Sabtu, 2 Mei 2009

BOHSIA

Sudah hampir seminggu aku tonton filem Bohsia ini, cuma hari ini baru aku dapat mengulasnya. Oh ya, sebelum itu, minta maaf banyak-banyak sebab sudah lama tidak update LLF. Sibuk dengan exam. Inipun tekanan exam tak habis lagi ni haha. 

Oh berbalik kepada filem.

Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam.

Wuisshh. Tajuk yang sangat mengcengkam sanubari. Masih ada lagikah orang gunakan istilah 'bohsia' ini? Bunyinya sangat 90an. Tetapi, terima kasih dengan tajuk ini, ianya berjaya membawa aku ke panggung. 

Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusof yang sebelum ini telah mengarahkan filem 'evolusi KL Drift. Orang muda mengarahkan filem untuk orang muda. Sepatutnya lah begitu. Jika evolusi Kl Drift menggunakan deruman enjin kereta sebagai daya penarik, di dalam Bohsia, Syamsul gunakan kenyaringan enjin motosikal RXZ.  Nyaring bunyi RXZ ini bukan bunyi sebarang beb, sejarah telah membuktikan bahawa bunyi motor ini adalah bunyi seruling 'puaka'. Bunyi ini boleh membawa penonton untuk masuk ke panggung. Tidak percaya?

KL Menjerit dan Remp-it adalah buktinya. 

Diklasifikasikan sebagai 18PL, maka tidak hairanlah dialog di dalam filem ini penuh dengan slanga bajet 'cool' muda-mudi. Dial
og dan gaya berdialog adalah antara beberapa faktor menarik di dalam filem ini. Filem Anak Halal dan filem Haru Biru juga menggunakan gaya berdialog yang sama. Realisme lah tujuannya. Baru nampak filem ini kasar. Aku tiada masalah dengan kata-kata carut bagai di dalam filem. Aku secara peribadi menganggap ianya satu cubaan yang 'berani'  dan sesuai dengan tema filem ini. Tetapi  sayang ia 'rosak' di hujung jalan... entah kenapa secara tiba-tiba tersembur pula  dialog-dialog yang 'preachy',

" Adik tak kisah asalkan rezeki tu datangnya dari sumber yang hallllaaallllll..."

Oh maaf, aku lupa ini filem Skop. 

Terima kasih juga kepada lakonan yang menarik Shahizie Sam yang membawa watak Acai.Watak 'real' Mat Rempit yang masuk 'air'. Malang sungguh watak anti -hero gila 'cool'  begini dibelasah separuh mati oleh seorang rempit Jambu.  Selain itu, kredit juga kepada si Bohsia Nabila Huda yang nampak bersungguh-sungguh cuba membawa watak bohsia ini begitu juga Salina Saibi yang walaupun agak tua untuk digelar bohsia tetapi telah menyumbangkan satu lakonan yang 'seronok' untuk ditonton. 

Aku bertanya kepada seorang rakan yang juga merupakan seorang Mat rempit yang menonton filem ini. Dia amat suka filem ini. Katanya cerita ini hampir  70 peratus betul tentang mat rempit dan minah rempit (Bohsia). Cara hidup, brand baju 'Romp' yang menjadi pilihan minah rempit, dan gaya rambut 'fin' Acai yang popular di kalangan rempit sekarang ini. 

Filem ini sememangnya dibikin untuk menarik golongan tersebut. Penonton tertarik untuk menonton sesuatu yang dekat dengan diri mereka.    

Keseluruhannya filem ini adalah sebuah filem yang seronok untuk di layan. Rentaknya deras. Dialog lancang, bingit enjin merempit, aksi gaduh-gaduh, huh...adrenalin penonton di pam-pam sehingga ke akhir cerita. Memang sebuah filem 'pure' eskapis yang menarik untuk dilayan. Tak perlu fikir apa-apa, tonton dan berhiburlah sepuas hati.

Filem ini  khabarnya ingin memberi pengajaran. Iaitu jangan jadi Bohsia atau jangan jadi Rempit. Namun Poster dan tag line filem ini sahaja sudah berbentuk Oxymoron .  Oxymoron ini istilah yang aku dapat dari kata-kata Pak Hassan Muthalib sewaktu aku berkesempatan berbual pendek dengannya. Nak tahu maksud oxymoron ini  pergi google atau buka kamus. Jangan jadi pemalas.

Katanya (Pak Hassan) poster Bohsia ini, bercanggahan dengan tujuan filem ini yang mahu menunjukkan keburukan gejala perempuan bagi badan (Bohsia) dan Mat Rempit kerana subjek iaitu watak di dalam poster tersebut di ambil secara 'low angle' yang secara tidak langsung meninggikan subjek tersebut. Sekiranya kurang jelas perhatikan poster di bawah;

Apabila watak (subjek) kelihatan tinggi dari sudut pandangan kamera, ianya membawa maksud mengangkat subjek tersebut. Ianya kelihatran 'heroic'. Dan sudah tentu ini bercanggahan dengan tujuan Syamsul yang ingin menunjukkan 'bohsia' dan 'mat rempit' itu adalah satu subjek yang negatif. 

Selain poster ini, tajuk filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam bagi aku merupakan barisan perkataan di atas poster yang tidak memberi apa-apa signifikan kepada cerita. Sebagai penonton aku lihat watak Salina dan Nabila tidak memilih untuk jadi bohsia ini.  Institusi kekeluargaan yang pincang menyebabkan mereka jadi sebegini. Oleh itu, aku tidak nampak apa yang relevan dengan tag 'Jangan Pilih Jalan Hitam Ini.'

Lagi satu aku sangat kasihanlah dengan watak Amy ( Salina Saibi). Entahlah kenapa watak ini di dera sebegini rupa. Sudahlah diculik, diperkosa, dapat melarikan diri, kemudian diperkosa pula oleh ayahnya dirumah. Ini semua berlaku dalam satu hari.  Kadang-kadang mencipta dan menzalimi watak seperti ini akan memudarkan kedekatan 'realisme' diantara penonton dengan filem yang ditonton. 

***

Last word, bagi sesiapa yang 'die hard fan' Gerak Khas atau filem-filam Datuk Yusof Haslam, filem ini memang berbaloi untuk anda. 

  




 

4 ulasan:

NAZ berkata...

memang lama gila bro tak tulis blog :) hairan jugak.

saya dah tonton filem nie.
ia lebih kepada kenapa perempuan jadi bohsia. dan perasaan bohsia itu sendiri.

kalau tengok bohsia dalam nie bersih dan suci. tapi bila tertekan jer. baru rasa diri nya jijik ;)

babak gaduh tak nampak cam gaduh.
sbb hanya sebelah pihak yang lebih agresif. tapi dalam dialog yg dibelasah lebih keras dan agresif.

pape pun. filem ni masih berkualiti :)

fadz berkata...

wah, menarik ni..!

ouT oF My MinD berkata...

tidak tergerak langsung nak tgk crita nie. maybe tunggu kluar tv time raya je lah. rajin ye awak layan cita ala-ala nie..

dan review u pasal poster, saya setuju. dan fokus filem ini dan target marketnya pastinya golongan rempit dan bohsia ini.
ia lebih menjurus kepada keuntungan berbanding kualiti dan mutu cerita...

Edzlin berkata...

tak minat dengan filem skop productions, tp akan tgk juga filem ni hujung minggu ini. thanks tuk review. pada saya, filem ini hiburan aja, tak perlulah kata nak mendidik ke ape.