Rabu, 16 Februari 2011

Ngangkung VS HKLBR (cakap-cakap filem sebelum tidur).

Aku tiada motivasi sangat nak menulis ulasan-ulasan filem sekarang ni. Aku pergi menonton, aku congak-congak poin-poin yang ingin aku kongsikan, tetapi selalunya gagal hendak diterjemahkan ke dalam baris-baris ayat di blog ini. Aku lebih senang muntahkan segala poin tersebut kepada beberapa teman rapat sewaktu masa berteh tarik di restoran Mamak.

Kali ini pun sama, aku tiada sangat poin penting tentang kedua filem tersebut nak dituliskan, tapi aku rasa ada fenomena menarik yang tercetus dari kedua-dua buah filem terlaris ini. Setakat ini, Ngangkung dikatakan oleh David Teoh sudah mendapat kutipan 10 juta (aku tak percaya...korang percaya ke?) dan HKLBR sudah 7 juta lebih (atau sudah cecah 8?). Bukan tentang kutipan tiket sekarang ini yang hendak diperkatakan di sini tetapi trend penontonan di kalangan penonton.

Kutipan tiket itu boleh dijadikan penanda bahawa kedua filem itu mendapat sambutan yang luar biasa. Nak sampai ke takat 7 juta itu, aku bet, sesebuah filem memerlukan penonton untuk menonton dua kali filem tersebut. Oleh itu Walah! penonton kita sekarang tidak kemut lagi nak ke panggung dan menonton lebih dari kali sebuah filem melayu.

Ini menjadi bukti kalau sesebuah filem itu menepati selera dan kehendak penonton, penonton kita tidak teragak-agak membelanjakan duit gaji yang diperolehi (dengan sukar) itu untuk menonton filem. Penonton masih suka menonton kalau filem.

Kebetulannya juga, genre kedua-dua buah filem ini juga adalah sama, komedi seram. Komedi dan Seram, memang resipi terbaik untuk membuat keuntungan.

Mamat Khalid di dalam blognya Tempurung Pecah mengakui, sebelum bermulanya penggambaran filem tersebut lagi, bahawa Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah sebuah filem bagi menarik minat penonton melayu ke panggung dan sekaligus menyumbang kembali kantung Tayangan Unggul dengan RM ( bagi membalas kredit-kredit filem sebelumnya).

Manakala Ngangkung pula, who cares dengan pengarahnya, David Teoh yang paling ultimatum di dalam setiap filem, memang mahukan keuntungan dari filem-filemnya. Dan dia berjaya mendapat 10 juta (kalau betul ) dan pengarahnya dapat Alphard. Bisnes yang bagus.

Apa yang aku mahu nyatakan di sini adalah kedua filem ini memang dibikin untuk keuntungan perse. Dan berjaya. Tahniah.

Tapi secara peribadi adakah kedua buah filem ini bagus? Ok, jujur cakap kat sini, bagusnya Ngangkung semata-mata Shaheizy Sam, manakala HKLBR bukanlah satu filem yang hebat dari Mamat seperti Man Laksa atau Kala Mambang Bulan Mengambang (yang hebat itu), tapi filem ini ada style.

Kalau mintak aku pilih mana satu yang lebih bagus, aku berat kepada HKLBR.

Filem ini, seperti yang aku kata tadi, ada style. Karekter yang dinamik,sinematografi yang bergaya, muzik & bunyi latar yang mashuk (creepy gila sound Cinta Kristal yang melatari filem ini),.mise-en-scene yang sentiasa bermakna dan membantu karekter dan visual.

Ngangkung ada Shaheizy Sam. Itu sahaja.

Oleh itu, aku umumkan aku termasuk dalam groupy atau fan HKLBR.Seperti kata Amir Muhammad, tak bias tak best, dan seperti kata Prof Madya A. Razak baru-baru ini- pengkritik pun nak popular juga.

kah kah kah.

p/s- tak percaya aku menghdiupkan kembali blog ni dengan entri jokes yang lame begini.





5 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

"dan seperti kata Prof Madya A. Razak baru-baru ini- pengkritik pun nak popular juga."

muahahaha!

Boni & Klaid berkata...

Ajami Hashim - Muahahaha.

Kap berkata...

aku pun sambung juga.
muahahahahahahahahahahhahha.

Aidi Rahimi Ibrahim berkata...

saya pun suka filem hantu tempatan

RABUN berkata...

keputusan akhir
ngangkung 1 Mak limah 3