Sabtu, 12 April 2014

Poin-poin makan Biskut dan memikir Apokalips sang auteur



1. Bertolt Brecht memanjangkan 'alienasi' Marx (sosial alienation) ke dalam teater, dengan tujuan penonton tidak terbuai ke dalam 'cerita' (dikhayalkan). Godard, pernah juga menggunakan semangat 'alienasi' ini (sama seperti Brecht) dengan cubaan 'jump cut' (suntingan) untuk memutuskan tali kontinuiti agar penoton sedar yang mereka sedang menonton filem. Apabila penonton berjaya 'dijarakkan' dengan cerita, makanya penonton akan sedar bahawa mereka sedang menonton 'filem'. Dan tidak terperusuk khayal ke dalam dunia cerita. Dan ini menjadikan penonton masih dalam keadaan 'sedar' dan cuba (secara sedar) memahami imejan visual (dalam konteks ini filem) yang sedang ditayangkan di hadapan mereka. Bagi pengarah teater dan filem (Brecht dan Godard) pro-Marx inilah yang cuba dicapai...iaitu keadaan 'keterasingan' itu..antara penonton dan medium (filem atau teater)...dan mereka perlu menikmati 'seni' dalam kenadaan 'sedar'... ini rentetan dari pandangan bahawa kaum proletar/marhaen seringkali dieksploitasi oleh golongan kelas pemerintah/borjuis/kapitalis yang cuba mencandukan mereka dengan hiburan yang bersifat eskapis agar melupakan 'struggle' sebenar yang berlaku dalam kasta/kelas sosial...ok, lupakan hal-hal teori Barat yang dibenci oleh seorang pengkritik filem tua ini, berbalik kepada filem Mamat... dua buah filem terbaru (dan ini bermula dari Husin, Mon, Jin Pakai Toncit) sebenarnya ada kecenderungan Mamat mula menghasilkan filem yang 'menjarakkan' penonton dari dunia cerita Mamat.

2. Ada pendapat mengatakan Mamat sengaja dalam hal ini. Ada pendapat mengatakan tidak. Aku cuba untuk bersangka baik. Lagipun Mamat adalah pengarah feveret aku. Aku pilih untuk bersetuju dengan pendapat yang pertama. Namun apabila aku menonton Apokalips X yang lebih baik sikit dari Antoo Fighter dan Kapoww Azizi Chunk, aku mula tidak berfikiran sedemikian.

3. Zombi (maksud aku cerita zombi) adalah parodi. Memparodikan parodi jatuh ke tahap main-main. Filem Zombi Kilang Biskut jatuh ke dalam kategori ini. Filem main-main. Ini sangat menggusarkan.... Mamat sepatutnya macam Anakin Skywalker, yang dipilih untuk menyelamatkan filem melayu, namun dia jadi Darth Vader, dengan join sebelah darkside, mula buat filem yang sama sahaja macam Azizi Chunk, macam Bob Ismail...cuma, ya, bagus sikit sahaja dari mereka. Tapi trend filem yang diarahkannya menunjukkan ianya bergerak ke arah yang menggusarkan.

4. Adakah Mamat cuba berBrechtian atau berGodardian dalam filem beliau? sudah tentu tidak... macamana stail yang lahir dari tradisi marxist ini bergerak dalam suasana arus perdana yang sememangnya berkiblatkan kapitalis...ini dikuatkan lagi dengan pandangan cuba 'menjatuhkan melayu' dan 'mahu penonton datang wayang dan sokong dalam pembelian tiket'. Ini secara filosofinya tidak kena langsung....

5. Mencari 'Apa yang cuba diperkatakan oleh Mamat dalam filemnya'... secara parodi...atau secara satira... ya, memang dua buah filem ini ada benda yang diperkatakan...ianya sangat 'obvious'....tapi cerita? tiada. none. Nada. ilek.

6. Lagipun kalau nak hantar mesej, baik bagi teks sahaja bukan? lagi senang.

7. Kalau nak 'preachy' sangat macam Apokalips X pun, Tentang perpaduan, tentang budaya dan pentingnya sifat tolak ansur... buat PSA sahaja...lagi senang dan ringkas bukan?

9. Adakah Mamat cuba mencipta keterasingan antara filemnya dan audiens kerana mahu penonton fokus kepada 'mesej' (aku benci nak guna ayat mesej ini tapi ya, aku rasa itulah yang Mamat cuba fokuskan). Aku rasa mungkin ya, tapi dengan mengambil lewa cerita langsung...ianya bukan lah satu strategi yang bagus...

10. Adakah aku kecewa dengan dua buah filem Mamat yang aku tonton baru-baru ini? ya. Adakah aku cuba menjatuhkan pengarah melayu seperti Mamat?. Adakah aku pro kapitalis dan berfikiran Barat? abah kau!


11.Zombi Kilang Biskut, merupakan  Kampung Pisang chronicles yang masih berlatar kampung pisang, idea  yang dikitar dengan eksekusi yang menjadi semakin bosan dengan ketiadaan hala tuju. Ianya menjadi semakin 'cheap' dan tidak menarik lagi. Tidak sepadat Hantu Kak Limah dan lebih tiada tujuan dari Husin dan Mon.

12. Apokalips X cedukan cow zero berlatar pasca-apokalips, tanpa cerita... hanya babak gaduh yang lebih banyak dibantu gerak kamera dan sudut tangkapan aksi dari koreografi bergocoh. Karekter tidak jelas. Ada bau-bau triad society di sana sini, bagi mereka yang familiar dengan benda benda organisasi bawah tanah/jenayah tempatan. Bagi yang melihat dari kacamata politik, boleh tebuk dan tafsir suka suka gigi macam pengkritik filem tua itu buat.

p/s- Aku masih tunggu filem-filem Mamat yang lain seperti 'Rentas' (ke rentaz?) dan apa ntah tajuk yang belakangnya '... 'pergi ke laut' itu...see, aku masih tak putus beri sokongan pada filem dia.

2 ulasan:

fadz berkata...

ler, aku baru tau aku tua, hehe :)

Ares Bahar berkata...

Bukan lu fadz, aku maksudkan tua yang benar tua...kau tua ke? Ni bukan untuk lu..ni untuk orang lain....