Rabu, 3 Februari 2010

2 Hati 1 Jiwa - Dan ini review yang mengikut hati.


Inspirasi dari kisah kembar siam Iran yang maut sewaktu menjalani pembedahan (untuk memisahkan badan) di Singapura.

2 Hati 1 Jiwa. Filem terbaru dari Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Mengisahkan tentang pasangan kembar yang bernama Lana ( Fauziah Ghouse) dan Lina ( Yasmin Hani) yang meningkat dewasa, keluar dari rumah, menempuhi kehidupan kolej, lalu dunia ini mula menunjukkan giginya dan kehidupan menjadi bertambah rumit, berkonfrontasi mengenai soal hati, cita-cita, emosi dan cinta.

Akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah melalui pembedahan.

Filem ini di sebalik kisah kembar siam yang seharusnya menarik ( kembar siam! bunyinya menarik bukan?) malangnya menjadi sebuah so - so movie. Lakonan dangkal lagi tidak bermutu Fauziah Ghouse terlalu banyak menyumbang kepada kegagalan filem ini untuk menjadi lebih versatile terhadap penonton yang lebih cerdik. Maaf.

Terdapat satu babak yang akan menjadi legend dan akan selamanya menjadi satu contoh terbaik kepada para pelajar perfileman yang akan mengambil kelas pengarahan di Uitm.

Adalah babak seorang gadis/ rakan sekelas Lina/ lakona Irma yang diperkosa sewaktu di dalam perjalanan pulang.

Ini adalah babak yang boleh dijadikan contoh terbaik babak yang tidak signifikan dan tidak berfaedah serta tidak membantu kepada keseluruhan isi kandungan cerita. Babak wasted ini tergantung. Ape entah relevannya, minah ni kena rogol lepas tu?

(Dia rilek-rilek je datang ke kampus. Hahaha... ini komedi gelap ke apa?) Atau seperti yang dikatakan oleh seorang blogger filem ini ianya mungkin sebagai satu PSA. Mungkin? Atau babak ini diwujudkan semata-mata kerana sang sutradara mengetahui bahawa tempo filemnya sudah mendatar dan terpaksa memasukkan unsur-unsur suspen bagi mencengkam fokus penonton yang sudah mula menguap.

Dan ohh.., mengulas filem ini juga membuatkan aku mengantuk.

Terus kepada point. Filem ini happy ending. Nak tengok masih ada di tayangkan di panggung yang berdekatan. Sangat sesuai kepada mereka yang ada anak-anak bawah umur 12 tahun yang sudah pastinya akan tertarik dengan watak terencat Lana menyanyikan lagu Ikan Kekek di fakulti Muzik Uitm.

(Kasihan fakulti ini menjadi mangsa keadaan/ divisualkan di dalam filem ini sebagai fakulti yang menerima pelajar yang sangat kasihan i.qnya seperti watak Lana ini.)

end.

12 ulasan:

amer zaman berkata...

aku hingga sekarang rasa seronok tak tengok masa tayangan hari tu.

t.K.a berkata...

hahaha ade 1 scene, adek prof ke sape ntah kene interview, die ckp : " kene wat filem ikot selera penonton.." (lbey kurg la..) ye ke? selera penonton kite cm ni..? mcm diperbodohkn je tgk muvie ni...
(*tpakse tgk cite ni, sbb cite len full..) huhuhu..

Unknown berkata...

cis.. tgk jgk..
anyway. best filem.
jln crita yg menarik. watak kembar siam pown timbul walaupun Yasmin Hani tenggelam dek celoteh fauziah gous. :D

ainfazrin berkata...

*pening lah dengan prof ni*

baik aku tengok dora the explorer. dapat gak asah parenting skill aku compared to citer2 unsur kekeluargaan yang dihebahkan dlm filem2 dia.

ye. cara aku fikir mmg kejam. maaf. mungkin selera filem aku terpesong jauh daripada penonton lain.

p/s: nak tggu magika dan merong mahawangsa pulak. (KRU's)

Ares Bahar berkata...

amer zaman - gua terpaksa buat MCp lalu tertengok sekali.

T.K.A - itu abang dia, Syukor Mohaideen... ha itulah...bisnesman memang cakap macam tu...

Wan - Gua kena buat MCP masa tayangan kat Uitm. So nak tak nak kena tengok jugak. Suka filem ni? :)

ainfazrin - Prof Razak dah ada customer tetap...maybe kita bukan customer dia.

dan betul! Dora the Explorer lagi better... : )

Sir Hady Jupaz berkata...

satu-satunya filem yang menimbulkan KEMARAHAN aku selepas menontonnya...kenapalahhh...haih!

kami kanak-kanak pintar, tolong sajikan filem pintar kepada kami ye wahai orang yang kononnya pintar...hahaha

peace:)

Edzlin berkata...

huhu memang "sedih" cite ni. hazab ku tunggu ia tamat. sangat sayang citer kembar siam, subjek yg menarik, tapi jalan cerita dan lakonan yang sangat bosan.

mapieceofart berkata...

ok... mujur tak tengok.

Ande Sikutawangsa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ande Sikutawangsa berkata...

saya sama mcm bang amer. biasanya rasa teruja dapat menonton. namun utk kes ini, rasa mengghairahkan kerana tak menonton.heh.

Ares Bahar berkata...

hady - haha...

edzlin - samalAH KITA.

ZARA- Mana boleh mujur, gi tgk...tak aci la kalau baca review je wakaka..

94- Horny tak menonton? wow...

s h i d a t berkata...

AKU LAGI PELIK BILA TGK IKLAN DIA BUDAK2 KEMBAR YG BAGI KOMEN "CERITA NI MMG BEST"...WATEFAKKKKK!