Jumaat, 17 Julai 2009

Setem -- Komedi Aksi dari Khabir Bhatia

Baru menonton 'Setem' beberapa hari yang lepas di malam pratonton filem tersebut yang diadakan di Tropicana City Mall.

Filem 'Setem' adalah filem terbaru arahan Khabir Bhatia iaitu pengarah India yang telah dan semakin mencipta nama di Malaysia melalui filem seperti 'Cinta' dan 'Sepi'.

Tidak tersangka tajuk 'Setem' ini, yang pada awalnya aku sangkakan akan sama seperti 'Cinta' dan 'Sepi', akan membawa penonton kepada sebuah filem komedi aksi/gangster/crime ala 'Snatch' dan Ocean 11. Premis cerita yang hampir sama di mana penjenayah/con man berskala kecil terpaksa melakukan sesuatu untuk ketua sebuah kumpulan gangster.

Sinopsis ringkas (bagi mengelakkan spoiler) :- Sid (Rashidi) dan Joe (Afdlin) merupakan dua orang con man yang terpaksa 'mencilok' sekeping Setem antik milik Lord Barring yang bernilai USD 4 juta untuk menyelamatkan rumah anak yatim mereka namun hal ini diketahui oleh ketua kumpulan Piranha iaitu Piranha Lim lalu mengugut dan memaksa mereka mendapatkan setem itu untuknya. Selain Sid, Joe dan Piranha Lim, rupa-rupanya Setem itu juga jadi rebutan kumpulan penjenayah yang lain seperti Geng Thosai, dan Geng Bakso.Dari sini bermulalah adegan perebutan dan pintas-memintas dan cantas-mencatas bagi mendapatkan setem bernilai jutaan dollar tersebut.

***

Pandangan peribadi aku terhadap filem ini ialah ianya sebuah filem yang menghiburkan, sangat sesuai dengan genrenya iaitu komedi aksi. Sathiya yang membawa watak Vellu harus diberi pujian kerana berjaya membawa watak 'bendulnya' dengan begitu baik dan bait-bait dialognya berjaya mencuit hati penonton. Afdlin pula seperti biasa dengan komedi gaya beliau. kelakar tapi 'biasa'.

Watak Piranha Lim dan Mani pula agak menarik kerana keduanya berjaya membawa watak berasaskan 'ras' mereka. Piranha Lim yang bercakap menggunakan loghat utara 'kecinaan' merupakan satu gaya berdialog yang 'rare' untuk kita tonton di layar perak mahupun di kaca TV. Watak Mani pula yang mempunyai pengaruh 'gangster-gangster filem Tamil' sangat mengingatkan aku pada filem-filem Tamil Rajni dan Kamal Hassan. Cumanya apabila berdialog, kebengisan misai lentik beliau menjadi agak berkurangan secara 'drastik'. Haha.

***

Sesebuah filem melayu yang kelihatan seperti 'Snatch' dan 'Rock n Rolla' adalah sesuatu baru bagi aku. Dan ini tentulah satu pujian terhadap filem ini kerana ianya telah lari dari stereotaip filem aksi mahupun komedi filem Melayu yang biasa. Terdapat banyak 'lawak-lawak kering, (dry comedy) yang sememangnya bukan gaya komedi di dalam filem Melayu. Selain itu 'Twist' yang berlaku di akhir cerita amatlah berjaya kerana aku langsung tidak terfikir ianya akan terjadi begitu.

Penonton tidak akan merasa bosan sewaktu menonton filem ini kerana akan sentiasa berada di dalam 'pergerakan'. On movement. Ini kerana Khabir yang sangat dikenali dengan keobsesan beliau menggunakan 'trek' ( kamera di atas trek) tidak akan membiarkan shot beliau pegun tanpa pergerakan. Dan jika sebelum ini Khabir lebih dominan untuk mencipta 'movement' di dalam sesebuah shot menggunakan kamera berbanding pelakon ( yang kebiasaannya tidak banyak melakukan pergerakan seperti di dalam Cinta dan Sepi) namun di dalam Setem aku dapat melihat keseimbangan di antara pergerakan pelakon dan pergerakan kamera yang bagi aku adalah sesuai dengan kehendak 'komedi aksi' itu.

***

Setem akan ke panggung 30 Julai ini dan berbaloi untuk kamu membelanjakan 10 ringgit untuk menontonnya.
:)




9 ulasan:

Edzlin berkata...

dah lama menunggu filem ni, sudah pasti ku tonton akhir julai ini. suka film komedi sebegini/.

Ajami Hashim berkata...

"Terdapat banyak 'lawak-lawak kering, (dry comedy) yang sememangnya bukan gaya komedi di dalam filem Melayu."

lawak-lawak BASAH camner pulak ekk? kasi contoh pls pls pls! ahahaha!

p/s: apakah SIFU & TONGGA lawak-lawak kering-kontang??? larikkk!

Sinefelia berkata...

Perkataan sebenarnya adalah 'Dry Humor' - Bermaksud :

Often referred to as deadpan humor, dry humor is a comedy technique that is characterized by a calm and straightforward delivery by the performer. This is in contrast to such comedy art forms as slapstick or sketch comedy, which often relies upon broad gestures, exaggerated facial expressions, or an emphasized tone or tenor in order to heighten the comic appeal of the joke or remark. Often, dry humor is associated with what some people refer to as highbrow comedy, as the style requires a degree of restraint in order to be effective. However, good dry humor usually employs words that are easily accessible to persons of just about educational level and often makes use of everyday terms as part of the content.

With dry humor, the focus is on the actual words that are used, rather than the use of various devices that call attention or emphasis to parts of the delivery process. The construction of the joke or script may in and of itself be slightly mocking or sarcastic in nature, although the vocal delivery will tend to limit the use of inflection or tone to convey those qualities. Instead, the delivery of the humor tends to be in normal casual tones, sometimes accompanied with a slight smile or look that is allowed just a hint of irony. This helps pull the attention of the audience to the words themselves, rather than distracting them with movements or expressions.

Lawak basah maybe macam lawak-lawak slapstick kot hahaha...Ta[i slapstik tak salah kalau betul gayanya...

Sifu dan Tongga - Lawak 'avant garde' hahahahahahahah,,,,

Tanpa Nama berkata...

class filem 5 bintang...

nampak aritu tapi x sempat nak salam...

neway kalaula filem ni lawaknya diterima orang wlpun ada unsur tak logik ...bleh sy tau kenapa sifu dan tongga x diterima org (larikkkk) ?

in.cek.syah berkata...

aku rasa resepi anti-climax guy ritchie memang enak digunakan dalam filem malaysia.

aku tengah tunggu filem malaysia adapatasi dari ground hog day.

eh, aku silap.

rupanya dah ada.

seratus hari jadi. :P

Sinefelia berkata...

Filem komedi memang terdapat banyak perkara yang tak logik... Benda yang tak logik itulah yang kita gelakkan...haha

Masalah dengan Sifu dan Tongga pula aku rasakan adalah disebabkan penonton sudah 'jelak' dengan gaya lawak Apek dan mungkin juga lakon layar komedi Razak Mohaideen yang 'klise' dan kadangkala agak memperbodohkan penonton...

Tetapi penggunaan, TIDAK DITERIMA OLEH PENONTON itu aku rasakan tidak tepat juga...sebab ramai penonton Malaysia ini yang gemarkan lawak-lawak sebegitu.

fadz berkata...

kenapa komen saya sebelum ini ditolak?

anw, suka dengan pandangan dry humor itu, tapi buat saya, kuasa ekspresi dan aksi mimik lawak (aka slapstik) juga telah diluahkan oleh para pelawak untuk menyampaikan "lawak" dalam filem ini, kedua2nya diguna pakai untuk menyampaikan efek komik atau "ketawa". Lihat aksi Sathya dan paling tampak Afdlin. Tetapi ini tidak bermakna ia "salah" (sebenarnya Nana Tanjung juga bergerak dengan mekanisme yg sama kalau diteliti dgn betul2). A Fish Called Wanda dan kebanyakan komedi Amerika bergerak dengan mekanisme sebegini. True dry humor boleh dilihat dalam "Yes Minister!" terbitan BBC.

Sinefelia berkata...

fadz- komen ditolak? sistem barangkali...

Yup, tak dinafikan adanya slapstik di dalam filem ini. Pandangan saya di atas adalah mengatakan terdapat elemen dry comedy tanpa kebergantungan terhadap slapstik semata-mata.

rasanya dry comedy ini kadangkala payah dihadam penonton...

soldier of art berkata...

baru tgk filem ni hari tu kat times
sedih sbb x bnyk yang tgk crita ni masa tu
gua suka filem ni
lain dari filem melayu yang lain
walaupun ada kalinya ada bosan ckit2x tapi lawak2x dia menaik kan blik mood gua
eemmm walaupun tidak sehebat snatch tapi satu percubaan yang bagus
cuma ending dia bg gua kureng ummpp lah hehe sorry, pandangan peribadi aje
hidup filem malaysia