Sabtu, 11 April 2009

Talentime... apa sudah jadi?

Talentime, filem Yasmin yang mendapat pujian ramai  terutama dari blogger-blogger filem, termasuk blog kecil ini, tidak berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. Ini dapat dilihat dari hasil jualan tiket yang hanya disekitar (atau tidak sampai) Rm 500 ribu setakat yang aku tahu.

Apa yang menyebabkan perkara ini terjadi?

Mengikut survey yang aku lakukan terhadap beberapa penonton Melayu secara rawak, aku mendapat respon ini.

1. Talentime adalah kembar Sepet dan Gubra. Kebanyakan penonton tidak mahu melihat cerita yang seakan sama berulang kali. Mereka mengambil keputusan untuk menanti kemunculan Talentime di dalam bentuk DVD haram. 

2. Harith Iskandar dan Adibah Nor. Mereak tidak mahu menonton pelakon yang sama dan membawa watak yang hampir sama berulang kali. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk menantikan kemunculan Talentime di dalam bentuk DVD haram.

3. Strategi promosi yang mengelirukan. Trailer Talentime di TV disalah tafsir sebagai satu iklan/komersil produk kecantikan. Ini kerana sangkaan mereka Talentime di sini merupakan jenama bedak terbaru dari Silky Girl dan bukannya sebuah filem.  

4. Talentime adalah satu tajuk filem di dalam perkataan bahasa inggeris. Majoriti penonton yang menggunakan 100 peratus komunikasi di dalam bahasa Melayu sehari-hari tersalah sangka bahwa filem ini merupakan filem orang putih . Sekiranya tajuk filem ini ditukar kepada ' Malam Pesta Muda Mudi' kemungkinan besar sambutan terhadap filem ini akan berbeza.

5. Trailer yang menggelirukan bagi sebuah filem Melayu kerana 'lagu' orang putih yang dinyanyikan oleh Hafiz. Ini menyebabkan penonton menyangkakan filem ini di dalam bahasa Inggeris. 

6. Lagu Urdu sewaktu trailer, (apa ntah nama tajuknya itu...Ore Piya...kalau tidak silap) telah mengelirukan lagi identiti filem ini. Kekeliruan dan ketidak jelasan penonton terhadap filem ini telah mengakibatkan mereka tidak berminat mengambil risiko kehilangan Rm8-12 secara sia-sia.

7. Hero dan heroin yang tidak dikenali. 


Ini adalah antara jawapan yang diterima dari survey yang aku lakukan. Mungkin ada blogger lain yang mempunyai pandangan kritis mereka sendiri tentang hal ini.

Apapun penonton telah bersuara...

17 ulasan:

Ehsan Ismail berkata...

Hasil karya Yasmin sememangnya sudah mencapai standard antarabangsa. Teknik kamera shooting yang bagus dan penuh dengan pola emosi.

Bagi saya setiap sudut karyanya execellent.

Lakonan Jacyln Victor excellent. Very natural.


Cuma....satu saja. Pelakon bukan Melayu harus bekerja keras untuk menempatkan diri mereka dalam filem berbahasa Melayu. Saya percaya ini boleh, sebab kita dah satu Malaysia. Sudah terbukti. Kunpulan Alleycats sudah memahaminya.

Contoh di Hollywood pun, kalau pelakon Cina rakyat US,India, Blacks atau bangsa Red Indian mestilah berkerja keras untuk menempatkan diri mereka dalam filem berbahasa Inggeris. Jackie Chan pun bertungkus lumus untuk masuk ke dalam dunia filem Hollywood, walaupun dia asal dari Hong Kong.

Begitu juga rakyat Hong Kong keturunan Mat Salleh, mesti kerja kuat untuk bersama-sama pelakon Cina dalam filem Hong Kong.

Maknanya, kita mesti berpaksi kepada bahasa kebangsaan dalam sesebuah negara untuk kejayaan filem tersebut. Rakyat sesebuah negara harus akui bahasa nasional negaranya sendiri walau apa bangsa sekali pun.

Cuma penerbit filem di Malaysia mesti cari satu formula baru, bagaimana hendak menarik bangsa bukan Melayu untuk berduyun-duyun melihat filem berbahasa Melayu.

Yasmin telah melakukan yang terbaik ....

MORIBAYU berkata...

cerita ini ada sisi , cerita cinta remaja -
tapi terlalu berat untuk ditelan oleh seorang budak berumur 17 tahun.

ramai my fren yg dah tua bangka pun tak suka filem ini....

tergantung katanya .....

apa2 pun mana tahu , jualan dvd akan lebih menguntungkan. kannn

NAZ berkata...

tak sangka pulak tak laku.
saya juga dapat feedback yg bgs dari kawan2 lain.

susunan muzik juga memang lar ada klas tapi ia membelakangkan identiti filem. tgk citer slumdog. soundtrack pussycatdolls yg nyanyi tapi bahasa dan muzik masih mggambrkan identiti industan :)

dan yasmin ahmad memang sesuatu yg kontrovesi. dan mgkin ramai yang tak nak cuba faham apa yang dia cuba sampaikan :)

ahmad berkata...

tidak punya apa sebab sy tak tgk talentime kt panggung..
sbb sy mmg tunggu dvd saja..
:-)

Fee Da' Great berkata...

to me...
mmg xsuke sgt karya yasmin b4 this...
tp filem ni dh berjaya menarik minat & kepercayaan sy terhadap malay movie..
it was a great movie, though the background music pon msk je utk tiap2 scene..especially lagu hindi tuh..peh...tangkap leleh...
* cter GENG tetap menjadi pujaan hatiku...hehehe...

Tanpa Nama berkata...

kecewa juga bila filem ni tak laku, tapi memang aku dah agak perkara ni akan berlaku, sebab dipanggung pun tak ramai, tapi aku bangga, sebab filem ni penonton di pawagam adalah pelbagai kaum, dan aku tahu penonton India dan China bangga bila hidup mereka dipaparkan dalam filem melayu dengan amat realistik, okay mungkin lebih kepada kaum india. Filem ni menjawab sentimen2 perkauman yang memang dah lama menjadi barah. Tapi filem ni hanya untuk penonton filem yang matang bagi kaum melayu, penonton filem yang tidak tipikal dan kenal hasil tangan yasmin ahmad, itu untuk kaum Cina dan dengar tentang kehebetan filem ini dari sahabat handai tu untuk penonton dari bangsa India. Ya, Malaysia terlalu perkauman, itu bukan dongeng, itu adalah open secret.

Tapi kalau dilihat dari rekod, memang kebanyakkan filem melayu yang hebat memang sukar nak box office, sebab penonton Malaysia belum matang. Anugerah tu insyaAllah la. Aku harap Yasmin tak putus asa,tapi insan macam Yasmin aku rasa tak kenal erti putus asa.

Sinefelia berkata...

Ehsan- Untuk menarik penonton bukan Melayu menonton filem Melayu mungkin menganbil masa 10, 15 tahun lagi kot. Atau mungkin lebih dari itu.

Itupun kalau semua rakyat Malaysia ini dah bersetuju menjadi satu bangsa...iaitu bangsa Malaysia.

Muhammad - Yup, jualan DVD memang boleh cover kos filem ini tetapi pastinya akan menghadapi saingan yang maha hebat dari tokey DVD haram. :P

Naz- Mungkin dari kacamata pengarahnya, dia melihat Malaysia ini adalah sebuah negara yang rojak.

Kerana itu kita boleh melihat bahasa Tamil, Melayu, mandarin, Inggeris diadun di dalam dialog dan muzik latarnya juga bercampur-campur.

Saya sebenarnya tidak pasti juga identiti filem ini. Ada orang mengatakan filem ini adalah sebuah filem Tamil. Ada yang menganggap filem ini sebagai filem MALAYSIA. dan ada yang menganggap filem ini sebagai sebuah filem Melayu.

Bagi saya, saya lebih suka melihat filem ini sebagai filem YASMIN. :)

Ahmad- haha jujur. Pastikan beli yang original.

Fee - yup, filem ini best tapi tiada sambutan...kesian.

amirah - Yasmin memang seorang yang optimis!!! harap filem ini dapat membuka mata penonton bukan Melayu untuk menonton filem Melayu selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

nota tambahan
filem melayu kebelakangan ini kurang mendapat sambutan dipawagam kecuali filem GENG.
Bukan hanya Talentime.

seluar_biru berkata...

Ada org cakap filem Yasmin menggalakkan pluralism dan liberalism tanpa kita sedar.. kalau diperhatikan ada juga benarnya.. Itu mungkin 1 sebab penonton melayu kurang ghairah utk menonton filem ini.. Sikap mereka adalah tunggu dan lihat (tunggu DVD keluar) utk mengetahui intipati sebenar jln cerita tersebut.. Aku menunggu filem Melayu yg membawa jatidiri yg sebenar (Melayu dan Islam). Mungkin boleh diadaptasi drpd novel2 H.M Tuah spt Enrique mengundang Jauh.. Bila pengarah Malaysia berani mengadaptasi novel2 hebat ke layar perak??.. Asik modal sama jer filem..

fadz berkata...

survey yg sangat menarik, tak tahu juga bahawa iklan silky girl itu memberi impak sebegitu (Mukhsin juga menggunakan strategi yg sama).

Aidi Rahimi Ibrahim berkata...

Mungkin ada orang mengukur kejayaan filem itu dari wang ringgit?, apa bezanya?good...hmmm..;-)

Ajami Hashim berkata...

mungkin sebab pretentious tahap gaban?

pakcik cakap "mungkin".. lalala!

M u N i R berkata...

Rasanya org2 kita lebih suka menonton filem2 asing terutamanya hollywood di pawagam berbanding filem melayu(wlaupun talentime bukanlah filem melayu sgt). Ini jelas terbukti top 5 filem yg mendapat sambutan dtgnya dr luar. Kalau ada pun tidak bertahan lama. Salah satu faktor yang menyebabkan filem ini kurang mendapat sambutan mungkin kerana akan ditayangkan pada hari raya di stesen televisyen. Contohnya filem Sepet,Gubra,Mukhsin,dll(Astro umpamanya) pernah ditayangkan di tv. Kesimpulannya, wlaupun tak menonton di pawagam tetap dapat ditonton apabila disiarkan di tv.

jaCq berkata...

ntah la... aq mmg tak minat ngan citer2 yasmin.. sepet yang grand, gubra ynag meletop, mukhsin yang menang anugerah dan terbaru talentime yang diuar2N! obviously, aq lansung xda alasan nak tgk citer2 dier!!! lagipun, tak lam lagi mesti kuar tV gak! so, safe la duit!!!

*jgn marah!! ini luahan rasa ikhlas dari seorang penonton filem biasa sahaja!

deennasour berkata...

komen orang di lambakkan entry pasal talentime kat blog aku orang memuja muji talentime.
dan soal lagu orepiya itu, salu keunikan yang orang melayu pun suka dgr. dan menjadi ringtone hp aku.

haha.

M.U.K.H.R.I.Z berkata...

salam...adik-adik gua...bila ditutup dengan kata-kata bagaimana nak bagi bangsa asing seperti cina,india,kadazan,bidayuh untuk menonton dipanggung,aku teringat bila aku pergi menonton jangan pandang belakang...india,cina singh pun ada,...dua kali aku menonton dan dua-dua kalinya aku lihat keadaan yang sama...sama jugak dengan filem fenomena zaman aziz m osman dulu aku dengar pun begitu jugak...apa pun aku enjoy filem ni...

Amy Ikram berkata...

masalahnye.. penonton kita sukakan cite2 mcm Prof Razak... itu yag box office. kata pak hassan.. filem sampah je leh laku..

yasmin.. antara yang terbaik... aku tgk byk kali filem nie. rata2 nya india, cina pun ada..

kalau x laku di Malaysia.. mana tau boleh kat luar.. itu adat bro..