Jumaat, 5 Disember 2008

TRANSPORTER 3



Buat pertama kalinya aku telah menghadiri pratonton filem Transporter 3 di Cineleisure, Damansara secara berseorangan kerana Ares sedang berada di Perak bagi menghabiskan musim cuti semesternya. Aku sedar aku bukanlah orang yang sesuai untuk menulis review bagi filem ini kerana aku lebih sukakan filem-filem bergenre fantasi dan sains fiksyen berbanding Ares yang sememangnya gemarkan filem aksi dan letupan sebegini.

Bak kata rakan blogku Ray dan Megat, filem ini sama sekali tidak sesuai untuk ditonton oleh sekalian para pesakit jantung, ibu-ibu mengandung, pesakit kencing manis, diabetes dan sebagainya bagi memastikan kemandirian kehidupan mereka.haha..

Filem ini, seperti yang anda sedia maklum adalah merupakan francais ketiga dalam siri Transporter. Aku yang tidak pernah menonton 2 francais sebelumnya menjangkakan bahawa filem ini mungkin akan menimbulkan banyak pertanyaan dari segi naratifnya, kerana ianya mungkin bersangkut paut dengan filem terdahulu namun aku silap. Filem ini yang sarat dengan aksi menpunyai jalinan naratif yang....erm....walaupun tidak terlalu mudah namun masih mampu aku fahami dan tidak membosankan berbanding dengan kebanyakan filem francais yang lain.

Menariknya filem ini adalah penggunaan elemen seni mempertahankan diri dari Benua Asia iaitu kungfu ,melawan penggunaan senjata moden iaitu pistol yang dilihat menggambarkan ketangkasan dan kekemasan seni beladiri tersebut. Dan ya, aku sukakan heronya Frank Martin lakonan mantap Jason Statham yang kelihatan sangat sexy pada kanta mataku, berbanding dengan heroinnya Valentina yang mempunyai wajah yang...hurm...eksotik namun freckles yang memenuhi wajahnya itu agak membuatkan aku merasa annoyed. (maaf, ini bukan atas dasar cemburu sesama kaum wanita..haha..)

***

Ok, cukup tentang pelakon. Filem ini mengisahkan tentang syarikat pembuangan sisa berjadual, ECOCORP yang telah membeli hak pembuangan sisa toksik di Ukraine. Namun, masalah terbesar mereka adalah Menteri Alam Sekitarnya yang telah merancang strategi pembaikpulihan alam sekitar secara besar besaran, bermakna, pembuangan sisa toksik di mana-mana sudut negara itu adalah diharamkan sama sekali.

Hal ini menimbulkan kesulitan buat pihak ECOCORP, yang memerlukan tandangan menteri itu sebelum mampu beroperasi, dan mengupah Jonas Johnson, bekas ahli Delta Force untuk mendapatkan tandatangan tersebut bagi pihak mereka. Jonas kemudiannya telah mengugut menteri itu dan memaksa Frank Martin membantunya dalam penghantaran 'Pakej' tersebut di tempat yang telah mereka tetapkan melalui sistem GPS kereta yang dipandu beliau.

Dari titik tersebut bermulalah tugas Frank Martin dalam misi penghantaran 'Pakej' ke destinasi yang dirahsiakan bertemankan seorang gadis manis, Valentina dengan gelang tangan berteknologi tinggi yang akan meletup sekiranya mereka berada lebih dari seratus kaki dari kereta tersebut. Dari sini bermulalah episod perjalanan yang mendebarkan dan dipenuhi aksi-aksi hebat dan mengujakan dalam usaha Frank Martin bagi merungkai rahsia tujuan sebenar penghantarannya dan misteri identiti Valentina.

***

Filem ini sangat disyorkan oleh aku kepada pada pencinta filem aksi yang dalam masa yang sama dahagakan momen- momen romantik bersama pasangan. Filem ini mampu mencetuskan idea idea baru bagi mengharmonikan rumah tangga kalian (Itupun jikalau kalian berani mencuba aksi tarian yang baru dan bertubuh sasa seperti heronya... :) ).

Selain itu, mesej kesedaran jalanraya turut diselitkan oleh heronya dan disebutkan secara pengulangan, dengan ayatnya,'fasten your seatbelt'. Mesej ini sesuai dengan saranan pihak kerajaan Malaysia yang telah mewar-warkan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang kereta berkuatkuasa 1hb Januari 2009. Haha..

Terdapat juga banyak dialog pengulangan di dalam filem ini, dan babak yang dilihat mempunyai similarity contohnya babak memancing pada pengawalan cerita diantara Frank Martin dan Inspektor, yang diulangi pada babak terakhir filem ini.

***

Secara kesimpulannya, banyak lagi yang ingin aku bincangkan di sini mengenai plot dan naratif, namun aku tidak mahu ianya menjadi spoiler pada kalian yang ingin menontonnya kelak.

Filem ini aku rasakan amat berbaloi ditonton oleh mereka-mereka yang gemarkan aksi dan letupan. Pergilah menonton di pawagam berhampiran hari ini.

Haa...apa tunggu lagi??? Pergi lah sekarang...

7 ulasan:

Wawa berkata...

me suka citer ni. tp babak tangan putus kt tingkap kete tu masih menghantui fikiran ku... =O hope to see u again soon =D

deennasour berkata...

aku tahu kenapa kau katakan hero itu seksi.
kerana kau suka babak dia tak pakai baju

KATAKAN YA WAHAI IKHA!
mwahahaha
*balas dendam kat entry butoh ajami.:P

p/s : boleh tak kau bykkkan lagik option identiti utk komen tu....

Ikhares berkata...

miss wawa- me lagi suka..tapi asyik kena tutup mata 'little wawa' je...

ye la, dia kan belum cukup umur..hehehe..


deen- ala, aku tahu kau pun suka...haha...

deennasour berkata...

erk?
aku bukan gay. tak hengen

Rfq berkata...

u described it so briefly.that`s why u`re a film student.good luck for that. :D

Ikhares berkata...

deen- eleh, malu2 pulak nak mengaku dekat aku...tak apa, aku open minded lor..

thi hi hi...kalau jumpa aku dekat luar nanti jangan kau ambil pisau dan tikam aku pula ye~~

Rfq- thanks :)...

lin berkata...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室