Khamis, 21 Ogos 2008

SUSUK


Susuk.

Ini adalah tajuk filem terbaru arahan pengarah kontroversi Amir Muhammad iaitu pengarah yang pernah mengundang kontroversi melalui filem dokumentarinya iaitu The Last Communist.

Selain Amir, Naiem Ghalili turut mengarahkan filem seram ini.

Ayat pertama jika di tanya adakah filem Susuk ini berbaloi untuk di tonton, jawapannya adalah ya dan tidak.

Ya sekiranya kamu adalah seorang penonton filem yang high level yang dapat bersabar dengan plot naratif yang bagaikan jigsaw puzzle serta dapat menghayati setiap patah dialog serta dapat menginterpretasikan segala mis-en-scene yang di paparkan di dalam filem tersebut.

Tidak pula adalah kepada mereka yang mahukan plot drama seram mudah. Atau kepada mereka yang mahu menonton kerana mahukan hiburan dari rasa seram semata-mata tanpa mahu memeningkan kepala untuk menyimpulkan plot-plot yang berterabur itu.

Filem ini menggunakan plot naratif yang non-linear dan ianya hanya disimpulkan di akhiran cerita di mana penonton akhirnya diperjelaskan bahawa plot naratif yang mereka tonton di awal cerita adalah bertindihan.

Di akhir cerita barulah kedengaran penonton berbisik

"ooo...Suzana tu lah Soraya tadi"

Namun ada juga yang merungut

" Aku tak faham langsung cerita ni..."

Hahaha.

Ok terus kepada sinopsis, Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang berkerja sebagai pembantu jururawat namun bercita-cita mahu menjadi penyanyi bernama Soraya( Diana Rafar).
Hidupnya berubah setelah pada suatu hari di telah bertemu Rozana di konsert dan secara kebetulan atau kurang pasti kenapa, Rozana tertarik untuk berkawan dengan Soraya yang telah membantu rakannya Mona yang pengsan akibat pemakaian Susuk.

Rozanalah yang bertanggunjawab memperkenalkan Soraya kepada susuk. Dialog mautnya yang akan diingati sampai mati adalah...

" Susuk itulah yang membezakan antara artis dengan orang biasa"

woooo...dahsyat.

Setelah dibawa Rozana bertemu dengan seorang bomoh, Akhirnya Soraya mengambil langkah berani untuk turut memakai susuk.

Namun, walaupun sudah memakai susuk, karier nyanyian Soraya masih lagi sukar sehinggalah akhirnya dia bertemu dengan seorang dukun yang amat hebat iaitu 'Dukun Dewangga' (lakonan Adlin Aman Ramli).

Dukun itulah akhirnya berjaya menukar Soraya menjadi seorang bintang yang bernama Suzana dan dalam masa yang sama menjadi seorang syaitan dengan susuk keramatnya.

Filem ini di lihat sebagai satu sindiran. Terutamanya kepada masyarakat melayu yang masih lagi mempercayai amalan karut ini. Walaupun negara sudah maju, tetapi amalan-amalan bidaah ini masih lagi di amalkan terutamanya mereka dari golongan artis.

Selain itu, secara peribadi, penulis menterjemahkan ritual 'susuk keramat' di akhir cerita adalah sebagai satu bentuk sindiran sosial kepada masyarakat melayu yang sanggup berbuat apa sahaja sehingga kehilangan jati diri semata-mata untuk mencapai sesuatu yang diidamkan.

Di dalam ritual tersebut diperlihatkan Dukun Dewannga telah menggunakan pelacur yang berambut blonde (yang penulis percaya adalah metafora kepada budaya asing atau budaya barat yang kotor dan hina) telah dikorbankan dan kemudiannya kulit dan daging pelacur tersebut telah berasimilasi dengan tubuh Soraya (iaitu metafora kepada remaja melayu yang naif yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai cita-cita) sehingga bentuk wajah dan tubuhnya telah bertukar menjadi seseorang yang lain.

Ianya boleh difahami dengan teori di bawah:

Pelacur berambut blonde + Soraya =Suzanna yang dipuja ramai.

Budaya asing + jiwa Melayu= Kejayaan tetapi kehilangan jati diri.

Ini hanyalah pendapat penulis semata-mata. Mungkin salah. Namun berfikir dan salah itu adalah lebih baik daripada tidak berfikir langsung. Betul? hehe.

Kesimpulannya, setelah menonton dua kali filem ini, penulis dengan yakin dan berani meletakkan filem ini sebagai sesuatu yang brilliant atau sebuah filem Melayu yang bijak dan berisi.

Bagi kamu yang belum menonton filem ini. Tontonlah filem ini. Letakkan diri kamu sebagai penonton Malaysia yang high level. Namun, pastikan anda menonton sehingga tamat credit title.

Sebab apa?

adalah.... wink.

5 ulasan:

Amir berkata...

Terima kasih untuk ulasan anda dan sebab tonton dua kali ;-)

Ajami Hashim berkata...

suka & setuju dgn ur 'teori'.. congrats!

[r][a][y] eusouff berkata...

kritikan yang mudah difahami.

Bukan seperti sesetengah kritikan yang terlalu teknikal seolah-olah ditujukan kpd pembuat filem itu shaja.

Mungkin mereka lupa, penonton tak tahu semua itu ...yang mereka tahu hanya "They enjoyed watching the film or not"

wahh gituuuu
yoyooh je kan?

hady berkata...

i love the film!!!
brilliant!!
memang respek sama itu amir muhammad!!

norfadhlina berkata...

sy nak buat thesis tentang filem susuk. mcm menarik dan banyak mesej yng boleh reveal lg dalam filem ni. sy nampak filem ni tentang politik. dr point of view sy la. kalau salah, minta maaf.