Selasa, 28 Julai 2009

REBIU PENDEK sepintas lalu - Harry Potter, Public Enemy dan Taking Pelham 123






TAKING PELHAM 123

Berlatar belakangkan kota raya New York, Taking Pelham 123 arahan Tony Scott merupakan
remake kepada filem dengan tajuk yang sama (dibikin pada tahun 1974) dan merupakan adapatasi dari novel Morton Freedgood (juga menggunakan tajuk yang sama).

Plotnya bermula apabila sekumpulan perompak yang diketuai oleh Ryder (John Travolta) telah merampas sebuah tren bawah tanah lalu menjadik
an para penumpang sebagai tahanan. Ryder kemudiannya telah berhubung dengan Walter Garber ( Denzel Washington) yang menjadi operator mengawal laluan tren tersebut. Tidak semena-mena Garber telah menjadi 'orang tengah' diantara Ryder dan Mayor New Yor
k.

Nilai tebusan yang diminta adalah 10 juta. Masa yang diberikan adalah satu jam.

Durasi filem dan dunia sebenar seiring. Penonton diheret ke dalam filem, suspen dan cemas menunggu 10 juta selamat tiba ke tangan Ryder. Rentak suntingan yang pantas menambah derau darah. Ryder serius akan menggila memetik picu pistol sekiranya permintaannya tidak ditunaikan.


Di dalam kekalutan. Garber dan Ryder, keduanya mempunyai tarikan kimia yang kuat, walaupun hanya berhubung melalui telefon, masing-masing cuba menghipnotize penonton dengan dialog-dialog tentang persoalan dan perten
tangan 'moral'. Moral sesuatu yang kompleks, dimana 'betul' atau 'salah' itu subjektif sifatnya.

Taking Pelham 123 secara peribadi merupakan filem kadar sederhana. Sekiranya kamu tersesat di tengah dialog-dialog tersebut. Kamu akan merasakan filem ini 'bosan' tahap angkasa. Namun sekiranya kamu dapat mengikuti segala 'dialog
' tersebut, Yah...filem ini mempunyai nilai suspen dan aksinya yang tersendiri.






PUBLIC ENEMY

Sebagai peminat Depp aku sesekali tidak akan ketinggalan menonton Public Enemy arahan Michael Mann. Depp kembali dengan karekter Donny Brasco dan George Jung (Blow) . Aura gangster dan kriminal yang telah lama aku nantikan dari Depp.

Filem ini berlatar belakangkan era The Great Deppresion di Chicago dimana kegiatan jenayah organisasi terancang mafioso ( Al Capone) dan juga jenayah rompakan berleluasa akibat suasana 'terdesak'. John Dilinger, penjenayah yang paling dikehendaki di Amerika, telah dihidupkan semula oleh Depp. Agen Purvis, (Christian Bale) pula merupakan 'nemesis' kepada Dilinger yang dilakonkan begitu baik oleh Bale. Kedua membawa watak tersebut dengan karekter dan emosi yang sangat signifikan untuk menghidupkan karisma watak masing-masing.

Ceritanya berkisar tentang kisah hidup Dilinger, dizaman kegemilangan jenayahnya, kisah cintanya dan sehinggalah beliau ditembak mati ( ambik kau spoiler... rilek, bagi yang kenal Dilinger pasti tahu akhirnya dia mati juga kan?).

Adegan yang akan sangat mengujakan adalah di saat Dilinger telah memasuki balai polis dan melawat pejabat 'pasukan khas' yang ditugaskna untuk menangkapnya. Ini adalah satu adegan yang 'brilliant' dimana telah menunjukkan 'hint' apa yang akan terjadi pada adegan yang berikutnya. Ianya seakan satu 'penyerahan diri'...

Walau terdapat kritik yang hebat terhadap hasil karya Mann ini, yang kebanyakannya menyelar penggunaan video yang memusnahkan ke'eksklusifan filem gah ini. Aku masih dapat mengikuti filem ini dalam kadar keterujaan yang kontinuiti. Ahh... mungkin aku tidak terlalu membandingkannya dengan Last Of The Mohican atau Colaterall. Atau mungkin aku fanatik Depp...

Apapun tidak rugi kalau kamu menontonnya.






Harry Potter - The Half Blood Prince


Tiada majik menggila. Filem Harry Porter kali ini adalah serbuan hormon-hormon Harry, untuk lebih mengenali makna 'cinta'. yawn...


8 ulasan:

hady berkata...

harry potter

hahahaha, saya fikir kamu tentu bukan peminat harry potter atau pengikut novel novelnya

bagi saya, filem ini memang tidak banyak magik magik, tapi sebenarnya (kalau mengikut novelnya), siri ke enam ialah antara siri yang paling penting

menceritakan asal usul voldemort
dan bagaimana harry potter bertukar menjadi a grown up man
\dan kalau dalam novel, saya sangat suka part albus dumbledore mati secara terseksa, kena minum potion beracun dan dikhianati oleh orang kepercayaan nya

cuma pelik, semua tu tak terzahir dalam filemnya..

dan ramai rakan saya tertidur menontonnya (pendek kata, hanya yang pernah baca novelnya dapat menghargai filem ni)

Sinefelia berkata...

hady - Mungkin... saya bukan sebahagian dari fenomena harry potter.

Tetapi peliknya, saya tidaklah pula merasa bosan sehingga tertidur walaupun menontonnya pada mid nite...

Cuma, peghabisannya terasa seperti anti-klimaks. Ouch.

:)

soldier of art berkata...

gua pun fanatik depp jugak hahaha
public enemy mmg syok
lama dah x tgk depp bwak watak gangster dan gua rasa ni yang terbaik dari dia
watak billie plak mmg berkesan pada gua

harry potte.. ntah lah gua rasa bosan tgk crita ni
bg gua antara crita harry potter pling bosanlah..

idyavie berkata...

best citer nie..

Edzlin berkata...

yup, setuju dgn hady, harry potter and half blood prince sebenarnya penting, tapi dari segi filem, mmg byk kekurangannya.

saya enjoy tonton taking pelham 123. public enemies pula tak sempat tonton lg.

ryann berkata...

baca novel lagi best rasanya,untuk harry potter kali ini

Ares Bahar berkata...

Novel lagi best? itulah komen yang selalu saya dengar apabila membicarakan tentang Harry Potter kali ini.

Novel memberi ruang imajinasi untuk memvisualkan naratif yang ditulis di dalam novel. Maknanya disini, melalui perkataan, diri kita sendiri memvisualkan cerita itu seperti yang kita mahukan.

Apabila diadaptasi ke dalam filem. Pengarah terpaksa memikul tugas yang berat untuk memvisualkan naratif di dalam filem tersebut menggunakan medium filem. Di mana penonton terpaksa berkongsi visual yang di imajinasi kan oleh seorang individu iaitu pengarahnya.

Dan sapa yang selalu terjadi ialah, visual tersebut jarang yang serupa dengan visual yang di imajinasikan oleh penonton.

Dan itulah yang selalunya menjadi tak bestnya filem tersebut.

:)

fadz berkata...

hey, aku suka Harry Potter (walaupun aku paling suka Bhg 3, Prisoner of Azkaban), mmg seronoklah, lawak pun cukup henyeh macam org2 muda bercinta, teringat Ali Setan.

Aku tak tgk Public Enemy, tak tahu kenapa.. wahh, Pelham ko tak suka eh, CinemaOnline bagi 4 bintang siot.

jom District 9!