Isnin, 8 Februari 2010

Ajak Tonton - Muallaf


Di pelawa semua penggemar/peminat/pencinta/penagih filem menonton filem Muallaf yang akan ditayangkan di Studio Dupa Chendana, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Uitm Kampus Puncak Perdana.

Bagi yang belum tonton filem ini, nah! kamu diberi peluang kedua oleh Tuhan untuk menontonnya di atas skrin lebar dan di dalam suasana panggung. Bagi yang dah tonton, boleh datang tonton lagi sebab selepas tayangan akan ada sesi soal jawab bersama Amir Muhammad, penulis buku Yasmin Ahmad's Films.

Mungkin akan dapat sesuatu (ilmu,pengetahuan,informasi-informasi rare) dari sesi soal jawab tersebut.

Hari : Rabu

Tawarikh : 10 Februari 2010

Tempat : Studio Dupa Chendana

Masuk adalah percuma. Early Bird dapat memilih kerusi/tempat yang strategik bagi tontonan yang lebih selesa.



P/s- Pihak penganjur sedia maklum akan kesukaran untuk sampai ke Puncak Perdana yang agak jin bertendang tempatnya. Segala maklumat awal mengenai laluan ke Puncak Perdana boleh ditanyakan di bahagian komen. Thanks.

1 ulasan:

zubin berkata...

so Air Muhamad sampai tak malam tayangan tu, kata dia sesat kat shah alam, kesian, jangan tersesat ke Mongolian Barbeque Centre sudah