Sabtu, 26 Julai 2008

The Dark Knight


Malam rabu lepas selepas dua kali kecewa kerana tiket telah sold out akhirnya aku dan my significant other berjaya menonton ' The Dark Knight' iaitu filem franchise terbaru siri komik lagenda Batman arahan Christoper Nolan di Cineleisure Damansara.

Filem ini merupakan sequel kepada filem Batman Begin (2005) yang turut di arahkan oleh Christopher Nolan dan watak utamanya, iaitu si 'Dark Knight' masih lagi dipegang oleh aktor favourite beliau iaitu Christian Bale ( Insomnia, The Prestige) dan filem ini turut dibarisi oleh pelakon hebat yang lain seperti mendiang Heath Ledger, Morgan Freeman, Maggy Gyllenhall, dan Aaron Eackheart ...

Christopher Nolan telah mencipta Gotham City yang lebih terang berbanding Tim Burton ( Batman 1989) dan telah mencipta dimensi baru bagi naratif Batman dimana filem ini tidak lagi sekadar memaparkan seorang hero yang berkostum kelawar membelasah penjahat yang membuat onar di kota dosa 'Gotham' , plotnya tidak lagi hanya di ruangan ' kebaikan menentang kejahatan' atau 'kejahatan mahu melenyapkan kebaikan' tetapi storylinenya lebih kompleks.

Ini dapat dilihat apabila seorang wira yang beralter egokan lelaki berkostum kelawar yang mempunyai konflik dalaman apabila sifat wiranya yang barbaric ditolak oleh masyarakat dan seorang penjahat psiko dengan solekan badut yang sadis berbicara tentang nilai-nilai kemanusiaan. The Dark Knight telah mencipta ruang di mana kejahatan dan kebaikan- yang secara semulajadinya harus bertentangan di antara satu sama lain- telah mempunyai satu pertalian simbiosis.

Ini dapat dilihat dari dialog The Joker lakonan mendiang Heath Ledger kepada Batman:-
" I don't want to kill you... you complete me."

Ini menggambarkan bahawa sifat jahat memerlukan sifat baik bagi menonjolkan bahawa ianya adalah sesuatu yang jahat, yang negatif. Begitu juga sebaliknya iaitu sifat baik itu memerlukan sifat jahat supaya kontradisi positif dan negatif itu dapat dilihat.

Sesuatu yang berfalsafah bukan?

Selain itu, elemen yang paling 'indah' atau yang paling 'superb' atau yang paling 'agung' di dalam filem Dark Knight ini adalah tidak lain dan tidak bukan watak The Joker itu sendiri. Secara peribadi, Filem The Dark Knight ini sudah cukup kuat walaupun sekiranya watak Batman itu dihilangkan dari filem tersebut.

Mendiang Heath Ledger telah berjaya membawa watak The Joker, dengan begitu berkesan sekali sehinggakan terdapat rumours mengatakan bahawa kerana watak itu mendiang mengalami tekanan perasaan yang dahsyat. Ini kerana, sewaktu membawwakan watak itu mendiang hanya tidur 2 jam sehari dan mode in charecter The Joker itu terbawa-bawa sehingga ke luar set.

Tidak hairanlah, watak The Joker oleh mendiang Heath Ledger ini dikatakan jauh lebih baik dari watak The Joker oleh Jack Nicholson di dalam Batman 1989 dari segi karekternya yang sadistik-psiko-sadomasochism itu.

Lagi sekali, secara peribadi, aku merasakan aura kegilaan The Joker ini adalah berpunca dari solekan wajahnya yang seakan-akan menggunakan pastil warna yang comot itu. Solekan comot itu adalah amat berbeza berbanding solekan versi Jack Nicholson yang kemas dan mirip kepada karekter sebenar di dalam komik. Solekan Jack Nicholson memberi kesan bahawa The Joker itu adalah seorang villain yang sentiasa happy, manakala The Joker Heath Ledger pula menghidupkan karekternya yang complicated.

Solekan 'senyuman' berwarna merah itu yang menutupi parut torehan di kedua sisi bibir kanan dan kirinya serta sokekan ala emo-gothic di matanya memberi signifikan yang berbeza dan memberi kesan 'confuse'. Solekan di bibir itu memberi gambaran seakan-akan The Joker itu seringkali tersenyum dalam apa jua keadaan walaupun sebenarnya tidak, sesuai dengan kata-katanya " Why so serious?" itu namun solekan hitam di sekeliling matanya yang comot seolah-olah kerana air mata memberi impak melankolik.

Selain itu Heath Ledger berjaya membawa karekter The Joker ke tahap yang lebih estetik dengan melalui suara-seram-kecil-besarnya serta karekter kelakarya tapi menakutkan iitu. Dia juga berjaya menggambarkan The Joker itu sebagai seorang psiko yang kehilangan segala sifat kemanusiaan dan mempunyai naluri pemusnah yang total. Secara langsung, The Joker merupakan seorang villain yang sangat komplikated kerana nalurinya adalah kemusnahan semata-mata walaupun kemusnahan itu melibatkan dirinya ini kerana segala keganasan-kezaliman-kemusnahan-kematian yang berpunca darinya adalah tujuan hidupnya- alasan bagi kewujudan dirinya.

Dari The Joker ini aku dapat melihat Nietzsche dan persoalan moralnya.

Heath Ledger pasti akan terus diingati bagi lakonan yang hebat ini. Malang sekali kita tidak akan dapat melihat lakonannya lagi.

Selain Heath Ledger, Aaron Eckheart juga harus diberikan credit di atas keberkesanan beliau membawa watak Harvey Dent' Two Face. Walaupun tidak segila atau senakal Harvey Dent/Two Faces yang di lakonkan oleh Tommy Lee Jones, Ini kerana Harvey Dent di dalam The Dark Knight ini lebih serius tanpa gelak yang dibuat-buat. Bagi aku, transisi wataknya ke dark side akibat dimanipulasi oleh The Joker( watak ini mengingatkan aku kepada Anakin Skywalker) merupakan satu transisi watak yang dramatik juga berfalsafah dan membuktikan teori The Joker itu mempunyai kebenaran. Bagaimana manusia dengan mudah akan menyebelahi kejahatan atau bagi Joker, akan menunjukkan dirinya yang sebenar sekiranya diri mereka terhimpit, terdesak ,terasa dianiayai atau kecewa.

Morgan Freeman yang dikenali ramai sebagai pelakon yang hebat juga berjaya membawa wataknya iaitu Lucius Fox dengan penuh signifikan walaupun sekadar beberapa adegan.

Sekiranya ditanya apakah perkara yang aku tidak suka di dalam filem ini, jawapan aku adalah suara Batman sewaktu memakai kostum superheronya. Walaupun penukaran gaya suara itu adalah untuk menyembunyikan identiti Bruce Waynenya tetapi bunyinya kelakar Tambah-tambah lagi apabila dia bercakap begitu dengan saintisnya Lucius Fox yang sememangnya tahu identiti sebenarnya . In charecter, huh? haha.

Oh ya, lagi satu yang aku tidak berapa suka adalah adegan Batman menculik penjahat dari Hong Kong. Mesej propaganda. Mirip tindakan Amerika atau Israel yang akan bertindak sedemikian sekiranya permintaan ekstradiksinya terhadap seseorang penjenayah warganegara lain di tolak oleh negaranya.

Ohh...ada sesiapa perasan Edison Chen dalam cerita ini? Rasanya macam muncul satu scene sahaja sewaktu Lucius Fox ke Hong Kong haha.

Secara keseluruhan aku amat terhibur dengan filem The Dark Knight ini. Walaupun durasinya hampir tiga jam tetapi aku langsung tidak rasa bosan. Sesiapa yang belum menonton aku amat syorkan kamu pergi tonton filem tersebut. Aku gerenti kamu tak akan terasa rugi.

Last word, " Why So Serious!!?" heee hooo hhee hhooo he ho he ho.. :)

Chiao.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i perasan eddison chen tu
with his cloths on kan?

ahaks

amer zaman berkata...

tonton 2 kali. tak puas lagi!

filem superhero terhebat.

Gruntz berkata...

aku ni kdg2 payah nak tangkap filem yg ditonton...

tapi bila setiap kali aku ulang tengok filem ni, ada je benda yg aku dapat...kenapa?tengok cerita ni dan fahami sendiri..bukan cerita hero biasa...