Khamis, 10 Mac 2011

MERONG MAHAWANGSA

















Merong Mahawangsa (dir. Yusri Abd. Halim) terbitan KRU menerima publisiti yang meluas dan sangat disebut-sebut, terlalu hype. Ini merupakan filem Melayu pertama menjengah ke pasaran 72 buah negara (kalau tidak silap fakta). Rekod dicipta. Kehebatan CGI dan Setnya diwar-war. Sesuai dengan bajetya yang menggila. Katanya RM8 Juta.

Mari kita lihat adakah filem ini benar bak dikata.

Saya fikirkan ianya sebuah filem lagenda yang epik sifatnya. Saya salah disini. Tanpa perlu saya mengulang poin-poin dari pemblog filem ini, secara pukalnya saya bersetuju dengan kesemua poin-poin yang beliau hamburkan tentang mutu lakonan, dan ianya telah dilakukan dengan penuh bersopan. Secara peribadi saya beranggapan meletakkan Stephen Rahman untuk watak ini adalah satu kesilapan. Saya sangkakan dengan menggunakan hero impot, ianya akan memberikan saya satu persembahan mutu lakonan yang meyakinkan. Saya kecewa. Hampir kesemua cast yang bukan melayu di dalam filem itu, kecuali Nell Ng, gagal berlakon dengan baik.

Ini bukan kenyataan rasis, maaf kata, bagi saya Wan Hanafisu dan Khir Rahman, apatah lagi si Gandalf Rahim Razali malahan si bibir ngiur Ummi Naziera, berlakon lebih baik dari mereka itu. Moralnya, alang-alang dah ambil pelakon luar, ambil lah yang berjenis sikit.

Namun yang paling mengecewakan, saya kesal filem ini, tidak mampu, tidak berjaya, gagal, secara visual walaupun dengan ruh komersil dan popular, menonjolkan keunggulan dan kehebatan heritage dan susur galur Raja Melayu (Kedah). Contoh filem 300, walaupun digarap secara komersil tambah surreal, tapi dipersembahkan dengan penuh heroic visualnya.

*

Stephen Rahman dari seorang gelandangan pelaut yang assholes dan playboy, mendapat peluang kembali ke Semenanjung Emas, bagi membantu seorang putera Rom yang dilakonkan oleh Gavin bagi menemui pengantin perempuannya iaitu Puteri Raja China iaitu Jing Lusi. Kedua anak raja China dan Rom ini dikahwinkan atas dasar politik. Lokasi perkahwinan adalah di Utara Semenanjung Emas, dan lokasi ini dipilih atas sebab Feng Shui dan kerana berada di tengah-tengah laluan diantara Barat dan Timur.

Stephen Rahman berjaya membawa Gavin ke Semenanjung Emas namun kehadiran mereka telah dapat dihidu oleh kumpulan Lanun Geroda yang diketuai oleh Wan Hanafisu dan Khir Rahman (Khir Rahman dan Stephen Rahman bukan adik beradik, wajah mereka jauh beza,jangan keliru).

Geroda menyerang dibantu oleh ilmu hitam Wan Hanafisu, Jing Lusi berjaya diculik oleh Khir Rahman,manakala Stephen Rahman yang nyaris maut di dalam serangan itu telah diselamatkan oleh Rahim Razali dan anak angkatnya Ummie Naziera. Rupa-rupanya Stephen Rahman adalah orang yang ditunggu-tunggu oleh Rahim Razali dimana dengan kehadirannya, puak mereka akan berjaya disatukan dan seterusnya Geroda yang selama ini melanun mereka akan berjaya dihapuskan.

Seterusnya adalah sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam buku sejarah The Malay Annal, dimana Merong Mahawangsa diangkat menjadi raja dengan menubuhkan sebuah kerajaan yang bernama Langkasuka.

*

Tidak banyak yang dapat diulas dari sebuah filem sebegini. Ianya ringan, walau terdapat beberapa simbolisme politik, namuan untuk mentafsirkannya secara politik, ianya tidak keruan dan keliru di penghujung filem.

Tiada pemberat yang dapat diperkatakan, kalau diteruskan ulasan ini akan dipenuhi dengan kutukan demi kutukan, cuma mungkin kalau mahu digali juga, pujian harus diberikan kepada KRU kerana terus mencuba menghasilkan sebuah filem CGI sebegini bagi tujuan pembangunan dan perkembangan teknologi dalam pembikinan filem.



3 ulasan:

BonekadalamChermin berkata...

SETUJU.


aku juga kecewa.

Ares Bahar berkata...

Sama-sama

Soffian Shariff berkata...

Ulasan tuan terlalu sopan dan lembut bagi menjelaskan sampah yang diberi nama filem HMM. Secara peribadi, saya rasakan filem tersebut adalah filem bodoh yang membodohkan penonton wayang gambar di Malaysia. Efek CGI yang dicanang2 oleh produksi hanyalah setaraf filem2 kelas ketiga Amerika Syarikat. Apa guna CGI kalau plot dan jalan ceritanya x ubah seperti video parody. Saya menonton filem ini secara online bersama seorang rakan dari Brooklyn. Muka saya merah padam dan malu dengan hasil karya anak watan sendiri. Nasib baik rakan saya tidak memberikan komen. Separuh jalan, kami hentikan tontonan, dan bertukar pula kepada filem Puteri Gunung Ledang. PGL berjaya menambat hati rakan saya, sehingga menitiskan air mata apabila Gusti Adipati disumpah Sultan Melaka. KRU harus berhenti dari membuat filem sampah seperti HMM. Belajar dulu buat filem. Dan jangan syok sendiri.