Selasa, 4 Jun 2013

KIL

KIL (2013) Nik Amir. Ini bukan rebiu. Aku cuba mengupas filem ini. (Makanya ada Spoiler. Berambus sekiranya belum tonton).

Sinematografi cantik? ya.... tapi lebih dari itu. Filem ini ada daya intelektualitinya. Itu yang mahal, dan segar. Dengar khabarnya bajet lebih kurang 100K. Sial. Ianya 'lebih' serba-serbi dari sampah-sarap yang memenuhi panggung sekarang ini. Makan apa budak-budak ni?

Lakonan, pengarahan, art direction, yadada yadada... Tak perlu aku ulang semua pujian. Ya, semuanya memenuhi keperluan yang harus dan patut ada bagi sebuah karya 'sinema'. Barisan pengkarya mudanya terdiri daripada mereka yang punya 'pencerahan' tentang sinema.

Tapi bukan itu yang aku kagumkan.

Aku teruja pada konsep, tema dan bentuk cerita.

Dan yang paling 'cantik' adalah gaya cerita ini diceritakan. Di mana 'masa' itu dipersembahkan dalam suasana yang 'tidak' lurus, huru hara. Lepas dan sekarang, dipersembahkan dengan penuh semangat 'tidak berstruktur'. Ini bukan sesuatu yang baru di dalam sinema, tetapi, ianya baru di

Ini adalah satu bentuk sinema 'rebel' dari anak muda. Memori dan ingatan Akil, selaku 'imejan-virtual' /'Mental-imej' dipersembahkan tanpa dipisahkan dari garis masa 'kini/sekarang'. Ya, mudah kata, bukan secara teknik flashback yang biasa kau lihat (contoh:sephia, grainy, hitam-putih). Adegan ini yang seharusnya merupakan babak-babak imbas balik (flash back) seperti Akil berbual telefon bersama ibunya, dan, adegan dia menasihati adiknya supaya tidur, tidak divisualkan terpisah 'dari' masa kini / 'real-time' cerita Akil ( Di mana, Ibu dan Adiknya sudah mati akibat kemalangan).

Dari rentetan visual yang menunjukkan kecelaruan dan huru-hara 'ruang-masa' ini, penonton dapat merasai emosi, perasan,fikiran 'karekter' Akil dengan lebih mendalam. Bukan sekadar lakonan Redza Minhat itu sudah cukup bagus, malahan dengan gaya penceritaan sebegini, ianya menjadi satu kaedah penceritaan sinematik (dari pengarah) yang membawa penonton (dengan memasuki kondisi emosi-fikiran Akil) untuk merasai sengsara dan 'harapan' (ya, HARAPAN) Akil yang penuh rasa penyesalan, dan tidak dapat menerima kenyataan ibu dan adiknya sudah tiada secara 'subtle', dan mahu mereka, masih hidup bersamanya... tanpa meleweh-leweh dengan 'dialog' dan adegan yang tidak perlu.

Menyelit kata Deleuze "The time-image places the identity of character, plot, etc, into crisis".

.. It becomes questioning, responding,objecting, provoking, theorimatising,experimenting, in accordance with thelogical list of conjunctions (‘or’, ‘therefore’,‘if’, ‘because’, ‘actually’, ‘although’..)  

                                                                                                            (cinema 2, p.23)

Mungkin aku lupa nyatakan, aku cuba melihat filem KIL ini dari konsep time-image Deleuze. Selain elemen-elemen Non-Rational cut dalam Time-Image, seperti pelanggaran undang-undang (bongok)180 degree line sewaktu babak Akil dan Awek yang hendak bunuh diri atas bangunan. ianya membawa penonton melihat watak Akil dalam ruang dan dimensi 'istimewa'. 

Akhirnya apa yang hendak dicapai adalah satu gaya penolakan terhadap 'norma' klise dan stereotaip dalam filem secara amnya, filem melayu secara khususnya.Ini satu bentuk 'pemberontakan' sinema yang cantik.   

Ini sama impaknya dengan apa yang Dain Said lakukan dalam BUNOHAN.

Kerana untuk menghasilkan sinema yang ada daya intelektualiti ianya harus mencabar /'memberontak' dan 'melanggar' undang-undang sinema 'moden' (seperti kontinuiti masa:Klasik hollywood) dengan pengetahuan, serta konsep (jelasnya seperti time-image ini).

Tapi jaga-jaga, ada beza dengan tahu tapi langgar, dengan tidak tahu dan melanggar.

Ini yang aku suka di dalam filem ini. Ada beberapa perkara lagi, sekiranya aku rajin untuk berkontekstualisasikan filem ini, mahu melihatnya dari sudut 'gambar yang lebih besar'... bukan di entri ini, entri lain mungkin. Entri ini aku tulis dalam tergesa-gesa kerana libido intelektual aku menegang sebaik sahaja menonton filem ini dan ya, ini cuma satu peronanian intelektual, terima kasih kerana mahu membaca.



P/S : Dan ya, Zara (Christine) sangat menawan. 




2 ulasan:

Aimanymous berkata...

filem yang perlu otak untuk fikir. bukan sekadar mata dan telinga yang berfungsi.

pepol berkata...

pabila sebuah filem dikeluarkan, aku sering dengar, ada mesej yang hendak disampaikan,ada pengajaran di dalam filem ini dan sebagainya, tetapi aku tak pernah dapat pon semua tu dalam filem2 melayu yang aku pernah tonton sebelum ni. tapi KIL memberi satu benda yang berbeza, ada pengajaran yang aku dapat dari filem ini, iaitu semasa kita berhadapan dengan sesuatu masalah, jangan terburu-buru membuat keputusan. Akil ada masalah, dia sunyi, dia tiada tempat untuk meluahkan kesunyian dia tu, selepas dia kehilangan adik dan emaknya, hidupnya kosong. dia tiada sesiapa, dan mungkin dia rasa bersalah kerana menyebabkan kematian kedua orang yang dia sayang,jadi dia mengambil keputusan untuk membunuh diri. tapi, hidup kita ini sukar dijangka. akil sendiri tidak menjangka, dengan secara tiba-tiba dia akan ditemukan dengan seseorang yang buatkan dia kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Mujur LAB itu bukan organisasi yang betul-betul membunuh orang, sebaliknya mau membantu orang meneruskan hidup, jika tidak, berakhir begitu sahaja kisah yang baru dibina antara Akil dan Zara.