Rabu, 2 September 2009

Sinema 'Sampah' Melayu/Malaysia

Sudah lama penonton/pengkritik (jika ada)/ pengulas/ blogger dan penggemar filem melayu/tempatan merungut dan mengeluarkan cemuhan bahawa filem melayu yang ditonton oleh mereka adalah filem 'sampah'. Dengan kata lain, filem itu adalah sampah!

Sampah di dalam bahasa melayu (tanpa perlu merujuk kepada Kamus Dewan, kerana kamus dewan tiada di sebelah aku masa menulis ni) membawa maksud ' bahan sisa/ barangan tidak berguna/ tidak bernilai/ etc ... , oleh yang demikian, apabila seseorang penonton mengatakan bahawa filem yang ditontonnya adalah filem sampah, ianya membawa maksud filem tersebut adalah filem yang tidak mempunyai nilai/ tidak mendatangkan faedah/ bersifat buruk dan jelek secara fizikalnya.

Dari mana idea melabelkan filem sebagai 'sampah' ini datang? Secara mudah. tanpa perlu membuat sebarang kaji selidik ilmiah ( ini adalah blog bukan tesis) dan hanya menggunakan common sense, kita tahu bahawa 'label' sampah ini datangnya dari budaya 'berbahasa' orang melayu yang sering secara mudah melabelkan sesuatu perkara ( dalam konteks ini adalah filem) berdasarkan ciri-ciri dan rasa peribadi mereka terhadap perkara tersebut.

Apabila seorang penonton melayu menonton filem, dan kemudiannya dengan sangat marah dan kecewa merasakan bahawa filem yang ditontonnya secara 'kasar' telah memperbodohkan intelektualnya, atau tidak langsung memenuhi citarasa hiburan atau selera visualnya. Selain turut merasakan bahawa menonton filem itu merugikan masa dan duitnya (tiket) secara sangat sia-sia. Tentu dengan mudah dia (baca:penonton/penggemar/pengulas filem melayu) dengan mudah (atau dengan marah) melabelkan filem yang ditontonnya adalah filem sampah mengikut alasan-alasan di atas itu tadi.

Dengan itu, wujudlah satu istilah yang sangat sinonim dengan filem-filem melayu iaitu filem 'sampah' ini.

Baiklah, setelah kita mengetahui (secara mudah) kewujudan istilah filem 'sampah' ini, kita mulakan pula fasa kedua diskusi ( pseudo intelektual!) iaitu ' anjuran peribadi aku, Ares Bahar, supaya istilah 'filem sampah' ini diwujudkan sebagai satu 'genre atau subgenre' (sebutannya adalah joner) di dalam filem-filem melayu/Malaysia. Atau untuk skop yang lebih luas lagi wujudkan apa yang digelar sebagai 'Sinema Sampah Melayu/Malaysia' sebagai satu takrif baru di dalam sinema 'popular' di Malaysia.

Anjuran aku supaya 'filem sampah' dijadikan sebagai satu genre tidak perlu dilihat sebagai satu usaha negatif malahan ianya satu usaha yang patut diraikan. Sekurang-kuranya bila anjuran ini sudah konkrit, secara rasmi dan diterima umum, filem-filem melayu telah mempunyai satu lagi 'genre' iaitu filem sampah. Ini secara tidak langsung memudahkan penerbit dan pengarah filem mengeluarkan sebuah filem melayu tanpa takut akan kecaman dan kritikan kerana sekiranya filem mereka dihentam, mereka boleh berkata,

" saya sememangnya membikin sebuah filem bergenre 'sampah' "

Selain itu, ianya juga memudahkan penggemar-penggemar 'filem sampah' melayu yang ramai itu menonton filem-filem kegemaran mereka kerana di poster-poster sudah awal-awal lagi dinyatakan genrenya. Sebagai contoh ' KEPOHH sebuah filem 'sampah' dari si polan atau si polan. Selepas ini, sesiapa yang tidak sukakan filem sampah tidak akan rasa diperbodohkan lagi.

Matlamat utama men'genrekan' sampah adalah supaya industri filem Malaysia seterusnya dapat berbangga bahawa telah wujud satu genre baru yang lahir dari industri filem Malaysia.


'Sampah' sebagai satu genre masih lagi diperingkat cakap-cakap kosong, ianya sama seperti konsep Satu Malaysia, sesiapa sahaja masih boleh memberikan definisi masing-masing mengikut kefahaman masing-masing. Ini kerana, ciri-ciri 'genre' ini masih baru dan masih lagi terbuka untuk sesiapa sahaja meng'konruksikannya. Namun bagi aku, ciri-ciri filem sampah haruslah seperti berikut :

1. Ianya haruslah sebuah filem melayu dan dialog pertuturannya adalah di dalam bahasa melayu.

2. Premis cerita/ idea cerita yang tidak munasabah/ tidak masuk akal.

3. Genre kembarnya adalah komedi/ komedi seram/ komedi aksi.

Ketiga-tiga ciri-ciri utama itu masih diperingkat perbahasan kerana tidak semestinya ciri-ciri utama tersebut merupakan filem sampah. Aspek mis-en scene, stail, content dan seterusnya form merupakan aspek-aspek penting yang membezakan sesuatu filem itu Sampah atau tidak.

akan bersambung ....


p/s - Diskusi pseudo intelektual ini akan bersambung dengan mengambil contoh filem Sifu dan Tongga ( A. Razak Mohaideen) , Antoo Fighter ( Azizi Chunk) sebagai contoh paling efektif untuk digenrekan sebagai 'sampah'.

9 ulasan:

Vitamin berkata...

mcm emosi je.. hahaha.. tapi ko perlu labelkan ada beberapa komedi di malaysia ni yag bijak. jgn ko letak semua genre komedi tu semua sampah.. nanti aku naik marah kang... haaaa... hehehehe..

fadz berkata...

Filem sampah pertama Melayu/Malaya ialah Mat Bond diteraju oleh Mat Sentul. Ia bermula dengan parodi tetapi berakhir dengan kelentongan tanpa pengertian dan lunak sinema (akhirnya dirasakan pengarah dan skrip sudah mengemis untuk idea).

Ajami Hashim berkata...

laaaa! aku hengat psl alam flora tadik! kahkahkah!

Ares Bahar berkata...

vitamin - Betul... bukan semua komedi di Malaysia adalah sampah tetapi kebanyakan filem sampah itu adalah 'komedi'... aku sudah menyatakan itu di dalam perenggan terakhir. 3 ciri-ciri itu masih boleh diperkembangkan dan diperbahaskan hahaha... dan aku tidak 'emosi' tetapi agak serius hahahaha...

Fadz - Oh ya, Mat Sentul... mungkin dia pioneer . Terima kasih! aku sudah terlepas pandang... Skrg, Aku masih lagi menimbang-nimbang samada 'Zombi Kampung Pisang', Mamat Khalid juga boleh dikategorikan di dalam filem sampah ini... Aku tahu filem ZKP itu mempunyai unsur satira dan parodi tetapi stail,content dan formnya sangat dekat dengan definisi filem sampah/trash yang aku maksudkan.

Ajami Hashim - menguruskan filem sampah tidak terdapat dalam kontrak alam flora hahaha.

PonMan berkata...

Hurmm aku ingat aku sorang saja fikir macam ang nih... well, aku pun tak paham la... nape kita xleh produce filem yg betul2 kualiti? bila fikirkan, rasa mcm puak2 buat film nie mcm tak hargai or 'fully-utilised' bajet yg depa dpt... anggap macam duit tue senang dapat tapi padahal buat film yg just sekadar 'play safe' dan plot ringan jer.

rugi la, kita hidup di dunia nie patut explore semua aspek2 kehidupan, tapi kita hanya asik fokus cinta, hantu, lawak bodoh ja. tak dak mesej sangat pun.

Paling best, daripada aku habis duit beli tiket tgk filem sampah nie, baik aku tgk free jer masa hari raya nnti, sure masuk tv dah.... hahaha....

Nak tau lg ulasan aku pasal film sampah nie, aku pnh post kat blog aku psl yasmin ahmad dan industri film msia....

AAH berkata...

:) thanx good info.

hady berkata...

baru baru ni saya menonton filem 'tropic thunder'
pelik. filem itu filem komedi, tapi saya rasa filem itu agak bijak dan tidak buat lawak tipikal seperti filem2 adam sandler atau filem tipikal ben stiller (dan iya, saya tonton filem night at the museum 2, dan mengantuk tersengguk sengguk dengan lawak2 bodoh dalam filem itu).

harap sekali filem2 komedi malaysia dapat menggunakan formula seperti filem tropic thunder

p/s: semalam saya tonton filem perang Red Cliff. one word : BRILLIANT!

armin berkata...

sampah2 pun filem depa.. lumayan la plak kutipan kat wyg.. ermm ada jugak tu penonton.. errmm sedih dgn selera penonton malaysia.. mana la x sedap pengarah2 ni buat citer bodoh lagi sbb ada yg tgk.. so jadi la hasil sampah.. pastu berangan nak pasar ke luar negara.. adui.. buat malu jer..

Amal Oh berkata...

tergelak terbahak-bahak. brilliant!