Rabu, 11 Februari 2009

Sifu dan Tongga

Kelmarin aku dan Ikha telah menonton filem terbaru Prof. Razak Mohaideen iaitu Sifu dan Tongga lakonan Saiful Apek dan Nabil di Sunway Piramid. Filem ini telah mendapat kritikan negatif yang sangat hebat di ruangan blogosfera oleh para blogger yang menghadiri pratonton filem tersebut. Ramai yang berpendapat filem ini adalah filem 'tak' layak ditonton namun di sebalik kecaman-kecaman hebat itu filem tersebut berjaya mengutip hasil jualan tiket yang memberangsangkan. Filem yang buruk seharusnya ditolak tetapi berdasarkan jualan tiket ianya jelas mendapat sambutan. Paradoks.

Oleh itu, aku dan Ikha menguatkan tekad dan semangat untuk menonton filem ini. Aku mengingatkan diri aku untuk tidak menonton dengan prejudis dan menonton dalam keadaan tenang dan neutral. Setelah menghabiskan hampir 90 minit di dalam panggung, inilah pendapat aku. Seperti biasa, aku mulakan dengan sinopsis.

***
Filem Sifu dan Tongga ini adalah sebuah filem komedi yang mengisahkan tentang advencer dua orang dari kaum yang 'hilang' (The Lost Tribe) iaitu Sifu (Apek) dan Tongga (Nabil) mencari anak gadis ketua kaumnya iaitu Mila yang juga kekasih kepada Sifu. Pencarian Mila ini telah dibantu oleh kuasa supernatural Sifu yang berkemampuan menyeru semangat 'nenek' bagi memberi penunjuk dalam misi mereka menyelamatkan Mila.

Dengan bantuan 'nenek', Sifu dan Tongga merentasi belantara dan sampai di bandar di mana Mila ditangkap dan akhirnya berjaya menyelamatkan Mila. (sinopsis pendek untuk mengelak spoiler)

***
Aku pasti tidak sukar untuk penonton menduga gaya komedi yang dihidangkan oleh prof. di dalam filem terbarunya ini. Komedi klise stereotaip Saiful Apek. Kelakar seperti yang sudah-sudah. Dikitar semula tetapi masih laku di pasaran. Komedi seperti ini masih mampu menarik hilaian gelak penonton di panggung.

Sekiranya penonton bosan dengan Apek. Prof mempunyai satu lagi senjata yang mampu menarik perhatian audiens iaitu Nabil. Pemenang Raja Lawak. Membawa watak Tongga.Tongga.Tongga.... Menggunakan Nabil sewaktu dia masih panas dengan title Raja Lawaknya adalah satu strategi yang agak berkesan. Penonton mahu lihat Nabil beraksi di layar perak. Penonton yang juga penyokong yang sanggup menghabiskan kredit telefon mengundinya di dalam program Raja Lawak tidak akan teragak-agak untuk menghabiskan RM 10-11 untuk menikmati lawaknya di layar perak. Namun Nabil tidak menyerlah di dalam filem ini. Saiful Apek lebih dominan.

Apabila kita berbicara mengenai soal komedi ianya sangat subjektif. Tahap penerimaan humor dalam diri seseorang individu adalah berbeza-beza. Aku dengar helaian gelak tawa penonton sepanjang filem ini ditayangkan. Mereka begitu terhibur. Aku pula terhibur mendengar gelak tawa mereka. Sangat kelakar apabila menonton sesuatu yang tidak kelakar tetapi di kiri dan kanan bingit dengan dekahan gelak tawa.

Sangat kelakar apabila itulah kelakar yang penonton 'kita' mahukan. Sekiranya aku melabel filem Prof ini sebagai sebuah filem komedi yang bodoh ini bermakna mereka yang sukakan filem ini adalah terdiri daripada orang-orang yang bodoh? Adilkah aku untuk melabel filem ini dan audiensnya sebegitu. Sudah tentu tidak.

Oleh itu aku tidak menganggap filem prof. ini filem komedi bodoh. Tetapi sebuah filem komedi yang sangat ringan. Ringan sehingga tiada apa-apa. Sebuah komedi lagha yang tidak memberi manfaat yang banyak kepada penonton. Filem ini bertujuan untuk penonton lari dari masalah hidup. Gelak lah kamu puas-puas. Habis 90 minit sambung kembali hidup kamu yang bitter.Haha. Itupun kalau kamu boleh gelak.

Selain itu, buang logik serta kemampuan waras sewaktu menonton. Apa yang perlu penonton harapkan dalam filem ini adalah sensual humor yang boleh mencuit hati. Payah hendak jumpa tetapi ada sedikit-sedikit yang penonton boleh rasa di beberapa tempat. Bagi aku adegan di balai polis sewaktu Sifu dan Tongga diarahkan untuk duduk di kerusi adalah salah satu dari hanya beberapa adegan yang boleh aku ketawakan.

***

Filem Sifu dan Tongga (sewaktu entri ini ditulis) masih ditayangkan di pawagam. Bagi mereka-mereka yang berminat dengan genre komedi sebegini serta gemarkan hasil karya Prof. Razak anda masih tidak terlewat untuk menontonnya. Filem ini dihasilkan untuk anda dan kerana anda.

16 ulasan:

fariziskan berkata...

tongga je yg buat penonton gelak...


yg len sgt klise...

sgt splastik...

jamban...

edzlin007 berkata...

saya dah menonton filem ini, tapi tak ketawa sangat.

saya baru baca blog ini setelah baca akhbar kosmo. saya jg pelajar puncak perdana, tapi selalu rasa segan bila nak pergi tengok filem2 yg ada di situ.

naz berkata...

filem nie terlalu slow.
kalau ada lebih percakapan
maybe leh jadi lebih bgs filem nie.
nabil lebih berbisa jika guna
lawak dengan bercakap...

mygen2u berkata...

tak tahu pun tentang kewujudan filem ne..
lum top ke?
ke takkan top?

http://picture-wallpapers.blogspot.com
http://rock-song-lyrics.blogspot.com

Ikhares berkata...

fariziskan- Memang patut 'Tongga' yang buat penonton gelak. Dia kan Raja lawak. sangat tak patut kalau dia tak lawak. lol.

Edzlin007- datanglah... tayangan filem itu untuk semua. Saya jamin filem-filem yang ditayangkan adalah filem-filem yang bagus.

naz- setuju. nabil lebih bagus jika dia berdialog tetapi di dalam filem ini dia sudah terikut dengan Apek. Beri dia peluang. Ini filem pertama dia, Kita tunggu filem 'Lu fikirlah Sendiri'. Mungkin disitu dia lebih jadi diri dia.

Ajami 'Opet' Hashim berkata...

paradoks ker..

or paradogs? hahaha!

emi_putra berkata...

hanye sifu dan tongga je yang idup dlm cite nie...

yang lain sume mcm hape ntah..lembab perjalanan cite nye. aku ni tgk klu tak org belanje tak de nye aku pegi...dh org belanje layan kan je laaa....

ummuhadhra berkata...

huhu.. ma frens sampai 2 kali tgk cter ni..

x tau la ape yg menariknye..

mungkin sbb minat kat nabil je kot..

ape2 pun, tggu je nabil dlm filem beliau sendiri..'lu pikirlah sendiri'

AminLirikLagu berkata...

Saya juga ke blog ini setelah paparan yg kuar dlm Kosmo...so boleh le baca2 ape yg patut....

Mengenai filem Sifu & Tongga....kalo hanya utk ketawa sahaja tanpa memikirkan jln cerita yg X seberapa...ha...buleh le layan..tambah2 nengok gelaGAT c tONGGA ngan Sifunye...har-har-har....Kehadiran watak cam Fouziah Gous dan Erra hanya wat semak jer....:-) an-an-an-an....

Ikhares berkata...

uncle - yang mana mana pun boleh..hehe..

emi_putra - layan~~

ummuhadhra - sesetengah orang memang sukar difahami ummu..taste diaorang berbeza...

kami pun tertunggu tunggu filem tu..harap harap gempaklah.. :)

aminliriklagu - an an an... ( tanda setuju... :D)

MeGa berkata...

rugi betul duet pegi tgk filem neh. tp, sbb nk tgk first film nabil, pegi gak tgk.. kecewa ar!

Stammofa berkata...

aku pernah berkata kepada diriku.. aku takkan tengok cite yang Apek ada berlakon di dalamnya.. selera aku utk gelak masa tgk apek beraksi dh lama mati..dan utk filem nih gak aku rase malas sesangat nak tgk, walaupon wayang tu just atas tempat aku keje je..

soldier of art berkata...

x yah tgk pun dah tau filem ni mmg bangsat

tengok nama pengarah dah tau dah pun..

x ada yang baru..

buang je title kat depan tu..

x berguna pun

Mohd Ali Atan berkata...

Filem Sifu dan Tongga (sewaktu entri ini ditulis) masih ditayangkan di pawagam. Bagi mereka-mereka yang berminat dengan genre komedi sebegini serta gemarkan hasil karya Prof. Razak anda masih tidak terlewat untuk menontonnya. Filem ini dihasilkan untuk anda dan kerana anda.

Sahabat, mereka sahaja bukan mereka-mereka. Kesalahan ini amat umum tolong jangan biasa-biasakan.

Ikhares berkata...

Mohd Ali Atan - Terima kasih kerana menegur. Semoga pejuang bahasa seperti awak tidak akan lupus di bumi melayu ini.

lin berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女