Rabu, 18 Februari 2009

Abdul Razak Mohaideen, filemnya dan penonton Melayu.

Nama Abdul Razak Mohaideen yang selalunya di pangkal nama tersebut terdapat gelaran Profesor Madya adalah satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri filem tanah air. Beliau dikenali sebagai seorang pengarah yang sangat prolifik dalam menghasilkan filem-filem Melayu. Selain itu, filem arahan beliau seringkali mendapat sambutan hangat dari penonton. Ini dapat dilihat dari hasil jualan tiket yang selalunya mencecah jutaan ringgit Malaysia.

Namun di sebalik sambutan penonton terhadap filemnya. Razak juga sinonim dengan fiilem-filem yang dianggap tidak berkualiti, sampah, bodoh dan membuang masa. Filem beliau dikecam sebagai filem yang tidak menjana minda dan tidak mendatangkan sebarang signifikan. Cendekiawan dan elitis filem melabel beliau sebagai seorang pengarah yang tidak sejajar dengan gelaran profesor yang disandang oleh beliau.

Persoalannya di sini, adakah wajar sesetengah pihak melabelkan filem beliau sebagai filem bodoh?

Ini kerana adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal sekiranya filem yang dikecam sebagai bodoh, sampah, tidak berkualiti, bangang dan sia-sia mendapat sambutan yang hangat dari penonton. Kita melihat sesuatu filem itu mendapat sambutan atau tidak adalah berdasarkan jualan tiketnya. Dan Razak telah membuktikan kepada kita dengan secara konsistennya filem-filem beliau seringkali mendapat pulangan yang tinggi dari segi jualan tiket.

Siapakah yang membeli tiket untuk menyaksikan filem yang dianggap sampah ini?

Sudah tentu tidak lain dan tidak bukan adalah penonton melayu. Ini kerana tiada kaum lain di Malayisa ini yang menonton filem Melayu melainkan orang melayu itu sendiri. Jika ada peratusan mereka adalah sangat kecil. Penonton inilah yang menjadi faktor permintaan filem Razak.

Razak seringkali mengatakan bahawa dia membikin filem adalah berdasarkan penonton. Baginya , tiada yang lebih bodoh dari menghasilkan sesuatu yang merugikan diri sendiri. Dia memilih jalan paling selamat, hasilkan filem yang penonton suka, walaupun filem itu dilabel sebagai bodoh, tetapi itu yang penonton mahukan. Dia menawarkan penonton filem yang mereka mahukan dan dia mendapat keuntungan dari filem tersebut.

Ini teori ekonomi yang paling asas, setiap penawaran haruslah mempunyai permintaan. Filem yang digelar bodoh itu adalah permintaan dari penonton. Dan ini adalah satu perniagaan yang bagus.

Sekarang, aku mengajak para cendekiawan dan elitis filem melihat Razak sebagai seorang peniaga, seorang businessman, kapitalis yang berkiblatkan keuntungan. Razak adalah seorang peniaga filem. Dia mahu mendapat keuntungan dari filemnya. Filemnya itu adalah sebuah komoditi dagang dan bukannya sebuah karya untuk memenuhi keperluan estetik minoriti penonton.

Oleh itu, tidak hairanlah Razak terus-terusan menghasilkan filem-filem sebegitu, kerana dia tahu terdapat ribuan penonton di belakangnya yang aka menyokong filem-filem beliau. Dia bijak mengeksploitasikan selera penonton untuk terus kukuh dan terus konsisten di dalam industri sambil mendapat keuntungan dari pengeksploitasian tersebut.

Berbalik kepada persoalan di atas tadi, sekiranya filem yang dihasilkan Razak adalah sebuah filem bodoh adakah mereka-mereka yang menonton, yang menyokong filem Razak adalah terdiri daripada mereka-mereka yang selabel dengan filem tersebut.

Ini kerana tiada apa yang lebih bodoh dari melakukan kerja bodoh. Menonton filem yang tidak mendatangkan sebarang faedah dan hanya membuang masa adalah kerja bodoh. Adakah penonton yang kita boleh gambarkan ramainya berdasarkan hasil jualan tiket itu terdiri daripada mereka yang bodoh?

Bagi aku tidak. Mereka tidak bodoh. Kita tidak boleh menghukum mereka kerana citarasa mereka yang berbeza dengan kita. Razak menghasilkan filem komedi, dan mereka rasa kelakar. Kita pula berpendapat ianya tidak kelakar langsung, malahan ianya lawak bodoh. Lalu kita menganggap mereka yang gemarkan lawak Razak adalah turut bodoh.

Ini adalah satu sikap yang tidak adil. Kelakar itu subjektif. Begitu juga dengan keseluruhan filem. Filem itu juga subjektif dan ianya bergantung kepada citarasa kompleks individu yang menonton.

Suka atau tidak itulah majoriti penonton Melayu. Aku secara peribadi menghormati setiap golongan penonton yang menonton filem Melayu. Kerana mereka ini setidaknya memberi sumbangan kepada industri filem Melayu.

(akan bersambung)

33 ulasan:

Dzulhakim Baharom berkata...

kualiti atau kuantiti??

tepuklah dada..

Ikhares berkata...

Entri ini sekadar polemik. :)

heril berkata...

daripada satu sudut, memang betul apa yang PM. Razak lakukan..
cuma, rasanya lebih elok dia mengubah cara pendekatannya dalam filem supaya menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Komedi tak salah, tetapi kalau kreatif, boleh saja diselitkan pelbagai bentuk sindiran sinis dan pengajaran kepada penonton.
Filem bukan sekadar hiburan....

Aidi Rahimi Ibrahim berkata...

everybody paint in different manners, razak paint in his own style. at least as an escapist, i would rather say that razak paint in the secondary stage; hopefully in the future he will paint (do) better. Besides; what is the definition of "bodoh". Beside whats wrong if it is "filem bodoh", still ada substance as dia punya style. Open la sikit kan, kan? respect what people do. Seni itu terlalu subjektif. Golongan mana yg kategorikan filem razak bodoh? Org belajar filem pun belum tentu cerdik atau bodoh. Kalau org itu bodoh pun, jangan pinggirkan dia. Klu filem itu bodoh pun jangan pinggirkan dia. Ed Wood pun terima nasib yg sama dulu, tp skrg? Harold Loyd? Chaplin? "Three Stooges"? Mat Sentul pun terima nasib yg sama, tp skrg? Badul? Bodoh kerrr...:-) Semua ada substance.:-)

Aidi Rahimi Ibrahim berkata...

heril : menjadi sesuatu yang lebih bermakna...Komedi tak salah, tetapi kalau kreatif:

"bermakna"

"kreatif"

ok, ok...Bermakna? Komedi Kreatif?
????

Aidi Rahimi Ibrahim berkata...

atau..kita perlu faham apa yg razak lakukan; "wit", "slapstick",
"humour", "jokes"... atau RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM $$$$$$$$$$.

Ikha & Res sihat?

Ajami Hashim berkata...

bodoh vs. cincai..

saya tak kisah menonton filem yg memang wataknya 'bodoh' dek latarnya TAPI saya menolak filem yg dibikin dgn 'cincai..

namun, 'bodoh' & 'cincai' itu juga subjektif kpd setiap org kan?

cuma, kalau sudah jelas lagi bersuluh ia memang 'bodoh yg cincai' cemana tu dik? hahaha..

penonton melayu ada 'sebab' kenapa mereka pergi ke panggung tapi saya pasti TIADA seorg pun yg pergi kerana hendak menonton sebuah filem 'bodoh'.. salah satu sebabnya ialah faktor popularnya 'bahan' di dlm sesebuah filem..

memperisaikan bikinan filem yg dikatakan sbg 'disukai ramai' sekadar bergantung kpd bilangan org ke panggung - kutipan tiket yg berjuta-juta rasanya tidak tepat juga.. ia hanyalah bilangan org yg membeli tiket BUKAN bilangan org yg suka 100%.. balik kpd teori kebarangkalian matematik!

kecuali, setiap org yg membeli tiket dibekalkan borang Q&A utk bagi rating selepas tonton mcm prebiu filem GENG baru2 ini.. yg saya rasa mustahil dilakukan utk satu malaya ini! hahaha!..

kita tunggu & lihat ajerlah berapa lama fenomena ini akan berlaku?.. kerana setiap yg naik akan turun.. pisang takkan berbuah dua kali!..

cewahhh! peace all! muahhh!

Ikhares berkata...

heril- filem bukan sekadar hiburan. Saya setuju dengan itu. Tetapi bukan semua bersetuju dengan kita.

Aidi Rahimi- yup encik aidi. Kami sihat. Thanks kerana berkongsi pendapat. :)

Ajami- Orang berniaga akan mencari resipi atau kaedah terbaik untuk melariskan perniagaannya.

Dalam konteks ini, 'bahan' di dalam filem yang digunakan seperti menggunakan pelakon-pelakon popular adalah salah satu taktik paling kuno untuk menarik audiens.haha.

Razak menggunakan taktik ini. Dan ini bukannya baru, Yusof Haslam juga menggunakan kaedah yang sama.

Kami tidak nampak dimanakah ketidakwajaran untuk mengatakan filem yang mendapat sambutan itu tidak boleh dinilai dari kuantiti jualan tiket filem tersebut.

Ini kerana berdasarkan konsistensi sambutan terhadap filem Razak dapat menguatkan hujah bahawa penonton yang menonton filem Razak adalah terdiri daripada penonton yang sama.

Ya, setiap fenomena akan ada penghujungnya. er...layak ke sambutan filem Razak digelar fenomena? haha...

Dan ini hanya akan berlaku apabila penonton mula menolak filem-filem Razak...

saat omar berkata...

kah kah kah....Ajami u rockkk!! wa no komen...nanti miss soru huhu...

filem ' bodoh" yang saya suka dan boleh tengok banyak kali adalah..Freddy Got Fingered- that silly and chaos Tom Green...its not just bodoh but annoying. But something about it that makes me want to see it more than once.

Filem prof Madya Razak? no komen...Im still question of why dia nak put title dia (prof madya) as director. I think hes probably the one and only film director in the world to do that . is he?

ajie berkata...

aku rela tgok film yusof haslam dr beratur beli tiket utk tonton film pengor razak ni.....

Ikhares berkata...

saat omar- Ajami memang rock... salah seorang figura yang kami hormati dalam filem blogosfera... :)
Dia juga antara orang yang pertama menyokong kami berblog tentang filem.

Dan yang paling utama dia juga adlalah orang pertama ajak kami ke preview filem...hahaha...kalau tidak sebab dia, Lagi-Lagi Filem masih lagi blog sekadar di pinggiran ...hahahah

haha orang yang mempunyai gelar profesor sememangnya mempunyai peel yang berbagai... dan ianya juga mungkin menjadi sebuah perisai waja.

Mungkin salah satu sebabnya adalah ayat ini... " aku ada profesor, hang ada apa?"...kah kah kah...

Ajie- Rela tak rela kami akan beratur untuk keduanya...dan berdoa mereka berdua membuat sesuatu yang mungkin lebih signifikan.

saat omar berkata...

bagus..anak murid kena backing cikgunya....moga2 dapat A+ nanti dalam kelas dia ahak...

fadz berkata...

Orang lain sibuk mengupas pemikiran org melayu tetapi Razak mengupas nafsu sebenar org melayu: they just want some entertainment, so to hell with it.

kan kan kan?

Ikhares berkata...

saat omar- haha orang yang mempunyai gelar profesor sememangnya mempunyai peel yang berbagai... dan IANYA JUGA MUNGKIN JADI PERISAI WAJA.

Mungkin salah satu sebabnya adalah ayat ini...

" aku ada profesor, hang ada apa?"...kah kah kah...

Rasanya encik salah faham ni... kami tak backing sapa-sapa... Baca elok-elok... Er...encik ni penulis kan? sinikal?...subteks? tak faham?

Haha... kami tiap-tiap semester anugerah dekan...tak perlu nak membodek A semurah ini. :)

Fadz- yup... tepat fadz... Nafsu penonton Melayu yang hanya sukakann hiburan punca survival Razak. Itu sahaja...tepat.

Ikhares berkata...

Saat Omar- baca ulasan kami terhadap filem Rasukan Ablasa... Ulasan membodek A+?

lompatkataklompat berkata...

so, mungkin editor2 yang buat trailer pendek utk filem razak kena tukar skrip lepas ni,

selalunya latar kata trailer berbunyi, "dari pengarah Prof.A Razak Mohaideen,"

kepada,
"dari seorang peniaga filem Prof.A.Razak Mohaideen,"

boleh tak camtu?

aku berfikir 2,3 kali nak tgk citer dia yang nak masuk wayang minggu depan nih.

soldier of art berkata...

filem razak mohaideen dapat sambutan aku rasa bukan kerana penonton suka tapi kerana benda baru yang dia cuba pada setiap filam dia dulu
macam perniaga, mesti nak wat benda baru untuk setiap produk dia kn..
dulu dia wat cerita pasal anak mami, orang ingat benda baru, pergi tgk, baru tau x ada yang baru selain pengunaan bahasa je..
pas tu wat cinta kolestrol, konon nye pengunaan prop yang canggih, erra jd gemuk, org ingat benda baru, pergi tgk, cis, x ada yang baru rupanye, cuma pakai suit gemuk je. tertipu lagi., lagi baik tgk andy lau jd gemuk, lagi best cerita dia.
ni semua sebenarnye kuasa iklan, ntah berapa david teo abiskan duit untk promosi je.., dan penonton terus tertipu.
ya, penonton kita mmg x bodoh. tapi penonton kita mudah lupa. tertipu pun masih percaya lagi..

dr. mahathir berkata, 'melayu mudah lupa'...

p/s : dr. mahathir kata, bukan aku tau

hady berkata...

saya bukan lah orang filem
tapi saya memang kaki filem
tak kiralah filem melayu atau inggeris
bagi saya, asalkan plot cerita nya menarik dan segar
pasti saya akan tonton

maaf, saya tidak gemarkan filem filem prof razak
mungkin perkataan 'anti' lebih tepat
jangan lah gunakan faktor budget sebagai alasan plot filem membosankan, tidak bermutu, cincai, klise dan tidak bijak,
bila menonton cerita The Curious Case of Benjamin Button dan Slumdog Millionaire, baru baru ini
saya malu sendiri dengan filem filem Prof Razak
harap Prof Razak juga punya rasa malu!

Anak Halal, CINTA, Sepet, Sepi rasanya antara filem malaysia yang bagus. jangan kata saya tak patrioritik.

kaffeestube : wenig zucker berkata...

cuba buat filem berbentuk bodoh? mesti orang hargai kerana pendekatan itu...percayalah. Prof Razak manusia jugak, dia ada sebab mengapa dia membikin filem sedemikian. Ikhares menulis entri ini tidak salah rasanya. Masing2 mempunyai pendapat tersendiri. Baru-baru ini, saya menonton filem Mat Raja Kapoor, arahan Mat Sentul saya begitu teruja dan kagum dengan pendekatan beliau paparkan dari sudut visual, editing dan subtext melalui filem. Bagi saya, beliau experimentalis melalui filem pada ketika itu di CATHYA KERIS. Sama juga pada zaman milineum ini seperti Prof Razak membikin filem lawak yg bangang dan sering di katakan menghasilkan filem sampah bodoh, tetapi pada suatu hari para pengkritik, pengkaji ilmiah dan student filem akan menghargai filem arahan Prof Razak. Percayalah. Saya cuba membuat perbandingan. tq.

kaffeestube : wenig zucker berkata...

prof razak bangga dengan title Prof. Madya A. Razak Mohaiden. KIta harus bangga menggunakan title ini. Buat apa nak malu?? walaupun membikin filem yang dikatakan oleh pengkritik filem bodoh dan sampah..

filem Sifu dan Tongga antara filem yang terbaik arahan Prof Razak. Ada sesuatu, dan subtext yg cuba di paparkan! Jangan menilai sesuatu karya dari sudut luaran, tetapi haruslah memperlihatkan dari sudut dalaman. Sebagai contoh, samalah kita melihat anak dara orang sebelum menyunting di taman larangan!hahahaha(just joke)

bagi saya, Prof Rzak adalah seorang pengarah filem yang banyak memaparkan budaya Mami di Penang. Ini secara tidak langsung beliau telah mendokumentasikan budayanya sendiri yang berlaku dalam ruang lingkup kecil otaknya, dan beliau cuba berkongsi dengan para penonton. Bagi saya, prof razak secara tidak langsung mencurahkan ilmu kepada penonton di mana memaparkan budaya mami supaya kita jangan jadi manusia yang angkuh, bongkak, berlagak, takbur etc. Mencurahkan ilmu itu satu tuntutan dalam konteks fardhu kifayah melalui konsep islam. Sebab itulah Allah s.w.t sentiasa di sisi prof. razak. Rezeki beliau tidak pernah putus. Adakah beliau yg di katakan menghasilkan filem berbentuk bodoh dan sampah? Cuba anda fikirkan? Fikir dulu sebelum bertindak dan bercakap sesuatu.. Walau bagai manapun, apa yang terjadi dalam entri "ABDUL RAZAK MOHAIDEEN, FILEMNYA DAN PENONTON MELAYU" yg di tulis oleh ikhares bersama komen blogger semua bergerak dan kehendak di bawah satu garisan....yang MAHA ESA.

saat omar berkata...

hahaha Sabor sabor...

betullah saya cakap..takde subtext takde niat jahat. Saya kata baguslah backing cikgu...kalau bukan anak murid yang backing cikgunya siapa lagi...dan bila saya kata harap2 dapat A+ dalam kelasnya..i really mean it.Bukan sebab saya cakap atas alasan backing dia je... itu doa saya....adeh deh.

dan tentang title prof madya tu pulak....saya cuma nak bertanya sahaja...selain dari razak Mohaideen, adakah pengarah lain yang pakai title Prof madya atau Associate professor kat dunia ni bila mengarah filem? saya hanya bertanya sahaja bukan mempersoalkan....dan adakah dia orang yang pertama didunia ini yang pakai gelaran akademik bila berkarya mengarah filem?

semua filem ,baik pandai baik bodoh ada substancenya...haha kan?

kalau suka filem2 Razak Mohaideen, i suggest u all tengok Mistik....tis a masterpiece. it ranks alongside Texas Chainsaw massacre, Rosemary Baby,The Shining, Ju On dan others as greatest horror movier ever...

that just my 2 cent :D peace....

ahmad berkata...

a'kum anda berdua.
saya bukan pelajar filem..
ini pandangan manusia biasa..

kalau ramai kata tak berkualiti berdasar ilmu mereka, maksudnya 90% pendapat itu tepat..

kalau filem itu bodoh ia tetap bodoh..dan mendidik orang lain supaya menjadi bodoh bukan matlamat ilmu..

maafkan jika saya berkasar. umpama bila siapa suka hidu gam, anda offer pula gam itu dalam pek kecil siap ada plastik alat hidu gam..anda galakkan benda tak baik dengan menggunakan medium yang sepatutnya baik (gam sepatutnya jadi pelekat,kan?).

tapi saya juga berpendapat filem yang baik selalu tak dapat sambutan sebab tukang kritik sendiri tak berlumba pergi tgk wayang. cakap saja lebih. buktikanlah yang anda kritik tu. jangan harap orang lain sokong dengan hanya dengar kritikan anda.

saya gembira dapat tahu kewujudan blog ni. pada saya pemikiran anda berdasarkan ilmu tapi sarat dengan elemen rasional yang boleh diserap sang rasional seperti saya. sekian.

p/s: kutuk itu bukan teguran. teguran adalah didikan.

nota: anda bermaksud tukang kritik. bukan ditujukan pada tuan punya blog ini.

Aidi Rahimi Ibrahim berkata...

apa kata kita jemput en. prof razak join ber-blogging kat sini? setuju tak, mungkin en. prof ada pendapat dia juger..

mmm... tumpang lalu. :-)

fadz berkata...

sokong aidi! jom ajak prof razak berblogging!

Maya berkata...

Penonton sekarang sudah dewasa tetapi malangnya karyawan filem sendiri belum 'sedewasa' penonton. Masyarakat perlukan sesuatu yang manfaat menerusi filem disamping sebagai wadah hiburan.Kalau pengiat filem sendiri tidak 'serius', filem Malaysia gagal menjadi pendidik, apalagi sebagai propagandis. Filem Malaysia wajar bina kekuatan yang tersendiri sebelum penonton mual dan meminggir.

maPieCeoFarT berkata...

mmg meriahlah perbahasan di sini kalau Prof. Razak join sama... tapi ade kesempatan ke Prof nak ber-blogging? salu bz jer kan orgnya... huhu...

saya tonton semua jenis filem, saya terima sama rata dan kemudian buat penilaian serta perbandingan... dulu sy mmg jenis yg mudah kritik sblum kaji... tapi skrg sy sedar pentingnya penilaian rasional berdasarkan teori, bukan dipengaruhi product labeling..asal filemnya arahan Prof saja, belum apa², dah ada satu jenis persepsi negatif dalam otak... sesetgh orglah, bukan semuanya... =)

dari satu sudut, saya bersetuju dgn pendapat saudara kaffeestube... sangat ada betulnya... we should see all things from both sides... ~0^_^0~

Darul Iskandar berkata...

Hidung aku berdarah...Filem subjek India menang Academy Award...

Aidi Rahimi Ibrahim berkata...

maPieCeoFarT berkata...
mmg meriahlah perbahasan di sini kalau Prof. Razak join sama... tapi ade kesempatan ke Prof nak ber-blogging? salu bz jer kan orgnya... huhu...


yelah...berblogging pun bukan bleh masuk duit..tak kaya pong..hehe..gurau je., kdg kdg tu sakit ati ade lerr...:-)

tumpang lalu...:-)

anak jaini berkata...

afdlin shauki juga buat filem komedi. tapi lebih bermakna daripada razak.

Maizura Mohd Ederis berkata...

Tapi dalam filem DUYUNG ada satu dialog yang pandai :

"bukan saya rompak bank, tapi bank yang rompak saya."

Saya pernah menulis artikel tentang sistem kapitalis, sejarah duit kertas dan instutusi bank dalam sebuah majalah. Intro saya berbunyi begini :

"Kalau anda fikir bank adalah penyelamat, anda sebenarnya silap. Bank sebenarnya adalah perompak."

Sayang sekali, editor memotong intro ini dan re-write menggunakan ayat yang lebih lembut dan berlapik. Kenapa? Alasannya takut Bank Negara marah, takut org IMF datang jumpa Menteri Kewangan, takut kononnya KJ itu betul-betul ejen CIA dan terbaca artikel itu, etc. Itu lah alasan editor waktu itu.

Tapi Razak dengan berani mengeluarkan dialog itu. Adakah dia sengaja atau tidak sengaja lantaran kurang faham tentang kapitalisme barat sekular?

Wallahualam...

Bugi..... berkata...

anda semua kene paham tentang sasaran penonton....kalau anda tak suke ade 10 org yang suke (dalam kes nie lah)....kenape 10 orang tu suke????sebab diaorang tu adalah dalam sasaran penonton....sesampah yang dikatekan pun, filem2 razak masih mendapat sambutan dan dia masih lagi mampu untuk membikin filem2 lagi....ape gune filem yang menang anugrah tapi tak mendapat sambutan????pengiktirafan????tu je????sejauh mane jaguh kampung mampu berlari????hmmmmm....

Ham mohd berkata...

Salam ... jika renung kembali didalam industri seni di negara kita ini adakalanya cukup melucukan ..
Izinkan saya menyorot kembali suatu peristiwa dimana dahulu Eddie Hamid dilabel sebagai composer lagu - lagu bodoh , meleret , meleleh dan dan lagi berhingus , lagu - lagu ciptaannya yang cukup merosakkan industri muzik pada ketika itu ( sekitar tahun pertengah 90an ) tidak langsung kreatif dan mencabar akal pandai seseorang pendengar .. alasan yg sama diutarakan oleh beliau adanya permintaan dari para peminatnya ..

Hari ini perkara yg sama berlaku tetapi diatas medium yg berbeza yakni filem.
Prof Abdul Razak Mohaideen berbekalkan seguluh kertas Bachelor's Degree in Journalism .. beliau berjaya menghaslkan satu produk yg tidak jauh bezanya seperti yg dilakukan oleh Iddie Hamid.. jalan cerita yg kurang bijak dan agak keterbelakang..

Nah .. ada yg suka dan ade yg muntah .. bagai mana seorang Profrsor Madya boleh menghasilkan sebuah karya yg kualitinya tidak seimbang dengan kelayakan dan gelaran Prof yg dibawa.

Andai kata ekonomi menjadi alasan beliau untuk berkarya sedemikian adalah amat malang bagi kita khususnya yg dahagakan sebuah karya hebat lagi agong terpaksa mununggu 100 tahun lagi untuk mendapatkan sebuah karya yg bermutu dari air tangan pengarah tempatan kita..

Buta , tuli dan munkin sedikit lena munkin perkiraan yg sebenar terjadi kepada Abdul Razak Mohaideen.. beliau gagal menghidu keperluan dan kebertanggungjawaban yg perlu dipikul oleh seorang yg bergelar Prof dan pengarah dalam mempertengahkan idea dan minda kreatif..

Plot - plot bodoh dan scene yg sudah dijangka pengakhirannya menjadi taruhan utama beliau dalam menghasilkan sesuatu karya..

Apakah menjadi suatu kesalahan dan beban untuk menghasilkan sebuah karya segar , bernafas baru dan sekaligus mampu untuk break event sesuatu ko produksi ? jika tidak maknanya beliau masih gagal banyak masih perlu dipelajari .

Segulug kertas tidak mampu membawa beliau kemana jika tidak disulami bersama idea baru yg segar dan kreatif .. kertas itu masih lagi segulung kertas yg ada masanya jika perlu bisa dan boleh dijadikan tisu tandas selayaknya jika ilmu yg depelajari gagal untuk dipratikan ..

Karya - karya beliau sudah tentu tidak akan menjadi santapan naluri orang - orang seperti saya .. senarai hitam munkin perkataan terbaik bagaimana saya cuba mengelak untuk menonton karya beliau .. ada baiknya bergini dari duduk kecewa sepanjang waktu tika tayangan karya beliau diudara.

Rh. berkata...

For kaffeestube : wenig zucker

You reference "Prof. Razak" annoys me.. Boleh tak lain kali jgn tinggalkan "MADYA" pada title beliau. It was an offense for all the professor because Prof. Madya is just an Associate Professor in academic ranks of Malaysia. Not enough for him to be referred as "PROF", But only enough for "Prof Madya". Hope you understand the ranks.