Rabu, 24 Disember 2008

Histeria


Sepanjang bulan Disember ini, aku telah meraikan dua perkara yang amat bermakna dalam hidupku. Pertama : kejayaanku mendapatkan Anugerah Dekan buat kali kedua berturut turut sepanjang 2 semester pengajianku dalam bidang filem (walaupun pada semester ini takhta pelajar terbaik fakulti jatuh ke tangan Ares.. :) ) dan kedua : aku menyambut hari ulangtahun kelahiran dan keperitan ibu melahirkanku semalam, 23 Disember dimana genaplah 22 tahun aku bernafas di muka bumi ini.

Sebagai hadiah bagi kedua perkara diatas, aku telah dibawa ke Sunway Lagoon untuk berseronok dan pada sebelah malamnya aku telah menonton Histeria di TGV Sunway Pyramid. Walaupun agak keletihan, aku cukup teruja untuk menonton hasil karya sutradara James Lee, iaitu filem pertama bergenre seram yang diarahkannya. Aku amat meminati stail pengarahan beliau dalam karya sebelumnya ‘The Beautiful Washing Machine’ dan menaruh harapan yang agak tinggi melalui Histeria ini.

***

Sutradara James Lee mempertaruhkan 7 pelakon muda yang amat berbakat, namun sayangnya penggunaan pelakon muda yang cukup talented seperti Liyana Jasmay seperti tidak di ulitised sepenuhnya, namun aku cukup sukakan watak Alyssa lakonan Scha yang bertenaga dan menjadi ketua bagi kumpulan ‘The Pink Ladies’. Dan oh, special effect make-up yang sangat real, berjaya menimbulkan impak yang agak besar buat para penonton. Tahniah kepada Ella Sandera yang amat pakar dalam bidang itu.

Dari segi naratif, Histeria mempunyai jalinan naratif yang agak mudah difahami, bermula dengan jeritan Murni dengan baju yang dipenuhi darah dan disusuli dengan babak flashback tentang kejadian yang berlaku 4 hari sebelumnya, serta tragedi yang menimpa mereka. Namun filem ini agak slow, sehingga aku seperti merasakan masa berlalu dengan begitu lambat di panggung semasa cerita diputarkan.

***

Sinopsisnya...

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar dengan gelaran ‘The Pink Ladies’ dan mempunyai bracelet berwarna pink yang sama (cute, kat mana boleh aku beli ya??) terdiri daripada 6 orang ahli iaitu Murni, Alyssa, Kerek, Tini, Marina, Junita yang didorong oleh jiwa remaja mereka lalu mendownload jampi serapah dari internet untuk diaplikasikan pada sebuah busut di belakang sekolah (wah...sangat pandai..)... Lalu mereka didenda oleh pengetua untuk tinggal di sekolah permulaan musim cuti sekolah selama tiga hari bagi membersihkan kawasan sekolah dan diawasi oleh Cikgu Helmi, dan Zeta, seorang pengawas yang baru berpindah (dah setahun kira baru ke??)

Dek kerana kumpulan ini agak terkenal di sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Tinggi TunTeja, maka mereka turut berjaya merekrut Zeta, pengawas tersebut menjadi ahli baru kumpulan mereka melalui satu ujian yang perlu Zeta tempuhi, iaitu bermalam semalaman di makmal yang dikatakan berhantu!

Bagi lebih menghangatkan cerita, Zeta adalah merupakan seorang lesbo dan menaruh minat terhadap Alyssa, (namun tiada adegan hampir berciuman di pawagam seperti yang heboh diperkatakan oleh rakan bloggers yang telah menghadiri pratonton, mungkin telah dipotong oleh LPF bagi mengelakkan spekulasi.) Hal ini telah membuatkan hubungan rapat diantara Alyssa dan Murni , pelajar yang sentiasa dibuli dalam kumpulan tersebut, semakin renggang. Selain itu, penonton juga dijamu dengan skandal diantara Junita dan Cikgu Helmi yang membuatkan Junita mendapat keistimewaan dalam aktiviti pembersihan sekolah tersebut.

Namun pada sebelah malamnya, keadaan sekolah bertukar menakutkan. Satu demi satu pelajar terbunuh, termasuk Cikgu Helmi dan kesemuanya menunding jari kepada tukang kebun yang dikatakan membela jin. Apa sebenarnya yang berlaku?Siapa pembunuh sebenarnya?Mengapa hanya Murni yang terselamat?

***

Tidak banyak yang mampu aku perkatakan tentang filem ini kerana kesemua unsur- unsur keseramannya sudah 'terhidang' di depan mata. Namun, pada pandangan peribadiku hantu yang ditonjolkan dalam filem ini hanyalah sesuatu yang biasa dilihat, tidak banyak kejutan dan ianya hanyalah sebuah kisah seram dari asrama seperti yang biasa kita dengar ketika zaman persekolahan dahulu, bezanya cuma hantu ini kuat membunuh, dan walaupun pada jampinya dikatakan hantu ini hanya makan telur ayam sahaja namun divisualkan hantu tersebut membunuh dengan menerkam dan menggigit gigit mangsanya hingga muka herot berot..haha..

Dan aku juga agak hairan, musim cuti sekolah sudah bermula, namun apa relevannya kesemua pelajar tersebut masih berpakaian sekolah bagi melakukan tugasan mengutip sampah dan membersihkan sekolah tanpa ditemani guru? Bukankah mereka sepatutnya berpakaian sukan?

Bagi penggemar filem seram, eloklah menonton filem ini kerana walaupun tidak sehebat filem seram yang lain, sekurang- kurangnya James Lee telah berjaya membuatkan filem ini menjadi "sesuatu".

***

P/s: Menulis dalam keadaan demam memang membuatkan aku kering idea.

7 ulasan:

deennasour berkata...

kat perenggan pertama membuatkan aku tersedak kat mcD nih, sambil berkata WOW!!!

hebat lah kau and ares. SALUTE!!!
taun depan insyaallah aku plak masuk uitm. bersawang dah sijil stpm aku tu.tak sambung2 degree.

aku tak puast hati histeria.hehehe

Sinefelia berkata...

haha...thanks..

bagus tu kalau kau nak masuk uitm, kalau kau nak apply jadi junior aku pun boleh.. :)

lepas tengok histeria, aku terus muntah muntah dan demam sampai sekarang...

histeria aku...

hady berkata...

wow
mmg kagum lah, anugerah dekan
kalau bebudak archi (like me)
memang mimpi je lah nak dapat anugerah dekan, payah nya.....!

neway, blum sempat nengok histeria
entah bila baru balik mesia
tapi sangat tinggi harapan
coz tau yg james lee mmg hebat

rasanya filem ni compared to SUSUK, mana lebih hebat?

kamarul arifin berkata...

aku blum tgk histeria.tp transporter 3 mmg style.bkn kau aja yg terpikat dgn keseksian jason statham 2, aku pn terpikat gak.haha.

tahniah eh sb dpt dekan.

Sinefelia berkata...

hady - James Lee memang hebat, tapi rasanya filem seram bukan kepakarannya.

Jangan menaruh harapan yang tinggi pada Histeria, ianya hanya seperti sebuah filem seram yang biasa.

Saya lebih sukakan susuk, personally.. :)

Jeffry - Thanks, aku tahu kau memang sukakan lelaki tegap macam itu..haha..

soldier of art berkata...

hai, aku tau pasal blog korng kat kosmo hari ni lah..
aku mmg ,mncari medium untk bncang pasal filem ni..

Sinefelia berkata...

mohd - blog ini memang terbuka untuk sebarang perbincangan tentang filem...

and u are invited... :)