangannya terhadap Budak Kelantan. bagi mereka yang dari negeri-negeri lain, juga amat di alu-alukan menonton kerana filem ini lebih dari sekadar 'loghat kelantan'. Ianya merupakan satu paparan kehidupan.

End.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Filem Punggok Rindukan Bulan


Sebenarnya aku telah menonton filem Punggok Rindukan Bulan ini 2 minggu yang lalu di GSC One Utama. Tiket filem ini telah diberikan secara percuma oleh Pak Hassan Muthalib. Sebenarnya kalau tidak mendapat tiket percuma pun aku dan Ikha memang bercadang hendak menonton filem ini. Tetapi bila dah ada yang hendak memberikannya secara percuma, kami sebagai pelajar yang sememangnya sentiasa kekurangan ongkos menerimanya dengan senang hati.

Selain mendapat tiket percuma, perkara menarik yang lain adalah hanya aku dan Ikha sahaja yang menonton di dalam panggung. Haha. sungguh romantis.( dan rupanya agak tidak best sebenarnya menonton di panggung yang kosong.)

Sebelum kami menonton filem ini aku telah sedia maklum bahawa filem ini merupakan sebuah filem Indie dari seorang pengarah muda yang bernama Azharr Rudin. Oleh itu aku sudah membuat persediaan mental untuk menghadam segala rupa bentuk visual yang akan dipertontonkan kepada kami.

Dan sebaik sahaja filem bermula apa yang dipaparkan adalah lebih jauh dari apa yang di jangka. Sesuatu yang tidak dijangka. Oleh kerana itu, aku terpaksa menunggu lebih kurang 2 minggu untuk mengulas tentang filem ini. Sebenarnya, aku ada cuba bersembang mengenai filem ini dengan pensyarah aku iaitu Norman yussof, tetapi tidak berkesempatan sehingga kini.

Oleh kerana itu, aku memberanikan diri untuk mengulas tentang filem ini mengikut fahaman aku. Oleh itu, segala ulasan aku tentang filem Punggok Rindukan Bulan ini merupakan ulasan terhad dan naif aku tentang filem tersebut. Aku rasa majoriti penonton di Malaysia ini juga akan sependapat dengan aku.

Sekiranya ditanya adakah filem ini menghiburkan jawapannya = Tidak.

Sekiranya ditanya tentang adakah filem ini mempunyai sesuatu yang hendak diperkatakan jawapannya = Ya.

Dan sekiranya ditanya adakah filem ini mempunyai identiti jawapannya = Ya.

Filem Punggok Rindukan Bulan ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang rindukan emaknya. Ya, Dialah punggok di dalam cerita ini. Nama dia Sidi. Filem ini membawa kita merasai kekosongan hidup Sidi setelah secara tiba-tiba ditinggalkan oleh ibunya.

Sidi kemudiannya menghabiskan masanya dengan tidur, bermain skate dengan rakannya, mengintai anak gadis sunti orang, Menonton filem porno ayahnya, (fasa menonton porno ini amat rapat dengan jiwa remaja) tidur lagi, main video game dan pergi lambat ke sekolah.Dan makan.

Kekosongan hidup Sidi itu cuba di isi oleh ayahnya , Adman dengan aktiviti memancing. Satu aktiviti yang tidak berjaya menjadi hobi kepada Sidi. Sidi mula berani curi-curi bermain skate, membuat kurang ajar iaitu meludah terhadap seorang pak cik ( yang juga kurang ajar) dan akhirnya setelah segala kebosanan tentang hidup Sidi yang turut dirasa oleh penonton yang juga terasa bosan berakhir dengan amukan Adman dan tangisan Sidi.

Filem tamat secara mengejut selepas footage flat rumah Sidi (flat Bukit Chagar) dirobohkan oleh Jentolak. Ops...mana klimaksnya???

atau mungkin aku sahaja yang tidak terasa klimak???

Ok, kita pergi ke perkara-perkara yang lebih mikro.

Terdapat satu adegan dimana Sidi di biarkan memancing bersendirian di dalam gelap oleh ayahnya yang mahu mencari umpan. Sidi yang kebosanan mula berjalan tanpa arah di dalam gelap dengan menggunakan lampu suluh. adegan ini sangat gelap, aku tidak faham kenapa adegan ini begitu gelap seolah-olah Azharr Rudin tidak menggunakan lampu selain dari lampu suluh tersebut. Mungkin (mungkin disini boleh dibaca sebagai alasan kesalahan teknikal atau memang ianya bermaksud mungkin...haha) mahu penonton merasai kegelapan dan kesunyian hati Sidi???? Tetapi come on, Azharr Rudin...janganlah seteruk itu. Sidi terjumpa lopak air (atau anak sungai??? aku tak tau sebab gelap)... kemudian berpatah kembali dan membaling lampu suluhnya ke dalam unggun api. Dan ini mungkin simbolik Sidi kehilangan penyuluh hidupnya iaitu emaknya???

Aku mengetahui filem ini merupakan sebuah filem Indie tetapi adakah ini menghalalkan segala kehodohan kerja kamera di dalam filem ini??? Terdapat satu shot panning kiri ke kanan yang sangat ketara 'jerk'... juga kerja kamera secara handheld yang nampak tidak kena.

Adakah kerja kamera yang hanyai barai itu merupakan satu gaya atau satu falsafah yang so-called Indie atau satu kesilapan? Yang pasti ia sangat hodoh.

Terdapa satu 'layer' yang tersembunyi tentang hubungan Malaysia dan Singapura di dalam filem ini. Perkara ini amat jelas terdengar secara dietgetic melalui peti TV sewaktu Sidi makan, dan juga melalui dialog Sidi dengan Adman dan Adman dengan rakan sepemancingannya yang berasal dari Singapura iaitu Panjang dan Pendek.(ye ke pun nama watak ni?)

Secara kasarnya aku rasa Azharr Rudin cuba menunjukkan perasaan ramai rakyat Malaysia yang sentiasa mengingati negara Republik itu sebagai sebahagian dari negara Malaysia ini. Namun rasa nostalgic rakyat Malaysia itu ibarat 'Punggok Rindukan Bulan' apabila Singapura yang sudah berpisah dari Malaysia tidak mungkin akan bersatu kembali.

Ya seperti kata Adman, " Singapura itu nampak dekat, tetapi sebenarnya jauh".

Juga terdapat satu adegan di mana Adman mengamuk terhadap rakannya iaitu Panjang dan Pendek yang merupakan warga Singapura yang meminjam keretanya tetapi tidak bertanggunjawab serta membuat acuh tak acuh terhadap kerosakan kereta tersebut.

Penggunaan keris, simbol Melayu, dalam amukan terhadap warga Singapura itu seperti satu amaran terhadap Negara republik itu terhadap isu-isu sensitif yang sentiasa dipandang ringan oleh republik tersebut. Namun, ini sekadar andaian aku mengikut pemahaman aku.

Walaupun secara keseluruhannya aku tidak berpuas hati dengan filem ini, tetapi aku teringin untuk menonton versi festival filem ini. Khabarnya filem Punggok Rindukan Bulan ini mempunyai 2 versi yang mungkin juga merupakan director's cut.

Mungkin di dalam versi festival tersebut terkandung semua elemen-elemen yang hilang yang membuatkan aku keliru dan hilang arah sewaktu menonton filem Punggok Rindukan Bulan ini.

apapun tahniah kepada Azharr Rudin atas cubaan pertama beliau sekurang-kurangnya dia agresif untuk menghasilkan sesuatu.

Jumaat, 10 Oktober 2008

RASUKAN ABLASA.

Semalam aku telah menonton filem yang aku tunggu-tunggu semenjak 2 tahun lepas iaitu filem RASUKAN ABLASA arahan pengarah paling prolifik tanah air iaitu A. Razak Mohaideen..

Kenapa aku tunggu-tunggu? Jawapannya adalah kerana aku turut menyumbang tenaga di dalam pembikinan filem ini sewaktu aku praktikal kira-kira 2 tahun yang lepas. Filem ini juga merupakan pengalaman pertama aku berkerja di dalam sesebuah produksi filem dan sedikit sebanyak aku mendapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan tentang selok-belok perjalanan sewaktu penggambaran.

Ya, bekerja di LineClear walaupun seperti anjing di bawah slogan ' Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing' yang secara teorikalnya telah menjadikan job fucntion itu hanya ilusi ( kalaulah runner dan FnB turut mengibas asap di dalam semak, job fucntion apa kejadahnya...) namun ianya memberi pendedahan awal yang amat berguna kepada aku dalam dunia perfileman.

Filem Rasukan Ablasa ini merupakan sebuah filem di bawah genre seram. Filem ini pada awalnya hanya berjudul Ablasa yang mengikut kata Prof dan Azhari Zain bermaksud 'The Broken Spirit' atau juga 'The root of evil' namun ditambahkan perkataan rasukan di hadapannya supaya tajuknya lebih dekat dengan idea filem iaitu yang mempunyai unsur-unsur 'kerasukan'.

Filem ini telah mengetengahkan bakat-bakat baru iaitu Gambit, Almi Nadia, Hafiz, Fauziah Ghouse dan beberapa orang yang lain yang pada waktu itu merupakan pelakon-pelakon di bawah pengurusan LineClear itu sendiri (kecuali Gambit).

Apabila menyebut pelakon baru, sudah pastilah penonton tidak perlu untuk menaruh harapan yang tinggi terhadap mutu lakonan mereka. Apapun usaha LineClear untuk mengetengahkan bakat-bakat baru haruslah dipuji kerana selain berusaha melatih bakat-bakat yang...ehem..baru... sudah pastilah kos pembikinan filem ini juga turut...ehem..(hahahhaa).

Baiklah mulakan review.

Filem ini bermula dengan prolog seorang penyembah syaitan bernama Omar yang tinggal di Bukit Gemuruh telah membunuh isterinya yang sedang berlaku curang bersama seorang lelaki. Sebelum Melati dibunuh, Melati sempat memberitahu penonton bahawa suaminya ( Omar) adalah seorang penyembah Iblis. Dari setting, prop dan kostum penonton dapat mengagak bahawa masa tragedi itu berlaku adalah puluhan tahun yang lampau. ( non-diegetic teks turut memberitahu penonton bahawa ianya berlaku pada tahun 1957)

Kemudian naratif diteruskan secara non-linear iaitu Ashraf ( Gambit) sedang ditemuramah oleh seorang wartawan atas kejayaannya di dalam pertandingan muzik 'Voice Of Nature' namun Gambit yang kelihatan tidak berminat dengan kejayaannya itu memberitahu bahawa keputusannya menyertai pertandingan tersebut adalah permulaan tragedi ngeri dan malapetaka yang menimpa rakan-rakannya.

Ashraff kemudiannya bertukar menjadi agresif dengan menghempas perakam suara milik wartawan tersebut sebaik sahaja wartawan tersebut terus mengajukan pertanyaan demi pertanyaan tentang bunyi yang telah dihasilkannya

Kerana reaksi agresif Ashraf terhadap pertanyaan wartawan tersebut akhirnya bermulalah siri imbas kembali (flash back ) terhadap apa yang berlaku terhadap kawan-kawannya dan bagaimana mereka boleh dikurung di wad gila.

Secara peribadi, aku merasa agak kecewa dengan filem ini. Perasaan ini mungkin adalah kerana aku yang menjadi salah satu tenaga produksi di peringkat pencacai paling hina yang berkerja separuh mati tidak menyangka final product filem ini sehodoh ini.

Filem yang seharusnya seram ini langsung tidak seram. Hantunya, seperti kata Ikha kelihatan kelakar dengan effect 'glow in the dark' berwarna hijau. Tak ubah seperti kostum halloween. Ditambah dengan mutu lakonan yang...urghh..lebih-lebih lagi lakonan Hafiz yang macam gampang berdialog sambil terjerit-jerit dan memekik.

Tidak keterlaluan untuk menyamakan filem ini dengan filem Mistik yang juga diarahkan oleh Prof dahulu. Elemen ngerinya adalah terpekik dan terlolong tanpa hujung pangkal. Bunyi pekikan dan terjerit-jerit ini mematikan rasa seram terhadap visual di layar perak. Entah kenapa Prof masih lagi menggunakan gaya lakonlayar sebegini.???

Selain itu, efek bunyi 'growl' seperti (suara Danny Filth vokalis band metal 'Cradle Of The Filth ')yang akan kedengaran pada babak-babak hantu akan muncul turut mengganggu mood seram di samping bunyi yang dikeluarkan dari tulang bertanduk Ablasa yang tidak ubah seperti bunyi 'techno' atau 'rave' gagal membangkitkan rasa seram. Tiada bunyi lainkah?

Aku dengan berani mengatakan efek bunyi di dalam filem ini merupakan dosa terbesar yang dilakukan terhadap filem ini.

Begitu juga halnya dengan efek suara seorang watak yang 'kerasukan'. Majoriti penonton di sebelah aku ketawa terkekek-kekek mendengar suara tersebut. Bukan sahaja mereka malahan aku turut tergelak mendengar suara garau 'kerasukan' itu yang mirip suara lelaki perancis bercakap Melayu dengan suara garau. Sungguh ni...aku tak tipu...sangat kelakar!!!

Secara peribadi aku berpendapat filem-filem seram tidak perlu dipenuhi dengan pekikan dan jeritan. Kadangkala sunyi dan sepi itu lebih seram dari suara jeritan ketakutan.

Filem ini berkesudahan dengan munculnya seorang lelaki tua yang hodoh serta misterius secara tiba-tiba yang menawarkan diri membantu Ashraf. ( watak lelaki tua yang misterius adalah amat sinonim dalam filem-filem seram tempatan, kenapa ya???? mereka ada di dalam filem mistik (arwah Ismail Din), juga di dalam filem Congkak(M.Rajoli)) Watak lelaki tua ini sangat kabur dimana datangnya, tetapi sekiranya dilihat dari skrip watak lelaki tua ini sebenarnya adalah budak yang terlibat di dalam kejadian pembakaran rumah Omar yang menyembah syaitan.

Lelaki tua ini telah menjalankan satu ritual untuk menanam kembali ablasa di dalam muka bumi dan akhirnya dia berjaya sekaligus memulihkan kawan-kawan Ashraf dari penyakit gila masing-masing.

filem ini berakhir dengan pengakhiran klise dan stereotaip di mana pengarah akan memberi ruang untuk sekuel filem iaitu ancaman Ablasa ini tidak tamat disitu apabila rakan sekerja Ashraf menjumpai cd yang mengandungi bunyi 'Ablasa' tersebut yang terjatuh sewaktu Ashraf cuba membuang cd-cd tersebut.

konklusinya, filem rasukan Ablasa ini merupakan filem-filem seram stereotaip Pro. Madya Razak Mohaideen. Sekiranya anda meminati filem-filem Prof. seperti filem Mistik, anda mungkin masih lagi boleh terhibur dengan filem ini. Tetapi sekiranya anda mahukan filem-filem seram yang sama tarafnya dengan filem-filem Jepun dan Korea, mungkin anda harus rendahkan sedikit citarasa anda.

Khamis, 9 Oktober 2008

KAMI


KAMI merupakan filem yang mengisahkan tentang kehidupan anak-anak muda yang komplikated. Yang bercelaru dan yang rumit.

Kehidupan anak-anak muda di dalam filem ini merupakan refleksi kehidupan di urban area di mana nilai-nilai moral seringkali bertembung dengan desakan-desakan ekonomi dan seterusnya mewujudkan suasana perhubungan sosial yang rumit. Anak-anak muda yang kekacauan dan terganggu ini kemudiannya akan mencari ruang escapism dan yang paling dekat dengan jiwa mereka adalah muzik.

Oleh kerana itu, filem ini turut mengangkat scene muzik Indie yang amat signifikan dengan falsafah kebebasan dan ruang escapism yang amat di dambakan oleh mereka (golongan anak-anak muda) ini.

Filem KAMI ini merupakan kesinambungan dari siri TV KAMI yang ditayangkan di 8tv kira-kira setahun yang lalu dan kemudianya menjadi satu fenomena di Malaysia di mana semakin ramai anak-anak muda meminati muzik Indie yang menjadi nadi utama siri TV tersebut.

Buktinya, band-band Indie seperti Meet Uncle Hussein, Bittersweet, Hujan dan They Will Kill Us All yang selama ini bergerak secara underground telah dapat diterima ramai dan telah mendapat perhatian dan apresiasi yang sewajarnya.

Ok, mulakan review.

Filem KAMI ini adalah filem kesinambungan dari siri TV KAMI dan ini bermakna kepada penonton yang belum menonton siri TV filem ini pastinya akan sedikit tertanya-tanya pada permulaan awal filem. Ini kerana terdapat banyak perkara penting mengenai watak yang tidak mereka fahami. Soalan-soalan tersebut adalah seperti kenapa Abu dimasukkan ke sekolah pemulihan, Kenapa gambar Ali dan Sofie di jadikan sebagai screensaver di telefon bimbit Sofie, kenapa Boy mengganggu Lynn, Kenapa ibu bapa Ali bercerai dan kenapa Adii ternanti-nanti Vanilla Ice serta etc...etc...

Ya jawapan kesemuanya ada di dalam siri TV KAMI. Walaupun persoalan-persoalan itu akan terjawab di akhiran cerita namun impaknya tidak cukup kuat. Oleh itu saranan aku, sebelum anda pergi menonton filem ini, adalah lebih elok sekiranya anda menonton terlebih dahulu siri TVnya di youtube atau fail-fail torrent ataupun di dalam bentuk dvd.

Bagi mereka yang sudah menonton dan menjadi sebahagian dari fenomena KAMI setahun yang lepas, sudah pasti filem ini merupakan satu peleraian, kemuncak klimaks yang di tunggu-tunggu semenjak berakhirnya siri TV KAMI tersebut.

Segala persoalan terjawab dan segala rahsia telah terbongkar. Walaupun begitu, harga untuk rahsia dan persoalan tersebut adalah amat besar.

Kita(penonton) kehilangan satu watak favourite kita dan ouchhh...itu sangat perit.

Filem ini mengajak penonton melihat ke dalam dunia remaja jauh dari stereotaip filem-filem Melayu remaja yang klise dengan cinta, perangai nakal di sekolah, dan dialog kebudak-budakan. Filem ini tidak menggunakan penyanyi pop sebagai hero dan heroin. Dan filem ini jauh dari menyuruh penonton berjiwang walaupun terdapat scene jiwa-jiwa namun ianya dibuat dengan lebih 'depth' dan bukannya sekadar mengungkapkan 'I love you...".

Filem ini mengajak penonton merasai kekusutan dan kesuraman hidup Ali yang menjadi punca penyalah gunaan dadah yang dilakukannya, begitu juga membawa penonton merasai ketersisihan Abu dari keluarganya dan penyebab dia mempunyai tabiat suka mencuri. Selain itu, penonton dapat mengerti bagaimana seseorang yang bijak seperti Lynn boleh terjebak dengan kegiatan pengedaran dadah dan begitu juga kita dapat melihat bagaimana anak kepada seorang ibu tunggal seperti Sofie terpaksa berhadapan dengan karenah ibunya yang materialistik.

Anak-anak muda yang kelihatan riang ini sebenarnya mempunyai cerita-cerita rahsia yang tersimpan kemas di dalam hidup mereka. Di dalam senyum dan ketawa mereka tersimpan cerita-cerita duka.

Setiap sesuatu yang berlaku mempunyai alasannya dan setiap rahsia yang tersimpan mempunyai sebabnya.

Keseluruhannya aku dan my other half amat terhibur dan berpuas hati dengan filem ini dan kesemua para pelakon harus di beri kredit di atas keberkesanan watak dan lakonan mantap mereka termasuk watak 'Boy' yang memang cool gila walaupun jahat gila babi. Begitu juga halnya dengan skrip yang mantap dan cool di dalam filem ini ( Ini tidak hairan sekiranya Mike yang famous dengan blog Semusim Di Neraka turut terlibat di dalam penyelengaraan skrip filem tersebut.)

Akhir sekali, sekiranya anda seseorang yang gemarkan kelainan di dalam filem-filem Melayu, filem KAMI ini merupakan sebuah filem yang tepat tergolong di dalam kumpulan filem tersebut.

p/s - gambar poster di atas diambil dari blog hebat ini.

SENARIO EPISODE 1


Aku pasti hampir setiap warga Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu mengenali kumpulan lawak tersohor yang bernama Senario ini. Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan yang popular yang mempunyai peminat dari setiap lapisan umur masyarakat.

Kita dapat lihat betapa kuatnya dan besarnya pengaruh kumpulan lawak ini sehinggakan perkataan SENARIO itu telah sinonim dengan kumpulan tersebut, maksud aku di sini ialah apabila seseorang itu mengungkapkan perkataan senario atau terbaca perkataan senario, pastinya secara automatik akan terbayang wajah Wahid, Azlee dan Lan Pet-Pet berserta lawak-lawak slapstik mereka walaupun perkataan senario itu juga mempunyai maksud yang lain selain dari menjadi nama kumpulan tersebut.

Aku masih ingat kira-kira 10 atau 11 tahun lepas aku menonton filem pertama Senario iaitu Senario The Movie, dan aku masih ingat betapa aku yang ketika itu berumur 14 tahun berdekah-dekah bagaikan orang gila di dalam panggung. Begitu juga apabila aku menonton filem Lagi-Lagi Senario. Kedua-dua filem ini telah di arahkan oleh Aziz M. Osman

Kemudian filem Lang Buana arahan Mamat Khalid turut menampilkan kumpulan lawak tersohor ini sebagai teraju utama. Filem itu walaupun tidak mendapat sambutan yang hangat tetapi telah memenangi anugerah khas juri di Festival Filem Malaysia. Filem ini juga telah memperkenalkan aku dengan Mamat Khalid dan filem ini juga tidak gagal membuatkan aku terbahak-bahak.

Selain itu, aku turut menonton filem Senario XX arahan Aziz M. Osman, filem komedi yang mempunyai unsur-unsur Sci-Fi dan kesan-kesan khas yang menghiburkan. Di dalam filem ini sekali lagi kumpulan lawak senario ini membuatkan aku tidak kering gusi di panggung. Selain kumpulan lawak tersebut filem, ini turut dibantu oleh Saiful Apek dan Yassin yang juga merupakan pelakon komedi yang hebat.

Pada tahun 2006, sebuah lagi filem yang menampilkan Senario ditayangkan iaitu berjudul Pemburu Emas Yamashita. Walaupun pra tonton filem ini ditayangkan di Uitm, tetapi sehingga kini aku masih lagi belum menonton filem tersebut.

Akhirnya, tibalah giliran filem terbaru Senario yang masih lagi ditayangkan di panggung iaitu filem Senario Episod 1. Filem ini merupakan filem Senario pertama arahan Ahmad Idham dan merupakan usahasama Metrowealth dan Grand Brilliance. Filem ini telah berjaya mendapat kutipan 3 juta dalam masa 3 hari tayangannya.

3 juta dalam masa 3 hari? wow...banyak tu.

Kelakar sangatkah filem ini sampai berjaya mendapat keuntungan sebanyak itu? Bagus sangatkah filem ini? Apa Syiokk sangatkah filem ini?

Secara peribadi, diulangi secara peribadi, aku merasakan filem Senario terbaru ini agak... hurmm...tidak sepatutnya begitu. Filem ini pada pandangan aku merupakan filem terburuk yang pernah dilakonkan oleh Senario.

Filem ini adalah filem Senario dan filem Senario seharusnya kelakar tetapi kenapa aku rasa kelakar atau lawak di dalam filem ini sangat-sangat...maaf untuk dikata...tidak bijak dan kurang bijak sehinggakan aku terasa diperbodohkan. Rasa diperbodohkan itu bukanlah sesuatu yang kelakar bagi aku dan aku rasa ramai yang menonton filem ini sependapat dengan aku.

Secara tidak langsung filem ini telah gagal memenuhi kriteria pertama yang perlu ada pada sesebuah filem iaitu sesebuah filem itu seharusnya menghiburkan. Filem ini tidak kelakar malahan menghina intelektual dan ianya secara automatik tidak menghiburkan bagi aku.

Aku sudah bosan dan mual dengan lawak mata juling dan aksi serebrum palsi Azlee, Juga lawak terjerit-jerit merapu dengan bunyi trumpet tanpa biji butir Lan serta lawak langsing bingit loghat Perak yang terlampau di melerek-lerekkan WahiD. ( Teman Oghang Peghok jugok yeop, takde pulok cakap ghupe itu).

Maaf. Aku tidak terhibur.

Yang kedua, filem juga seharusnya mempunyai sesuatu yang hendak diperkatakan. Mari kita tengok apakah yang hendak diperkatakan oleh filem ini.

Filem ini cuba memberi mesej...err... lakukanlah apa sahaja bagi mencapai cita-cita... er ye ke itu mesej dia? atau...err... MATLAMAT MENGHALALKAN CARA dengan lakukan apa sahaja baik bermoral ataupun tidak asalkan matlamat itu dicapai?..er..ke filem ini memang tidak ada apa yang hendak diperkatakan atau sememangnya tiada mesej yang hendak disampaikan?

Rasa-rasanya?

Aku tidak nampak perkara yang hendak diperkatakan jauh sekali mesej atau moral yang baik di dalam filem ini. watak Lan Pet-pet amat kurang ajar, terutamanya sewaktu adegan dia memarahi pelanggan yang datang mengadu akibat ubat yang dijual kepadanya salah. Adakah ini kelakar?

Azlee pula mencuri ayam dan mencuri telur ayam di ladang ternakan ayam tempat dia mencari rezeki. Azlee sanggup mencuri untuk datang ke Kuala Lumpur bagi sesi uji bakat. Tepuk- tepuk tangan semua... satu contoh moral yang bagus untuk adik-adik yang datang menonton. Mujur watak Wahid sedikit putih dari watak-watak yang lain.

Jalan ceritanya pula...

Filem ini cuba membawa penonton menelusuri kehidupan 3 orang lelaki ini untuk jadi pelawak, kisah ketiga-tiganya silih berganti dan kadangkala tidak mempunyai signifikan di antara satu sama lain.

Setelah melakukan kegiatan yang tidak senonoh, mereka akhirnya berjaya ke Kuala Lumpur dan kemudiannya menghadapi pelbagai cabaran yang mengarut (hahahaha...adoih...) dan akhirnya berjaya menyertai ujibakat yang menjadi matlamat mereka namun akhirnya mereka gagal. Namun begitu mereka tetap menjadi pelawak yang berkerja di zoo apabila seorang pengurus zoo ( Zaibo) konon-kononnya menyedari bakat mereka sewaktu sesi ujibakat tersebut.

Disini aku tidak nampak signifikan adegan perompak yang menyerupai wajah mereka bertiga yang muncul di awal scene dan kemudiannya di tengah-tengah scene yang menyebabkan mereka bertiga di tahan di lokap. Kalau ada pun signifikannya ianya sangat longgar dan tidak memberi impak. Mungkin scene tersebut digunakan bagi menemukan mereka bertiga di Kuala Lumpur tetapi ianya seperti tidak memberi makna yang besar kepada jalan cerita.

Selain itu, aku tidak faham kenapa Ahmad Idham harus mengulangi lawak-lawak yang sudah berpuluh tahun lepas telah di persembahkan mereka sewaktu program Sinaran Pasport Kegemilangan dahulu?

Adakah alasannya adalah kerana ianya filem ini merupakan prequel? iaitu episod 1?

hurm...(mengeluh lagi..maaf!!)

Aku secara peribadi berpendapat masalah filem ini berpunca dari kegagalan Ahmad Idham sebagai pengarah yang mengarahkan filem ini. Ahmad Idham tidak dinafikan merupakan pengarah yang hebat dan berbakat yang mampu menjayakan filem seram seperti Jangan Pandang Belakang dan filem aksi serius seperti Remp-It dan Impak Maksima namun di dalam filem komedi ini, Ahmad Idham seakan-akan ketandusan idea dan tidak berjaya mengawal lakonan kumpulan Senario tersebut.

( Aku pernah melihat pelakon-pelakon Senarion ini berlakon di lokasi, ya..aku tahu amat sukar mengawal mereka dari membuat adlip mengubah skrip dan mengexaggerate lakonan mereka.)

Namun kumpulan Senario ini adalah boneka pengarah yang boleh dieksploitasikan bagi menghasilkan filem-filem komedi yang menarik. Buktinya Aziz M. Osman berjaya mengeksploitasikan mereka, begitu juga dengan Mamat Khalid. Mereka sangat-sangat kelakar dan lawak di dalam filem-filem Senario terdahulu.

Namun sekiranya lakonan dan skrip itu sememangnya kehendak Ahmad Idham sendiri, ini bermakna kesilapan itu berpunca dari pengarahan dan bukannya lakonan.

Harapnya Ahmad Idham tidak mengulangi lagi filem-filem sebegini dan belajar dari kesilapan ini..err..kesilapan ke?

Ironi sungguh apabila mengatakan sesuatu yang memberi keuntungan berjuta-juta seperti filem Senario ini merupakan sesuatu kesilapan. hahaha.

Tetapi itulah senario industri perfileman kita. wink.