Khamis, 28 Januari 2010

Adnan Sempit.


Adnan Sempit

Filem ini dengan secara bersungguh-sungguh dinafikan oleh pengarahnya, Ahmad Idham sebagai sebuah filem yang berkisar tentang budaya merempit. Blah la lu, filem ni filem rempit, masa bilanya tidak ada budaya merempit dalam filem ni?

Adnan yang dilakonkan oleh Shaheizi Sam itu adalah seorang Mat Rempit (tidak kisahlah mat rempit wanna be ataupun tidak). Ceritanya tetap mengenai mat rempit. Filem ini bukan mengenai cikaro atau dalam bahasa saitifiknya wanita seperti yang dikatakan oleh Adnan. Filem ini adalah filem tentang Adnan iaitu seorang mat rempit yang walaupun suka merempit tetapi dia ada karier, kemudian minat kat bos dia, dalam hatinya ada taman, cinta di antara dua darjat dan berakhir dengan apa lagi kalau tidak happy ending.

Memang ada perbezaan di antara penunggang motosikal dan mat rempit ( inilah antara point bagi menegakkan benang basah untuk mengatakan bahawa Adnan ini bukan mat rempit di dalam filem ini) walaupun seringkali penunggang motosikal yang berhemah dan bertimbang rasa seperti aku di cop sebagai mat rempit. Tetapi hei come on, dia rempit la...

(Bukan mat rempit adalah seperti aku yang bawak Honda Ex5 cabuk aku secara berhemah, tak reti nak berwili atau berwikang, meter lebih 100 pun aku dah kecut telur tetapi disebabkan prejudis masyarakat bila semua budak muda ( muda??? aku???) bawak motor mereka adalah rempit. Terima kasih kepada jutaan rempit diluar sana yang bertungtkus lumus memberi imej ini kepada kesemua penunggang motosikal.)

Tapi aku setuju dengan ramai yang membeli tiket untuk filem ini iaitu filem ini mempunyai komedi yang agak bagus. Hail to Sam yang menjadi punca...satu-satunya punca yang menjadikan filem ini menghiburkan. Dia berjaya membuktikan bahawa terdapat sinar harapan pada barisan pelakon mainstream generasi baru yang mempunyai bakat yang tidak bersandar kepada rupa semata-mata ( tak ke macam sial ayat ni haha). Aku mula sukakan dia di dalam Bohsia dan nah, sekarang dia jadi lead dalam Adnan ni. Kalau bukan kerana dia, aku rasa filem ini tidak akan menjadi sebaik ini. Pemilihan pelakon untuk sesuatu watak itu bukankah sesuatu yang crucial?

Kalau diberi pilihan untuk membuat pilihan, aku memilih Adnan Sempit, selepas Jangan Pandang Belakang Congkak sebagai filem terbaik Ahmad Idham setakat ini. Dia seorang pengarah yang bijak mengarahkan filem-filem comedy crap ( ada ke genre ni?)sebegini. Secara peribadi, aku sebagai penonton tidak merasa terganggu atau dihina sekiranya secara sedar aku menonton sebuah filem yang sememangnya berkonsepkan lawak bangang yang pure dan tulin. Contoh terbaik Jangan Pandang Belakang Congkak. Dari saat aku membuat keputusan untuk menonton filem ini, aku sudah tahu ianya sebuah komedi yang mengarut.

Dan yes aku boleh gelak segelaknya. Pergi mampus kalau ada yang mengatakan taste komedi aku rendah. Hidup ni pun sudah bitter, apa salahnya untuk menikmati sebuah filem yang tottally crap. Tak perlu serius sangat bukan?

p/s - dah lama tak bikin review...

6 ulasan:

amer zaman berkata...

ha'ah..dah lama tak baca review kat sini...

MORIBAYU berkata...

me nak tgk.
but tu lah...still tak do maso eh.
or nak tunggu film nieh..out kat astro box office dulu..
:P

Ares Bahar berkata...

amer zaman - ni tgh nak tekan pedal minyak balik la ni...haha

megat - ha, gi tgk kat wayang...ada lagi tayang...astro box office tunggu citer yang tak laku je...

Ajami Hashim berkata...

"Dia seorang pengarah yang bijak mengarahkan filem-filem comedy crap ( ada ke genre ni?) sebegini."

hail to crap!!!
i likeee!!!

Edzlin berkata...

ingat dah tak berjalan blog ini.

mmg enjoy abis tgk filem adnan sempit.

RABUN berkata...

dah banyak sangat cerita lumba lumba ni baik lumba haram, lumba halal, lumba pakai keta, lumba pakai motor,

harap lepas ni dua atau tiga tahun stop buat cerita lumba lumba ni,

kecuali kalau buat cerita lumba lari mungkin ok kot kalau langar sama sendiri tak la mati atau cedera parah

he he

apapun entry ko menghiburkan