Sabtu, 21 Ogos 2010

MASKARA SHORTIES 2010

LAWAN

Seronok untuk ditonton, gabungan komedi slapstik dan situasi. Cerita tentang dua pasangan peniaga burger yang yang bersaing di antara satu sama lain. rentak suntingan dan pemilihan shot yang 'movi'n'. Cuma satu shot terkantoi orientation (aiseh). Makna simptomatik Lawan yang aku tafsir secara peribadi adalah 'Di dalam suasana persaingan, namun jika ada unsur luar yang mengancam, persaingan dan perebutan itu harus dilupakan, dan kembali bersatu untuk menangkis ancaman tersebut'. Mungkin satu harapan yang terreflek dari suasana politik semasa.

LOW BUDGET LOVE

Satu pernyataan kuat (dan naif) dari pengarah filem pendek ini bagi kepercayaan 'Love don't cost a thing'. Manis dan berjiwa muda. Pemilihan ricecooker sebagai set, menguatkan lagi 'aura' dan semangat pasifis anak-anak muda yang tindak tunduk pada desakan dunia material.


3 HANTU SILAP MATA

Ada pengaruh dari George Mellies, dimana Mellies juga adalah seorang ahli silap mata. Menggunakan medium filem untuk tujuan merakamkan aksi-aksi majik tersebut. Tapi sayang, tekniknya sudah ada... cara persembahannya dan kontennya longgar dan bersepah.

SROQ

Shot awal sangat memukau apabila dimulakan dengan semangat cinema varite tapi....... kemudiannya menjadi sebuah komedi absurd yang 'gila'. Namun, agak terhibur apabila lagu Numa-Numa itu digandingkan dengan sarikata yang merapu. Ini kerja visual paling gila pada malam itu bagi aku.


THE COLORS OF IDEA

Sebuah animasi stop motion yang menggunakan M&M sebagai objek. Bermain dengan semiotik warna. Ianya sebuah satira politik dan idea-idea tentang kemanusiaan dan keamanan. Bunyi memainkan peranan penting dalam filem pendek ini. konklusi penutup dengan mengambil audio ucapan Mahatma Gandhi.

BADUT

Neo Noir dan MTV. Manifestasi kesengsaraan warga Palestin yang dibuli. Pengcahayaan dan solekan yang menarik. Kalau dimasukkan lagu dari band metal, memang masyuk sebagai MTV.


KIAMU

Ada pengaruh dari Guy Ritchie. Konsep narator visual. Plot yang kemas dibantu dengan rentak suntingan yang pantas dan tepat. Sebuah filem pendek yang sangat menggerakkan. Aku teruja kalau ianya dapat di feature kan dan ianya berpotensi untuk menjadi sebuah filem aksi remaja yang menarik.


6 LORONG

Visual yang cantik. Bermain dengan Depth. Namun ianya meresahkan. Aku syak mamat pengarah ini seorang yang impressionist. Aku lost di pertengahan cerita. Aku dikhayalkan dengan visual yang seperti LSD (Lucy In The Sky With Diamond).

ALA FOLIE
Aku ke tandas. Aku menyalahkan diri kerana pergi ke tandas pada tayanga filem pendek ini.

IKAN LANGKA

Sebuah filem realis yang membicarakan soal hidup dan mati berlatar belakangkan komuniti orang laut. Mengisahkan seorang tua yang sukar menerima hakikat kematian isterinya dan memutuskan untuk menamatkan riwayatnya sendiri naman apabila berlaku satu lagi kematian melibatkan seorang budak yang dikenalinya, pandangannya terhadap kematian dan kehidupan terus berubah.

Filem ini sarat dengan elemen melankolik, anxiety, kesunyian,pilihan-pilihan hidup dan membicarakan soal kewujudan dan kematian atau lebih mudah dan senang ianya membicarakan tentang soal eksistensial.

WANT MALAYSIA

DVD tak boleh dibaca oleh player.


SEPI SEORANG ABDILLAH

Satu dokumentari yang amat bersifat selektif. Membicarakan tentang seorang manusia yang bernama Abdillah atau dikenali di blogosfera sebagai Pipiyapong. Dikumentari ini tidak mempunyai narator namun naratif digerakkan melalui siri temubual bersama manusia-manusia yang mengenali pipiyapong. Secara peribadi,isi kandungan dokumentari ini tiada apa yang menariknya buat aku kerana aku tidak peduli siapa itu Pipiyapong dan apa yang dia buat dalam hidupnya. Cuma dari segi stail visual, sememanya Pipiyapong keliahatan sungguh 'sepi' di dunia ini.

NASI LEMAK RM1.20 SEN YANG MARVELLOUS dan FRINGE TOWN

Dua karya yang absurd yang mana narativization tidak berfungsi. Mungkin ianya anti-naratif. Aku tidak tahu untuk komen apa dua filem ini.


MR & MRS BBM.

Aku tak tengok cerita ni. Aku syak masa ni aku tengah berbual dengan Ajami Hashim dalam rumah PENA tentang buku terbaru Amir Muhammad '120 filem melayu'.

MY FATHER & HIS CELLULOID

Sinematografi yang sangat baik. Satu imbasan memori seorang anak kepada ayahnya yang berkerja sebagai projektornis wayang pacak. Memperlihatkan sinema dengan masyarakat India/Tamil tidak dapat dipisahkan. Mengingatkan aku dengan filem Cinema Paradiso tetapi dengan ruh Kolliwood.


FIGHTING FIT

Tak Ingat. Mungkin filem ini kot yang aku berbual dengan Ajami.



SUNRISE

Atau mungkin yang ini waktu aku berbual tu. Haha



PEMANDU PELENCONG

Sebuah filem pendek dengan flow naratif yang simple dan boleh dijangka. Namun kontennya menyindir tajam sikap ignorance masyarakat terhadap Sejarah.


SUJUD

'Kau sujud aku pun sujud tetapi kenapa kau biarkan aku sujud dalam keadaan tidur?' Aku lebih melihat filem pendek ini sebagai sindiran kepada si budak yang bersembahyang kerana tidak mengejutkan kawannya yang tidak bersembahyang itu. Ini juga aku lihat sebagai tamparan kepada masyrakat yang bersikap (aku..aku..kau...aku) dan yang tidak membudayakan dakwah. Ini bersesuaian dengan moto kumpulan-kumpulan tabligh yang berbunyi ' kejutlah mereka-mereka yang sedang tidur'...


BABI ITU KHINZIR

Kata pengarahnya filem pendek ini adalah satu sindiran terhadap kontroversi nama Tuhan.


PER T.AM.A

Seperti 6 lorong. Visualnya cantik. Penuh Depth of field. Dan seperti LOW BUDGET LOVE, ianya adalah momen-momen manis cinta pertama seorang remaja. Cuma filem pendek ini lebih seronok untuk dilayan kerana kerajinan kerja kameranya.


MAMAT

Ini adalah Prakata Mamat Khalid dalam buku untuk filem Estet Cinta Manis yang divisualkan. Kata-kata mamat itu adalah satu point yang menarik untuk didengar tetapi agak hambar dari segi visual kerana aku hanya dapat melihat muka Mamat yang statik. Sekiranya visualnya diedit dengan visual-visual futej yang lain yang menggambarkan apa yang dikatakan oleh Mamat kemungkinannya akan menjadi lebih menarik. Contohnya filem pendek Tree oleh Amir Muhammad yang mengambil petikan temubual Tok Guru Nik Aziz dan diselang seli dengan visual-visual futej yang lain. Dengan Teks Title Mamat yang mirip kepada bentuk teks Godfather, aku dapat tafsirkan sanjungan tinggi Ajami terhadap Mamat Khalid yang mungkin dilihatnya sebagai satu ikon 'Godfather' dalam industri perfileman Malaysia.

PETRABOND

Sebuah video yang dibikin untuk Majlis Korporat. Seronok untuk dilayan.Spoof James Bond.


UNTITLED (RUMAH ARES)

Tujuan asalnya adalah untuk menyediakan santapan komedi gelap kepada audience. Tapi gagal kerana audience sudah terlalu kenyang dengan juadah filem-filem pendek yang sebelumnya. Hanya ada beberapa orang sahaja yang melayan filem ini pada malam itu.

Filem pendek ini akan menjadi lebih bagus sekiranya kerja kameranya lebih rajin dan yang paling kelakar konsep minimalisnya berubah di adegan terakhir apabila shot statik di atas tripod diubah kepada shot hand held dan ianya terlalu diedit di babak-babak terakhir dengan dimasukkan sound efek dan penggunaan shot pegun. Tidak konsisten.

Terdapat dua perkara yang ingin diperkatakan di dalam filem ini iaitu Love Hurt dan TV(media) sudah menjadi Tuhan baru manusia.

HENNIE

Cerita pasal apa ntah yang aku tidak ingat.


PENUMPANG

Agenda pengarah dapat dibaca dengan jelas tentang hubungan dua beranak yang saling tidak bercakap (mungkin ianya bersifat peribadi). Namun dari segi persembahan, ianya merupakan satu pembaziran terhadap idea yang sangat baik ini. Shot di luar kereta itu ( kamera dimount di bonnet) gagal menunjukkan subjek/objek dan juga gagal juga menunjukkan background. Jadinya entah apa yang ingin ditunjukkan kepada penonton. Ini mungkin diceduk dari semangat konsep pemvisualan fly on the wall tetapi apa subjeknya? Adakah kereta itu? atau pakcik teksi dan anaknya itu yang kita gagal melihat reaksi wajah mereka.

Shotnya sempit, tanpa memberikan penonton dapat melihat background (sekurang-kurangnya sesuatu dapat ditafsir dari situ) yang dapat dilihat penonton cumalah bonnet dan cermin depan kereta. Sekiranya pengarah sememangnya ingin penonton melihat sebuah teksi yang bergerak hampir berbelas minit itu dari sudut seorang manusia yang terlekat di bonnet kereta, mungkin dia berjaya. Tetapi untuk melihat hubungan diantara kedua watak, ianya gagal.

Kata seorang blogger filem ianya sebuah short yang anti-penonton. Ya. Mungkin ianya sebuah karya yang individualis. Namun, bagi aku, filem pendek ini berjaya menyampaikan maksudnya bahawa perjalanan budak lelaki itu bersama ayahnya yang pendiam (atau dia yang pendiam)adalah sama bosannya dengannya penonton yang melihat filem pendek tersebut.Ianya memang dapat dirasa.

Filem pendek ini adalah filem pendek yang paling memberi kesan kepada aku pada malam itu.

THE FOREST SPIRIT

Filem pendek ini seperti Crouching Tiger Hidden Dragon dengan bajet yang berpuluh kali lebih murah. Boleh dilayan walaupuan secara peribadi aku menganggap filem ini agak kelakar.




Ares Bahar.





















3 ulasan:

fadz berkata...

mengkritik filem sendiri, menarik! haha, suka poin2 kau.. cantik!

chaotic delinquent, berkata...

weh...mane nak tengok sume filem2 pendek ni? nak tengok bleh tak.... nak tengok...
nak tengok...
serius nak tengok.

Sinefelia berkata...

filem2 ini dikumpul khas dan ditayangkan di maskara shorties...rajin rajinla jengah rumah pena setiapkali event nanti.. :)