Selasa, 21 Oktober 2008

BUDAK KELANTAN


Hari aku berpeluang menonton pra-tonton filem Budak Kelantan arahan pengarah baru Wan Azli di Cineleisure, Damansara.

Akhirnya!!! setelah hampir setahun menulis blog tentang filem-filem Melayu kami (Aku dan Ikha) akhirnya mendapat jemputan pratonton kami yang pertama. Terima Kasih kepada Mr Ajami yang mempelawa kami ke sana.

Sebelum menonton filem ini, aku sudah tertarik dengan poster Budak Kelantan semenjak kali pertama aku ternampak poster filem tersebut di GSC OneUtama. Poster tersebut walaupun sangat dibenci oleh pengarahnya, namun sangat-sangat 'keras' dan 'lantang' menjerit idea tajuk filem tersebut iaitu BUDAK KELANTAN. Yang paling signifikan, adalah logo bendera Kelantan di poster tersebut.

Filem ini pada awalnya adalah berjudul ' Koya Best' namun disebabkan faktor-faktor yang mungkin dirasakan lebih memberi nilai komersil telah ditukar kepada Budak Kelantan di saat-saat akhir.

Aku secara peribadi, yang mempunyai darah Kelantan di sebelah ibu sangat-sangat teruja untuk menonton filem ini sebaik sahaja ternampak poster filem ini. Selain itu, dengan hanya melihat tajuknya, yang sangat berterus-terang itu, aku secara automatis dapat mengagak apakah cerita yang hendak dipersembahkan. Ini kerana aku yang juga seperti pengarahnya, pernah bergelumang-hidup-mati dengan anak-anak muda Kelantan ( lebih tepat lagi sepupu-sepupu belah ibu aku) yang nakal di KL ini , sangat-sangat mengenali karekter dan sifat-safat mereka. Dan, segala jangkaan aku itu tidak silap sebaik sahaja aku menonton filem ini.

Baik mulakan review.

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua orang anak muda Kelantan yang menetap di KL iaitu Buchek ( Danny X-Factor) dan Jaha (Mohd Asrul Faizal). Mereka berdua adalah rakan semasa kecil dan setelah berbelas tahun tidak berjumpa akhirnya bertemu di Ibu kota (KL).

Buchek sangat berbeza dengan Jaha kerana dia merupakan graduan Universiti manakala Jaha pula berhijrah ke KL selepas tamat persekolahnya di Sekolah Henry Gurney. Perwatakan mereka berdua juga amat jauh berbeza iaitu Buchek berpewatakan Mat Belia manakala Jaha pula sangat-sangat 'gedebe'.

Buchek berminat untuk mengetahui kehidupan Jaha yang sangat bertentangan dengan gaya hidupnya dan akhirnya mendapati kehidupan rakannya itu sangat-sangat 'liar' dan di luar batasan (sila tonton filem ini untuk mengetahui betapa buruk perangainya Jaha). Perangai Jaha ini berkali-kali disindir sebagai 'Amerika' ( Amerika??? tersangatlah subteks ) oleh kawan-kawannya. Ini mendorong Buchek untuk membantu Jaha kembali ke pangkal jalan.

Peluang Buchek untuk membawa Jaha kembali ke sifat 'manusia' yang normal muncul apabila Jaha telah jatuh hati pada teman wanitanya. Buchek merasakan dengan membiarkan 'cinta' wujud subur di dalam hati Jaha merupakan satu-satunya cara membolehkan Jaha bersifat lebih 'manusia' dan seterusnya mengubah Jaha menjadi insan yang lebih 'Hadhari' (ehem..haha). Buchek percaya hanya cinta yang mampu menyelamatkan Jaha. Untuk tujuan ini, Buchek sanggup melakukan satu pengorbanan besar dengan melepaskan kekasihnya kepada Jaha.

Seterusny...opss...aku tidak mahu sinopsis ini mejadi spoiler terhadap filem ini oleh itu, jika anda mahu tahu apa yang berlaku kesudahannya silalah tonton filem Budak Kelantan ini.

***

Secara peribadi filem Budak Kelantan ini bagi aku mencukupi syarat untuk dilabelkan sebagai sebuah filem yang bagus dan menarik ini kerana ianya mempunyai elemen-elemen tersebut.

Menghiburkan- bravo!
Ada sesuatu yang hendak diperkatakan- bravo!
mempunyai identiti sesebuah masyarakat- bravo!

Walaupun mutu dan kualiti warna filem ini agak kurreng (atau berkali-kali disebut sebagai Raw..raw...raw beb...) tetapi bagi sesebuah filem yang mengenengahkan sesuatu isu yang disturb, yang kotor dan jauh dari moral seperti filem Budak Kelantan ini ianya merupakan sesuatu yang sangat-sangat signifikan. Raw ini menjadi satu konsep. ok, boleh diterima.

Filem Budak Kelantan ini juga, yang diakui sendiri oleh wan Azli, merupakan filem yang beraliran Italian neorealism dimana elemen-elemen realistik lebih diutamakan dari elemen-elemen yang bersifat teknikal. Oleh itu dosa-dosa kualiti warna filem yang raw itu tadi harus diampunkan.

Yang sangat-sangat dipuji di dalam filem ini ialah karekter Budak Kelantan yang divisualkan di dalam filem ini amat 'real'. Wan Azli pernah hidup bersama golongan ini, aku juga pernah hidup bersama golongan che awe donde gedebe seperti ini. Aku tahu apa yang mereka buat. Aku tahu bagaimana mereka bercakap,berlawak, selera fesyen ( levi's ori), berjahat, berkacik, bergeh(layan ubat batuk), aku juga tahu sangat perangai gedebe mereka, dan ini semuanya dimuntahkan kembali ke dalam bentuk visual oleh Wan Azli dengan sangat-sangat 'real'. Seperti menonton 'dejavu'. Pengalaman hidup 2 tahun dengan mereka kembali bermain-main dalam kotak memori aku.

Kredit juga harus diberikan kepada Mohd Asrul Faizal yang berjaya membawa watak Jaha dengan amat berkesan -gedebe nok mapuh, jahat macam sial. Aku yang menonton rasa seperti mahu menikam mati si nate gilo Jaha ini. Dah lama tidak nampak pelakon melayu sejahat ini. encore! untuk Mohd Asrulfaizal.

Filem ini tidak mempunyai mala fide terhadap budak-budak Kelantan atau orang-orang Kelantan khasnya. Perangai buruk yang dilakukan oleh budak-budak Kelantan di dalam filem ini juga dilakukan oleh budak Perak, Budak Selangor, Budak Perlis namun signifikan budak Kelantan ini di visualkan merupakan satu perkongsian pengalaman hidup yang jujur oleh pengarah kepada penonton.

Jaha membawa watak jahat gedebe Budak Kelantan manakala Buchek membawa watak baik budak Kelantan yang bijak, lepasan Universiti dan sangat taat kepada agama. Watak Jaha dan watak Buchek ini juga terdapat pada manusia-manusia lain, oleh itu tiada apa masalah dan bagi budok,abe,kakok,pokcik,mokcik,tue',pue' dari kelate usohla raso ter'insult dengan filem ini.

***

Naratif ini terdapat beberapa 'layer' dan secara Explicitnya filem ini mengisahkan tentang perbezaan perwatakan anak-anak Kelantan iaitu Buchek mewakili golongan terpelajar dan Jaha mewakili golongan perantau kelas perkerja, dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Dimana Kelantan dan Kuala Lumpur menjadi satu transisi kehidupan.

Selain itu filem ini juga boleh dilihat dari symptomatic dimana perbezaan latarbelakang kehidupan, menjadikan individu-individu itu berbeza walaupun berasal dari tempat yang sama. Buchek yang latarbelakang hidupnya yang lancar dan normal, berjaya dalam pelajaran, berbeza dari kehidupan Jaha yang 'gelap' dan bermasalah. Akhirnya latarbelakang kehidupan ini membentuk dua individu ini menjad berbeza.

Wan Azli juga cuba mencapaikan mesej 'cinta' dan kasih sesama makhluk di dalam filem ini. Buchek tidak pernah bertindak untuk menghukum Jaha, atau membenci Jaha, walaupun Jaha berperangai seperti syaitan dan pernah bertindak kasar terhadapnya. Pengarah, melalui watak Buchek, cuba menyampaikan mesej bahawa membantu dan membimbing seseorang yang tersesat dari jalan itu adalah lebih mulia dari bertindak menghukum orang tersebut. Manusia tidak sempurna. Oleh itu sikap Hollier than thou harus dibuang jauh-jauh.

Sehingga ke akhiran cerita, hukum karma yang menimpa Jaha tidak melalui manusia. Tuhan yang membalasnya. Di sini hanya tuhan yang boleh menghukum hambanya. Bukan manusia kepada manusia lain.

***

Filem Budak Kelantan, di sebalik tajuk yang sangat 'lantang' ini, merupakan sebuah filem yang agak bagus. Sesiapa yang berasal dari Kelantan harus tengok dan aku pasti kamu akan bersetuju dengan paparan-paparan pengarah terhadap pandangannya terhadap Budak Kelantan. bagi mereka yang dari negeri-negeri lain, juga amat di alu-alukan menonton kerana filem ini lebih dari sekadar 'loghat kelantan'. Ianya merupakan satu paparan kehidupan.

End.

13 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

aku scroll laju2 nak cari nama 'ajami' dan last skali aku baca 'end'..

why?.. coz aku baru rev sekerat jln! muahahah!

p/s: akhirnya aku jumpa couple yg 'sekepala' sebok nak rev filem org! kah! kah! kah!

fadz berkata...

terima kasih buat ulasan, saya akan tonton lepas balik Sabah!

Sinefelia berkata...

ajami- uncle,nama anda ada di kredit di awal entri hahaha...thanks!

fadz- welcome dan anda wajib tonton supaya kami dapat membaca ulasan anda pula...:)

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

ok dek

ramlyotai.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

maksud uncle tu ikha...hehhehe
link kan nama tu sekali kat blog dia tuh

hahhahaha

lepas ni ray nak ajak korang ke pra tonton Cicakman2 pulak...

nanti ray invite

Ajami Hashim berkata...

next prev >> 30 oct "ANTOO FIGHTER" (malam).. mau?

deennasour berkata...

wah ajami komuniti menyerang filem2 tempatan nampaknya!!!
aku tgk dgn ajami pre estet..

kalau estet kaler filem pun tak ok,
sbb filem blum proses baek2 lagi,
last touchup belum masuk lagi la..
maybe dak kelantan cenggitu gak kot, blom last touchup lagi..

aku sibuk dgn sambutan hari raya ari tu, kalau tak, aku juga ke sana...

p/s : boleh letak byk2 lagi tak option utk pilih identiti...

Sinefelia berkata...

otai - ok ape bang?? :)

ray - wah...dapat tengok cicakman real tersangkut kat siling cineplex tak nanti??...haha...boleh..boleh...kami on je selalu untuk invitation...

ajami - 30 ke 31 hb uncle?? ok, boleh je..

deennasour - wah..beraya sakan nampak??

fadz berkata...

dah tonton tapi rasanya ulasan awak sudah begitu baik, dah cukup, heheh, tak yah lah saya tulis lagi, hohoho

Sinefelia berkata...

fadz...thanks for the compliment...

dari babak pertama kami dapat rasakan filem itu ada kelainannya... :)

ery2h berkata...

thanks bro for this blog..meme best cito budok kelate tuh..teringat masa study uitm shah alam 1999 dulu..
thumbs up for u bro..

daise berkata...

budak setakat filem budak kelantan, tapi dorang gak ada animasi superhero GomoMan. gedebe sunggoh. hamid albar dorang pelempang gitu jer. huhu. no wonder BN payah nak menang kat situ.

Sinefelia berkata...

perdana v6 - terima kasih kembali..

daise - betul ke??wah..dashyat..